Galery mt

Galery mt

Sunday, April 28, 2013

Puding Lapis Pancawarna

Bahan Lapisan Merah :

400ml santan pekat
800ml air 
180gm gula pasir
15gm serbuk agar2
pewarna merah
1/4st garam
Perisa strawberry jika suka

Campurkan semua bahan dimasak atas api hingga mendidih dan dibahagi 2.Tuang sebahagian yg pertama kedalam loyang saiz 10"x10" yg telah dibasakan dahulu.Ketepikan sebhg lagi untuk lapisan terakhir.

Bahan Lapisan Merah jernih :
800 ml air
150gm gula
1/4st garam
10gm serbuk agar2
pewarna

Campurkan semua bahan dimasak atas api hingga mendidih.Dibahagi2.Tuang bahagian yg pertama diatas lapisan merah santan yg telah di cucuk2 dgn garfu.Sebahagian lg di ketipikan dahulu.

Bahan Lapisan Agar2 Bewarna :
150ml santan pekat
450ml air
100gm gula pasir
10gm serbuk agar2
1/4st garam

(buat agar2 biasa..masukkan berbagai warna..bekukan dan potong dadu)

Masak semua bahagian kecuali agar2 hingga mendidih,masukkan agar2 gaul rata.Tuang semua bahan keatas lapisan merah jernih Apabila hampir beku..cucuk2 permukaan lapisan agar2 dan tuang lapisan merah santan (klu sudah beku panaskan atas api dahulu) dan akhir dikuti lapisan terakhir.

Sunday, April 21, 2013

Puding Cendol Berlapis


Cantik kan...

Bahan Lapisan Hijau :

400ml santan pekat
800ml air di kisar bersama 15 helai dayn pandan dan tapis
180gm gula pasir
15gm serbuk agar2
pewarna hijau
1/4st garam

Campurkan semua bahan dimasak atas api hingga mendidih dan dibahagi 2.Tuang sebahagian yg pertama kedalam loyang saiz 10"x10" yg telah dibasakan dahulu.Ketepikan sebhg lagi untuk lapisan terakhir.

Bahan Lapisan Coklat :
800 ml air
150gm gula melaka diracik halus
1/4st garam
10gm serbuk agar2

Campurkan semua bahan dimasak atas api hingga mendidih.Dibahagi2.Tuang bahagian yg pertama diatas lapisan hijau yg telah di cucuk2 dgn garfu.Sebahagian lg di ketipikan dahulu.

Bahan Lapisan Cendol :
150ml santan pekat
450ml air
100gm gula pasir
10gm serbuk agar2
1/4st garam
100gm cendol

Masak semua bahagian kecuali cendol hingga mendidih,masukkan cendol gaul rata.Tuang semua bahan keatas lapisan coklat.

Apabila hampir beku..cucuk2 permukaan lapisan cendol dan tuang lapisan coklat(klu sudah beku panaskan atas api dahulu) dan akhir dikuti lapisan hijau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...