Galery mt

Galery mt

Thursday, November 18, 2010

Serimuka Lapis

Lapisan Bawah :

500gm beras pulut
300ml air
200ml santan pekat
2st garam
1sb gula
2 - 3 ttik pewarna biru

Cara :

1.Cuci beras pulut,rendam sekejap dan toskan
2.Kukus dgn bahan2 selama 30 minit
3.Apabila masak gaul kan dgn pewarna biru dan padatkan kedalam loyang saiz 10in x 10in

Lapisan Atas :

(A)200gm tepung beras
     100gm tepung gandum
     150ml santan pekat
     220ml air
     1/2ts esen rose
     1/2tbs minyak masak

(B)250gm gula kastor
     50ml santan pekat
     450ml air
     1/2st garam
     1 helai daun pandan

Cara:

1.Masak bahan (B) hingga mendidih,sejukkan.
2.Sebatikan bahan (A) dan satukan dgn bahan (B),tapis dan bahagi kepada 3 bahagian.Satu bahagian warna asal,pink dan biru.
3.Tuang warna asal atas pulut dan kukus selama 20minit...diikuti warna pink dan akhir warna biru dan di kukus selama 30min.

Talam Keladi V1

Mini Blueberry Cheese Tart


Pastry :

60gm gula kastor
250gm tepung gandum
130gm mentegha sejuk di potong dadu
1biji kuning telor
1sb air sejuk
1/2st esen vanilla

Cara :

1.Satukan gulas dan tepung dgn hujung jari,gaul rata ,masukkan mentega sejuk ramas dgn hujung jari hingga jadi serbuk roti.
2.Masukkan kuning telor,esen dan air jika perlu.Uli hingga jadi doh dan rehatkan selama 15min
3.Ambil doh bulatkan sebesar guli dan tekan kedlm acuan dan trim lebihan doh.Cucuk garfu dan bakar selama 15min pada suhu 160c
4.sejukkan kulit tart baru masukkan filling.

Cheese Filling :

250gm cheese pholadelphia cheese
60gm gula icing
50gm mentega
1biji telor
1sb jus lemon

Filling Blueberry beli di kedai dan masukkan kedalam pipin bag.

Cara :

1.Pukul hingga sebati dan licin bahan diatas,masukkan kedalam piping bag.
2.Picitkan blueberry filling kedlm kulit tarat dan picitkan filling cheese diatasnya hingga penuh.
3.Boleh lorekkan BF diatasnya dan bakar selama 8min.


Friday, October 22, 2010

Talam Keladi V2

Selalu aku buat talam keladi V1 (resipi belum masukkan lagi) menggunakan telor kali ini mt jumpa resipi yang tidak menggunakan telor....rasanya lebih sedap dari resipi TKV1 cuma agak lembut...mt kena buat sedikit modification pada resipi TKV1 untuk dapat rasa seperti TKV2 tapi texture seperti TK1.....cubalah memang sedap...

Lapisan Bawah :

300gm keladi
600ml santan cair(200ml pekat + 400ml air)
150gm tepung beras
20gm tepung ubi
1/2st garam

Lapisan Atas :

250gm gula pasir
100gm tepung beras
3 cawan santan pekat (2caw pekat + 1caw air)
1/2 st garam
pewarna ungu

Cara :

1.Potong dadu keladi,cuci dan rendam dengan air garam seketika...toskan dan kukus 15 minit.
   Ambil 3/4 keladi tadi dan blend dgn sebahagian santan dari bahan Lapisan Bawah.
2. Satukan bahan lapisan bawah kacau rata dan tapis masukkan keladi yg di kisar tadi,kacau atas api hingga  pekat.Angakat dari api,masukkan baki keladi yg dipotong dadu,kacau rata.
3. Masukkan kedalam loyang 10inx10in kukus selama 20min.
4. Satukan bahan lapisan bawah dan tapis.Kacau atas api hingga naik wap dan tuangkan keatas lapisan keladi.
4.Kukus selama 30min.

Thursday, October 21, 2010

Koleh Kacang


Koleh Kacang....aku pun tak faham apa punca namanya begini....kacang tu aku fahamlah ...tapi koleh tu...kena buat research ni.....ramai yg komplen selalu buat tak jadi...aku pun belajar banyak tempat....akhirnya aku suka resepi yg ini...tak ingat mana dapat resepi ni.....cepat dan mudah...

Bahan A :

2 cawan santan pekat.....buat tahi minyak...minyak lebihan....simpan dulu.

Bahan B :

2 cawan gula merah
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan

Masak hingga gula larut tak perlu mendidih...sejukkan & tapis.
Bahan C :

4 cawan santan (1 1/2 cawan santan pekat)
2 cawan tepung kacang hijau
secubit garam

Cara :

Satukan lebihan minyak dari A,B dan C, kacau rata,masak atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.Kalau angkat sudip adunan tu tak jatuh.....masukkan dalam loyang size 9"x9" dan taburkan tahi minyak tadi.Biar sejuk dulu baru potong....yg ini selalu tak sabar...lebih2 lagi yang baru belajar buat kuih...(pengalaman diri sendiri)...sabar ye nak...adik....akak...



