Galery mt

Galery mt

Saturday, September 10, 2011

Biskut Ice Cream



Lepas Maghrib ada rumah terbuka di rumah Hjh Zuraini jiran mt....nampak gaya dari pagi sampai ke malam dapur tak berasap....mt tak pasti bila nak buat rumah terbuka tahun ni...sbb at dah mula sibuk dan outstation...tapi sesiapa yg nak berhariraya tu jemputlah kerumah..boleh makan biskut ice cream....

130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4st baking powder
20gm badam serbuk
1st esen vanilla
1biji kuning telor untuk disapu atas biskut
Coklat cair dan manik2 untuk hiasan

Cara :
1.Pukul butter dan gula icing hingga kembang.masukkan kesemua tepung yg telah diayak bersama baking powder.Gaul rata
2.Masukkan badam serbuk gaul rata hingga jadi doh yg lembut.
3.Terap menggunakan acuan berbentuk ice cream,sapu kuning terlor dan bakar pada suhu 150c selama 10 minit.
4.Apabila sejuk,celupkan dlm coklat cair dan tabur manik.

2 comments:

  1. nnt jemput ye kalu wat open house ;-)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...tapi klu ada di SA calling2 lah no kat atas tu....

    ReplyDelete