Galery mt

Galery mt

Friday, October 31, 2014

Kuih Cara Berlauk

Kalau makan kuih cara ni mmg tak ingat...seketul..seketul ngap masuk mulut...berhentinya bila dah habis....pelahap sungguh...hihi
Bahan A :

2 caw tepung gandum
2 caw air 
1/2 caw santan
2 biji telor
2sb minyak sapi
Garam secup rasa
sedikit pewarna kuning

Cara :

1.Masukakn telor,tepung,minyak sapi,air dan santan.serta garam.Kisar sebati
2.Tapis adunan dan masukkan sedikit pewarna kuning
3.Ketepikan dahulu ...nak buat inti daging pula.

Bahan B :

1 cawan daing cincang
sedikit daun sop
sedikit daun bawang
1 biji bawang besar poong dadu
1sb rempah kurma
1.2 sk serbuk kari
3 ulas bawang putih di tumbuk
1 biji cili merah di hiris
sedikit bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang dan cili merah hingga wangi
2.Masukkan daging dan kacau rata seketika.
3.Masukka rempah2 dan rasa garam dan gula dan tutup api
4.Masukkan daun sop dan daun bawang.

Hiasan :
Cili merah
daun sop dan daun bawang
Bawang goreng

Cara Buat  Kuih Cara :
1.Panaskan acuan seketika dan lenser dgn minyak sapi
2.Masukkan adunan 3/4 penuh dan masukkan inti..inti akan tenggelam sedikit.Tabur sedikit daun sop daun bawang,cili merah dan bawang goreng.
3.Tutup acuan masak hingga masak

Nota : Kalau nak cepat hanya tabur bawang goreng..dan masukkan cili,daun2 bawang dan sop semasa masak inti

No comments:

Post a Comment