Galery mt

Galery mt

Friday, March 10, 2017

Ayam Masak Bali


Ayam kampung masak Bali ni kesukaan family mt....hari ni masak dua ekor ayam kampung...ayam kampung kan comel je saiznya...

2 ekor ayam kampung..potong ikut suke
 sedikit serbuk kunyit
garam

Gaul rata ayam dengan serbuk kunyit dan garam.Perap sekejap dan goreng 3/4 masak...kalau garing sangat tak sedap..keras mcm batu pulak nanti

5 biji bawang besar
10 biji bawang putih
1 1/2 inci halia

Di kisar halus

6 btg serai di ketuk
4 pelepah daun kari 
2 sb cili kisar..suka pedas boleh tambah (mt letak sikit sebab cucu nak makan)
1/2 caw kicap manis
sedikit gula melaka
1 caw air

Caranya..

Guna minyak lebihan goreng ayam tadi.Tumis serai hingga wangi.Masukkan daun kari tumis sebentar.Masukkan bahan kisar dan cili ..tumis hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan sedikit gula dan masukkan ayam gaul rata.masukkan air.Masak hingg agak pekat.Akhir sekali masukkan kicap.Masak sekejap dan matikan api.

Monday, March 6, 2017

Bingka Pandan




Resipi dari FB.....

Bahan..

2 1/2 caw tepung gandum
2 caw santan pekat
1 caw air daun pandan
5 biji telor gred B
1 caw gula
1st garam
sedikit pewarna

Acuan di sapu minyak

Cara ..

Satukan semua bahan di atas kedalam mixer...Pukul hingga gula hancur dan tapis.
Tuang dlm acaun dan bakar.
Siap...

Wednesday, March 1, 2017

Asam Pedas Ikan

Asam pedas yg selalu mt masak ialah asam pedas Johor style..(kami berdua Johor mari)...kali ni mt cuba asam pedas style Melaka pulak....lain sedikit rasanya tp tetap sedap.....

Bahan...

2 keping ikan tenggiri/parang/pari pun boleh
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 in halia *
1 in kunyit hidup *
1 sudu makan lada hitam lada hitam *
1 in belacan
4 sudu makan cili blend..nk pedas boleh tambah

blend bahan bertanda *

1st halba
1 btg serai di titik
1 bunga kantan di belah dua
sedikit daun kesom
bende atau terung atau dua2 sekali pun boleh
sedikit daun kesom
air asam jawa  secukupnya
garam 
gula (mt tak letak)
minyak utk menumis

Cara :
Panaskan minyak dan tumis halba
Masukkan belacan..kacau  seketika
Masukkan bahan blend..cili kisar dan serai tumis hingga garing....ni taktik nk dapat asam pedas yg sedap..tumis bahan2 tu hingga garing ..bukan sampai hangus ye
Masukkan ikan...balikkan ikan perlahan2..biar sekita..dan tuang air asam (ada org suka tuang air asam dan baru masukkan ikan..mt suka masukkan ikan dahulu)
Masak hingga mendidih.
Masukkan daun kesom..bunga kantan dan bende.
Rasakan garam dan secubit gula (gula ni ganti ajinomoto)..jgn spi terasa manis pulak
Reneh sebentar dan matikan api

Nota.. Kalau malas masak sayur lain..dlm asam pedas ni mt suka masuk..tomato..bende..terung...anak2 panggil asam pedas 3 in 1






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...