Wednesday, October 20, 2010

Puding Jagung

Dalam peti ais ada lebihan sweet corn creamy....daripada terbuang,hari ioni buat puding kastard jagung...mudah saja.
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung dlm tin di kisar
5 cawan santan
sedikit garam

Campurkan semua bahan kecuali jagung.Kacau rata dan tapis. Masukkan jagung,kacau atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.Masukkan kedalam loyang 8inx8in.Sejukkan baru di potong.

Saturday, October 16, 2010

Talam Pulut Jagung



Bahan A :

500gm beras pulut...cuci,rendam dan toskan
300ml santan pekat
300ml air
2tsp garam
1tbsp gula

Bahan B :

70gm tepung beras
10gm tepung ubi
150gm sweet corn creamy
50ml santan pekat
250 air
120gm gula custor
pewarna kuning

Bahan C :

150gm santan pekat
150ml air
40gm tepung beras
20gm tepung jagung
100gm gula custor
pewarna pilihan

Cara :

1. Satukan A kukus 30min,angakt dari kukusan buang daun pandan,gaul sebati dan mampatkan dlm loyang 10"x10"
2. Satukan bahan B, tapis dan masukkan sweet corn.Masak atas api hingga pekat dan tuang atas adunan pulut tadi.Kukus selama 25min
3.Satukan bahan C tapis dan masak hingga pekat dan tuang atas lapisan sweet corn tadi dan kukus selama 30min

Monday, October 11, 2010

Puding Roti dan Sos Kastard

Tak sempat diambil gambar....diaorang dah makan tinggal ni aje......

(A) 500ml susu segar
      9 keping roti
      3sb kismis

(B) 4sb gula halus
      2sb butter
      2 biji telor
      1st vanilla
      1sb tepung jagung

Sos Kastard :

      1 tin susu cair
      2sb tepung kastard
      2sb gula

Rendam (A) selama 30min.Satukan bahan (B) dan tapis kedalam (A) dan gaul rata.Bakar selama 40-45min, untuk sos kastard satukan semua bahan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tapis dan sejukkan....

Sunday, October 10, 2010

Roti Jala

Hari ini buat roti jala...selalunya bab menjala ni angah punya kerja...tapi hari ini dia ada urusan di sekolah...kenalah menjala sendiri...nasib baik pengemas rumah datang...kalau tidak mana nak mengemas mana nak menjala....
1 kilo tepung gandum
8 cawan air
1 cawan susu cair
3 biji telor
3 sudu makan gula
sedikit garam
pewarna kuning

Satukan semua bahan dan blend dlm blender...tapis adunan kedalam mangkok....mulalah menjala...senang aje...



Thursday, October 7, 2010

Coklat untuk Puan Siti Aisyah

Lolichoc


Lolichoc untuk hadiah harijadi kanak-kanak...ada berbagai bentuk,warna dan rasa pasti majlis harijadi bertambah meriah....








Tuesday, October 5, 2010

Jahit Manik


Jahitan manik dan labuci menambah seri baju yang di pakai....sesiapa yg berminat boleh hubungi ShahrulBariah 0122283623 Seksyen 20,Shah Alam. Dia kawan angah...mmg cantik jahitannya...upah pun berpatutan....jom kita tambah rezeki budak ni.....Dua helai baju diatas dia siapkan dalam tempoh duahari setengah...sebab nak pakai pergi majlis...kesian dia sampai demam-demam.....hari ni tambah sehelai lagi......

Sunday, September 12, 2010

Friday, September 10, 2010

Juadah berbuka puasa

Juadah berbuka puasa akhir ramadhan telah siap di packed untuk dihantar kerumah jiran...biasanya akhir ramadhan kami sekeluarga akan berbuka dengan ketupat,rendang,sayur lodeh,sambal kacang dan macam2 lagi...masa ni belum masuk waktu berbuka anak cucu sudah siap berwuduk dan bertelekong...bila azan je...minum air dan makan kurma...dan terus bersedia untuk solat..imam(tok ki) pun belum ready lagi...nanti terdengar suara cucu yg nakal...tokki baca surah yg pendek2 je eh...ish ish...kalau dulu pasti kena jegel...tokki pun faham...cucu dah lapar.....

Monday, September 6, 2010

Puding 1 Malaysia

Nama asal puding indonesia...sedap...lapisan bawah cpncau dan agar2 merah...lapisan tengah cendol dan agar2 ungu...lapisan atas sagu biji dan agar2 kuning...meriah...

'single' coklat

Coklat ni sesuai untuk kanak2....berbagai gambar spt ultraman...selamat hari jadi...ben10...kereta...mengikut apa yang digemari...pasti anak2 gembira dan berpuashati.....

