Galery mt

Galery mt

Friday, May 26, 2017

Sotong Goreng Tepung



Bahan..

Brberapa ekor sotong di buang kulit luar di potong basug dan toskan hingga kering..

1/4 caw tepung beras
1caw tepung gandum
1/2 caw tepung ubi atau jagung

diayak ke dalam mangkok

masaukkan..
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk lada putih
1 st serbuk lada hitam kasar
1 st garam

gaul rata bahagi dua adunan

1 biji telor di pukul sikit
Minyak utk menggoreng

Gaulkan sotong dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
Masukkan sotong kedalam sebahagian adunan tepung.
Masukkan telor ...gaul rata
Ambil sehiris sotong..gaulkan kedalam sebahagian lagi tepung..buat satu2 hingga habis.
Goreng dlm minyak yg panas.angkat..toskan..siap

Jgn goreng sotong terlalu lama nanti sotong jadi liat.


Saturday, May 20, 2017

Sotong Percik



Resipi dah ada dlm n3 sebelum ni....sotong goreng kunyit pula kegemaran Pak Su dan cucu2 mt...malas nak menaip copy paste dari entry sebelum ni...



Bahan2 A
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus

cara:
1)cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas shj
2)gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
3)bila sotong dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas sotong..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas sotong masa hidang dlm pinggan nnti...

Bahan2 percik
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

cara
-blend bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi




Wednesday, May 17, 2017

Opor Sotong


Hasil mencadat...hari ni Opor Sotong pulak.....

Bahannya...

4 ekor sotong sederhana besar...buang kuilt dan cuci bersih..kelar di bahagian blkg
15tangkai cili kering..nak pedas letak lebih
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang puith
2 btg serai di titik
1 in lengkuas di titik
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan serbuk ketumbar
1st serbuk jintan manis
1/2 caw santan pekat
1 1/2 caw air
2 helai daun limau purut
1 st serbuk kunyit
minyak utk menumis
asam keping
garam dan gula pasir/sedikit gula melaka

Cara..
Cili di potong cu ci dan rebus sebentar.Toskan.Kisar cili ..bawang merah dan bawang putih
masukkan serbuk kunyit..serbuk ketumbar..serta serbuk jintan manis...dan gaul rata.Tumis dan masukkan serai lengkuas.Tumis hingga terbit minyak.
Tambah kerisik kacau sebentar.
Tuang Santan dan air .Masukkan sedikit asam keping
Masak hingga mendidih.
Masukkan sotong masak seketika dan rasakan garam an gula.Siap


Thursday, May 11, 2017

Tapai Pulut


Anak2 mt suka makan tapai pulut dgn ice cream vanilla....sedap bangat...



Bahannya..

Dlm gambar mt buat 1k beras pulut susu beli kat Siam hari tu..

1 kilo beras pulut rendam dgn 2 liter air
2 caw air

Nota : Pulut susu..rendam 3 jam
Pulut biasa rendam 6 jam atau semalaman

Cara :...

Toskan pulut
Tuang dlm loyang yg di lapik plastik
Masukkkan 1 caw air gaul rata dan kukus 15 minit
Masukkan 1/2 caw air gaul rata dan kukus lagi selama 15 minit
Masukkan lagi 1/2 caw air gaul rata dan kukus hingga masak
Keluarkan dari pengukus.
Sejukkan

Cara meragi...

1/2 ketul ragi..
1 sb gula pasir ( x letak pun x apa)
sarung tangan plasti
semangkok kecil air bersih

Gesek ragi atas tapai...guna penapis kopi..terbalikkan pulut..gesek lagi ragi merata atas pulut....taburkan sedikit gula jika perlu...celup tangan dlm air ...ambil pulut dgn hujung jari...lerai2kan bagi ragi..gula bergaul rata kesemuanya..buat sampai habis.
Masukkan dlm daun pisang atau apa saja bekas..
Mt masukkan bekas2 dlm gambar tu ke dalam periok dan bungkus dgn kain
Peram selama 2 hari...

Friday, May 5, 2017

Kuih KU






Sediakan inti dahulu..

2 caw/400gm kacang hijau (di rendam hingga kembang)
2 caw air
2 caw gula
1 caw kelapa parut putih

Cara...
Toskan kacang.Masukkan kacang dlm rice cooker dan masukkan 2 caw air
Masak mcm masak nasi..bila dah kering masukkan kelapa dan gula dan di kacau rata
Biar "keep warm" hingga kering

Dah sejuk ambil inti seberat 10 gam dan bulatkan.. buat sampai habis..simpan dlm peti sejuk sementara nak siapkan doh pula

Bahan Doh..

500 gm tepung pulut
1 caw santan
2 sb gula
1sk garam
air secukupnya

Cara..
Ayak tepung pulut kedalam mangkok
Satukan santan..garam dan gula serta kacau hingga gula larut.
Tuangkan santan kedalam tepung..gaul rata sambil masukkan air sediki2 hingga jadi doh yg lembut
Ambil doh seberat 20gm ..bulat2kan,Buat sampai habis

Sapu tapak tangan dgn minyak..ambil sebuji doh dan masukkan inti..bulatkan dan lonjongkan sedikit.Masukkan kedalam net  dan pulas
letak atas daun pisang.Buat sampai habis dan kukus selama 10 min

Nota : Dapat menghasilkan kuih angku sebanyak lbhkurang 42 biji



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...