Galery mt

Galery mt

Thursday, June 26, 2014

Apam Kampong




Sumber : Yatiememories

Bahan A :

1/2 caw gula merah (mt guna gula kabung Miri sbb banyak dlm stok)
1/2 caw gula pasir
2 caw air
2 helai daun pandan

Masak bahan2 diatas tapis dan sejukkan dahulu

Bahan B :
11 gm mauripan
1/2 caw air suam
1/2 sk gula halus

Bahan C :
4 cawan tepung gandum
Secubit garam

Caranya :
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 

Talam Sinar Pesona

Resepi mt dapat dari blog yatiememories...terima kasih kerana share resipi...mt siarkan kat blog ni pula ye....tak rugi mencuba....mmg sedap rasanya....

Lapisan Tengah :

1 caw labu manis yg telah diparut/sagat halus
1 1/2 caw tepung beras*
2sb tepung jagung*
1 caw/200ml santan pekat*
2 caw/400ml air*
1/2 caw gula kastor*
1/2 sk garam

Caranya :

Satukan semua bahan yg bertanda *...kacau rata dan tapis kedalam periok
Masak hingga naik wap lbh krg 5 minit dgn api sederhana....ketepikan dahulu

Lapisan atas dan bawah :

1 1/4 caw tepung gandum
2sb tepung jagung
1 caw gula halus
3biji telor
1 caw santan pekat
2 caw air
1/2 sk garam
sedikit perasa pandan dan pewarna hijau
sedikit coklat emulco dan pewarna coklat (mt tak guna pewarna coklat)

Caranya :

Satukan semua bahan diatas kecuali perasa dan pewarna...kacau rata dan tapis ke dalam periok...masak hingga naik wap lbh krg 5 minit.
Bahagikan adunan kepada 2...mt dapat setiap adunan 500ml lbh sedikit....masukkan perasa dan pewarna.
Satu bahagian warna hijau dan perisa pandan dan satu bahagian lagi perasa coklat emulco

Cara mengukus :
Lapik loyang 10x10 dgn plastik.Kemaskan plastik tersebut.
Tuangkan bahagian yg bewarna hijau..kukus dalam 10 minit.
Cakar permukaan hijau dgn garfu dan tuangkan lapisan tengah yg bercampur labu.Kukus selama 15minit
Cakar permukaan lapisan tengah dan tuang lapisan coklat dan kukus selama 20 minit.

Pastikan betul2 sejuk baru di potong....

Monday, June 23, 2014

Kuih Bakar Berlauk

Minggu lepas kawan mt Mr AJ makan kuih ni yg di jual di Masjid Tanah Melaka...mt google..banyak komen2 mengatakan kuih tu sedap....sementara nak tunggu dapat merasa yg Masjid Tanah punye...mt buat resipi dlm simpanan mt ni....utk lepaskan gian hihi.....resipi dapat menghasilkan 4 bekas seperti diatas....

Bahan A : 300ml santan pekat
                 550ml air

Masak bahan A hingga mendidih bila dah suam campur ke bahan B

Bahan B : 150gm tepung gandum
                40gm tepung beras
                1 1/2 tsp garam 
                sedikit pewarna kuning

di gaul rata bersama dan masukkan bahan C

Bahan C : 3 biji telor

gaul rata..dan tapis
panaskan acuan atas api...masukkan adunan 3/4 penuh...bila bahagian tepi sdh sikit masak..taburkan inti di celah2 kelopak dan di tengah2nya.Taburkan daun sop daun bawang,bawang goreng dan cili merah.

Angat dan masukkan kedalam oven yg telah dipanaskan api atas dan bawah.Masak dalm 20 minit bergantung pada jenis oven.