Tuesday, August 31, 2010

Coklat lagi....

Boleh diperolehi dlm berbagai saiz...single cavity,2,4,6,9,12,24 dan 35cavity...boleh membuat pilihan rasa,bentuk dan warna...

Tengok gambar pun dah mengiurkan........

Monday, August 30, 2010

Cupcake

Cupcake boleh dijadikan sebagai cenderahati pertunangan,perkahwinan,harijadi ...terdapat dlm tiga saiz..S,M dan L dan dlm berbagai rasa seperti mint,orange.Kek terdapat dlm dua rasa kek coklat dan vanilla....buttercream,fondant dan royal icing

Talam Suji

Guna tepung suji atau semolina....lapisan bawah jgn di rendam lama nanti hilang rasa biji2 semolina....dan lapisan atas gunakan gula melaka asli,sedap dan berbau harum....lapisan atas boleh juga menggunakan durian...warnakan hijau...sedapp...
Lapisan Bawah :
(A) 180gm tpg suji
(B) 220gm gula kastor 2 biji telor 200ml santan pekat 700ml air pewarna kuning 1st garam 1st vanilla 20 - 30gm tpg gandum
Cara :
Satukan semua bahan B..kacau rata dan tapis,masukkan bahan Amasak atas api hingga naik wap..tuang kedlm loyang 10in x 10in selama 25min.
Lapisan Atas :
(A) 300gm gula merah 50gm gula castor 500ml air
(B) 180gm tepung gandum 3 biji telor 250ml santan pekat 1/2st garam  Cara :
Satukan bahan B,kacau rata,masukkan bahan A,tapis dan masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah...kukus selama 30min.

Biskut Semperit




Entah dari mana datangnya namanya...tapi sejak dari dulu namanya begitukan....Nampak sempoi tapi rasanya sungguh sedap.....dah beli sebotol....jadi berbotol2...tak percaya?...cubalah....guna mentega yg berkualiti....
2 1/2 ketul butter (750gm butter)
2 merah telor
300gm icing sugar
500gm tpg gandum
450gm tpg jagung
Vanilla

Cara :
1.Pukul butter,telor.vanilla hingga kembang
2.Dalam bekal lain ayak tepung dan icing sugar..gaul rata kedua2nya
3.Masukkan kedlm adunan butter..sedikit2..gaul rata.
4.Rehatkan sekejap
5.Pam dlm acuan semperit
6.Bakar


Biskut Coklat Badam

Biskut ni kegemaran angah...kalau untuk makan sendiri pasti dia tambah serbok koko...katanya lagi pahit lagi sedap....suka hatilah asalkan yang untuk di jual ikut "standard".
Bahan :

280gm tepung gandum
250gm butter (guna kualiti butter)
160gm gula halus
90gm badam halus
45gm serbuk koko
1 kuning telor
1 st vanilla

Hiasan :

Putih telor/Coklat rice

Cara :

Satukan Butter dan gula.Pukul hingga kembang,campurkan telor,esen vanila,pukul lagi.Masukkan badam halus,serbok koko di ikuti tepung gandum.Gaul rata adunan.Terap dengan acuan bersesuaian sapukan putih telor dan tabur coklat rice.


Tart Nenas


Sunday, August 29, 2010

Coklat


Putri Ayu

2biji telor gred A
160gm gula halus
160ml santan
1st pes pandan
180gm tpg gandum
1sb tepung ubi
1st ovallette

1biji kelapa parut putih dicampurkan dengan 2sb tepung jagung serta 1/2st garam...digaul rata dan kukus.

Cara :
1.Gula,ovallete dan telor dipukul hingga kembang
2.masukkan pes pandan di ikuti dengan tepung berselang seli dengan santan hingga habis.
3.acuan di sapu minyak dan masukkan kelapa parut putih tadi.Tekan hingga mampat.
4.Sudukan adunan kedalam acuan dan kukus selama 25min.

Monday, August 2, 2010

Talam Tokyo

2 lapis...kalu Talam Sri  Sarawak 3 lapis....sedap....kdg2 mt letak pewrna pinkutk lapisan bawah tu...cantik....
Bahannya: (A) 60gm shoon rendamdgn air suam,toskan dan potong 300gm sagu biji rendam 30min dan toskan 100gm kelapa parut putih 2tsp garam 100ml santan pekat 300ml air

Cara :

Satukan semua bahan diatas dan tuang dlm loyang,Kukus selama 25 minit

Lapisan Atas: (A) 250gm gula kastor 100gm tepung kastard 400ml santan pekat 400ml air dgn daun pandan (B) 4 biji telor 1 penutup pewarna hijau 1/2tsp garam
Cara :
Satukan semua bahandiatas,tapis dan kacau atas api hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah dan Kukus selama 30minit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...