Ada lebihan labu kukus yg mtq simpan...cukup2 pula untuk buat kaswi labu...sedap rasanya...tapi bila kacau naik wap tu jgn terlebih kacau atas api nanti kaswinya jadi liat pula.....
250gm labu
220gm gula pasir
250ml santan pekat
3helai daun pandan
1/2st garam
350ml air
150gm tepung sago
75gm tepung gamdum
50gm tepung jagung
1/2sb air kapur
pewarna oren
1/2st esen rose atau vanilla
Cara :
1.Labu dibuang kulit, dikukus dan di lenyek halus.Ketepikan dahulu
2.Santan,gula,garam dan daun pandan dimasak hingga gula hancur.
3.Satukan kesemua tepung ,air kapur,esen dan air dlm mangkok,kacau rata...masukkan 2 yg masih panas dan labu kedalamnya..kacau rata dan tapis.
4.Masak hingga naik wap dan tuiang kedalam loyang yg telah disapu minyak.
5.Kukus selama 30min dah sejuk potong dan hidangkan dgn kelapa parut putih yg yelah di gaulkan dgn sedikit garam
nampak macam best kak,nak cubalah
ReplyDeletejommmm
ReplyDelete