Galery mt

Galery mt

Wednesday, October 3, 2012

Apam Beras


Resipi dari myresipi.com...dah banyak kali buat...at punya kegemaran.Q yg tolong bancuh...siap ambilkan pewarna...lama dia tunggu adunan tu naik..sebab nak letak pewarna...akhirnya tertido....penatlah nak menjawab nanti bila dia bangun tengok apam dah siap....
Bahan :

2caw nasi
2caw tepung gandum
2caw tepung beras
1caw brown sugar
3/4caw gula (boleh kurangkan sikit bgi yg tak suka manis)
2 1/2caw air
1sk yeast

kelapa parut putih dikukus dan dimasukkan sedikit garam

Cara :

1.Blend nasi dgn air hingga hancur,masukkan brown sugar dan gula..kisar lagi.Ketepikan
2.Satukan yeast dan semua tepung...gaul rata.
3.Masukkan adunan kisar kedalamnya.Gaul rata sekali lagi
4.Perap adunan selama 3jam iaitu adunan akan menjadi tiga kali ganda.
5.Masukkan pewarna ikut kesukaan dan masukkan kedalam acuan yg tlh disapu sikt minyak
6.Kukus selama 15minit dgn api yg kuat,

Nota :

45 biji dgn satu adunan (acuan lompang saiz kecil)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...