Galery mt

Galery mt

Wednesday, September 7, 2011

Asas Rempah/Ibu Rempah

Mt nak kongsi cara2 buat asas rempah...rempah kormak...rempah kambing beriani serta nasi bukhari....bagaimanapun mt sendiri guna rempah segera dipasaran...kecuali klu nak business rempah....kalau rempah beriani biasanya mt beli di Batu Pahat...dapat ilmu ni beberapa tahun dulu semasa belajar buat  berbagai jenis nasi dan rempah asas ni termasuk dlm package kursus.......manatahu ...ada yg teringin nak buat perniagaan rempah....jommmm

40gm ketumbar
20gm jintan putih(halus)
20gm jintan manis(kasar)
20gm kulit kayu manis
10gm bunga lawang
5gm buah pelaga

segenggam kas-kas

Semua bahan-bahan diatas di sangai dah mati api masukkan kas-kas...gaul rata.
Kisar dan ayak.Simpan dlm bekas kedap udara.

Rempah Nasi Bukhari

Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah serbuk cili.....agar nampak merah
tambah sedikit serbuk kunyit...agar berbau kunyit

Rempah Kambing Beriani

Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah serbuk cili (Johor style tiada cili)
tambah serbuk lada sulah
tambah 4 - 5 biji cengkih

contoh :

1kg daging kambing dgn tulang
100gm Asas Rempah/ibu Rempah
Serbuk cili ikut suka
1st lada sulah
2biji cengkih

Rempah Kormak

Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah 1 1/2 cawan beras disangai
tambah serbuk lada sulah

Sumber dari Chef Rosli (Pengarang Buku Jutawan Senyap)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...