Intinya :

200gm daging kisar ayam pun boleh
25gm atau sebungkus rempah kari daging
10gm udang kering di rendam cuci dan tumbuk kasar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 in halia
1 bawang besar poton dadu
sedikit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan buah pelaga
daun kari
minyak
garam dan sedikit gula

Bahan2 lain...
majerin atau minyak sapi untuk sapu pada acuan
daun sop
daun bawang
bawang goreng
cili merah

Saturday, June 21, 2014

Goreng Pisang Rangup

Pagi ni mt goreng pisang kapok rangup....pemberian adik ipar....biasanya mt buat bancuhan tepung agak2 aje....mana yg tak biasa...minta tolong En google tolong carikan resipi...ni lbh kurang yg mt buat..
1 caw tepung beras
1/2 caw tepung gandum
1 biji telor 
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
3/4st baking powder
sedikit santan pekat
5sb majerin yg telah di cairkan dan sejuk

Cara :

Masukkan semua bahan dlm mangkok..gaul rata.Masukkan majerin cair.Gaul rata dan celupkan pisang dan goreng.

Friday, June 13, 2014

Srimuka Zamrud



5 lapis....lapisan atas di taburi sago besar...lapisan pulut pun dicampur dgn sago besar....ada rasa coklat,peanut butter..pandan....tapi cucu mt yg sulung tak suka....dia komen mengapa ada manik dalam pulut tu...secara kebetulan masa buat kuih ni mt sibuk menjahit manik.....

Sumber Resipi : Chef Asma

Lapisan Bawah :

400gm beras pulut di rendam lbh kurang 4 jam
250ml santan pekat
250 ml air
1 1/2 tsp garam

50gm sgo besar di masak dgn air mendidih sehingga jernih.dan rendam dgn pewarna hijau.Toskan

Tos pulut dan gaulkan semua bahan2 diatas dan kukus selama 30 minit.Apaila masak gaul dgn sago tadi dan tekan padat ke dalam loyang.

Lapisan Atas:
200gm tepung gandum
40gm tepung hoen kwe
300ml santan pekat
700ml air
240gm gula
4 biji telor
1/2 tsp pewarna kuning lemon
1/2tsp pewrna hijau
1/2 tsp coklat emulco

Caranya :
Satukan semua bahan kecali pewarna.Bahagikepada 4 bhg.2 bhg warna kuning.1 bhg hijau dan 1 lagi bahagian coklat.
Masak naik wap.Ketepikan

Bahan2 lain :
50gm sago besar...rebus dan rendam dgn pewarna hijau.Toskan (untuk di tabur atas permukaan lapisan atas.)
Peanut Butter - untuk di sapu atas permukaan pulut.

Talam Durian Tiga Rasa


Lapisan bawah kacang hijau...lapisan tengah durian dan lapisan atas rasa pandan...dan bila di masukkan kemulut serasa seperti makan bubur kacang durian...kombinasi rasa yg sangat sedap...

Sumber Resipi : Chef Asma

Lapisan Bawah :

100gm kacang hijau rebus hingga lembut dan toskan airnya hingga kering
120gm tepung beras
20gm tepung jagung
75gm gula pasir
250ml santan pekat
350ml air
1/2 tsp garam

Caranya :
Satukan semua bahan kecuali kacang.Tapis kedalam periok dan masak hingga pekat.Masukkan kacang gaul rata.Tang ke dalam loyang dan kukus 20minit.

Lapisan Tengah :
120gm tepung diayak
10gm tepung ubi diayak
75 gm gula 
200ml santan pekat
300ml air
100gm isi durian
1/2tsp garam
1 biji telor
pewarna kuning

Caranya:
Blend durian dgn air.
Satukan semua bahan diatas dgn durian.Masukkan pewarna.Kacau atas api hingga naik wap..Tuang atas lapisan bawah yg telahdi cucuk2 dgn garfu.Kukus 20minit.

Lapisan Atas :

100gm tepung gandum
2 biji telor
150gm gula
150 ml santan pekat
350ml air daun pandan
1/2 tsp garam
pewarna hijau

Caranya :
satukan semua bahan.Tapis ke dalam periok masakhingga naik wap.Tuang atas lapisan durian yg telah di cakar2 dgn garfu.Kukus selama 20minit