Galery mt

Galery mt

Sunday, October 30, 2011

Talam Nangka

Talam Puspita nama diberi.....talam nangka kut senang nak ingat.....tapi sifu dah bagi namanya gitu...jangan derhaka......pada mt agak manis sikit.....mungkin nangka madu tu dah manis.....so bolehlah kurangkan gula sikit bila nak buat lain kali.....talam nangka ni bonda mt selalu buat untuk minum petang....tapi tidaklah berlapis2....apa2 pun jommmm...
Lapisan Bawah :
(A)
200gm tepung beras
100gm gula kastor
1/2tsp garam
300ml santan pekat
500ml air
(B)
250gm nangka di potong kiub
setitik pewarna kuning

Cara :
Satukan semua bahan kecuali nangka.Masak hingga naik wap .Masukkan nangka dan pewarna,kacau rata dan masukkan kedalm loyang kukus selama 30min.

Lapisan Tengah:
50gm tepung gandum
120gm gula kastor
1/2tsp garam
2biji telor
300ml air
100ml santan pekat
pewarna orange atau apa2 warna ikut suka

Cara :
Satukan semua bahan dan tapis.Masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah dan kukus selama 25min.

Lapisan Atas :
50gm tepung kastard
150gm gula halus
1/4ts garam
sikit esen vanilla
2biji telor
100ml santan pekat
300ml air.

Thursday, October 27, 2011

Bingka Ubi

Suka buat kuih ni...tapi nak memarutnya...alahai....bukan boleh laju2 silap2 jari terparut sekali.....antara kuih orang lama...sedap dan lemak...ikut je sukatannya ...insyaAllah jadi...mt kena bakar lama2 sikit untuk makan sendiri...sebab anak2 suka garing2 sikit.....

Bahan :
1800gm ubi kayu
400ml santan pekat
500ml air
450gm gula kastor
50gm susu tepung
80gm majerin
1 1/2 tsp garam
pewarna kuning (egg yellow & lemon yellow)

Cara :

1.Masukkan kesemua bahan dlm periuk dan masak hingga agak pekat dan naik wap.
2.Tuang dlm loyang size 10inx10in yg telah disapu majerin dan dialas dengan daun pisang.
3.Bakar dgn api atas bawah hingga perang pada suhu 180c sehingga kekuningan.Keluarkan dari oven dan sapu majerin diatasnya.
4.Biarkan selama 5jam baru dipotong.

Tuesday, October 25, 2011

Thursday, October 20, 2011

Puding Keladi

Dah banyak kali singgah tapi tak ada juga..".keladi mahal lah kak sekarang..."akhirnya jumpa seketul kat carefour...tu pun kecik je...harga dah dekat RM6.....nampak gaya kena buat projek tanam keladilah lepas ni....
Lapisan 1 :
110gm gula halus
3tsp agar-agar powder
600ml air
1 helai daun pandan
1 titik pewarna purple

Cara :
Masak hingga mendidih.Tapis dan tuang dlm loyang

Lapisan 2 :
110gm gula halus
3tsp agar-agar powder
300ml air
200ml santan pekat
1/2tsp garam
2 titik pewarna purple

Cara ;
Masak semua bahan hingga mendidih dan tuang atas lapaisan 1.

Lapisan  3 :
220gm gula pasir
2 1/2 tbsp agar-agar powder
300ml santan pekat
700ml air
150gm keladi di kukus dan kisar halus
1/2tsp garam
3titik pewarna purple

Cara :
Masak semua bahan diatas kecuali keladi hingga mendidih.Masukkan keladi dan masak hingga mendidh sekali lagi.Tuang atas lapisan 2.


Tuesday, October 11, 2011

Tiramisu Cheese Cake

Red Velvet Cake




Petang tadi dapat buat Red Velvet Cake ni...tapi nak buat topping...tengok2 cheese dlm peti ais dah tak elok...nak pi kedai cari kunci kereta tak jumpa konon nak bagi kejutan kat dia orang bila balik dah siap...lepas maghrib pi kedai....dah tak sabar nak makan....masa potong nak bagi dua kek tu tersenget pulak...apapun sedap sangat.....resipi dari Chef Asma....
Bahan A : (diayak bersama)
250gm tepung kek @superfine flour
1tsp baking powder
1/2tsp garam
2tsp serbuk koko

Bahan B : (dicampur dan kacau sebaati)
240ml buttermilk
2tbsp pewarna merah waterbase(kat rumah waterbase dah habis...mt guna oilbase tapi 1tbsp...tu pun dah merah)

Bahan C:
120gm mentega
300gm gula kastor
3biji telor gred B
1tsp esen vanilla

Bahan D :
1tsp cuka masakan
1tsp baking soda

Cara :
1.Panaskan oven pd suhu 150C.
2.Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan creamy,masukkan esen vanila,telor satu persatu diikuti bahan A dan B berselang seli hingga habis.
3.Akhir sekali satukan D dan masukkan kedalam adunan dan kacau sebati.
4.Bakar selama 25minit ke 35 minit
5.Dah sejuk baru sapu topping.

Topping : Cream Cheese Frosting
250gm cream cheese - suhu bilik
250gm mascarpone cheese - suhu bilik juga
80gm gula ising
1tsp esen vanilla
200gm whipped cream (non dairy)@UHT whipped cream

Cara :
1.Pukul cream cheese dan gula ising sehingga creamy
2.Masukkan esen vanilla,mascarpone cheese dan whipped cream
3.Masukkan kedalam chiller sebelum disapu atau hiaskan diatas kek.

Boston Cheese Cake




Sedap dan simple....jom buat...
Base : Sponge Cake/Coklat Moist Cake/Biskut atau Kekacang(Kekacang panggang dahulu)

Cara buatt base guna biskut atau kekacang :
Campurkan kekacang atau biskut dengan mentega cair sehingga sebati.Tekan kedalam loyang biar padat.Sejukkan dlm frezer sekejap.

Bahan A :
500gm cream cheese pada suhu bilik
125gm gula kastor
150gm UHT whipping cream
4biji kuning telor
90gm tepung kek
1/2biji lemon(ambil jus dan parutan kulit)

Bahan B :
4biji putih telor
75gm gula kastor
10gm tepung jagung

Cara :
1.Pukul bahan B kecuali tepung jagung hingga jadi meringue dan masukkan tepung jagung gaul sebati dan ketepikan.
2.Pukul cream cheese,gula kastor sehingga berkrim.
3.Masukkan telor satu persatu dikuti UHt whipping cream,tepung kek,jus lemon dan parutan kulit lemon.Gaul rata.
3.Satukan No 3 dgn meringue tadi dan gaul sebati.Tuang keatas basr tadi
4.Bakar pada suhu 150c selama 1 jam dgn kaedah "steambath".

Thursday, October 6, 2011

Talam Lapis Lobak Merah

Mula2 nak buat suspen juga...ish sedap ke.....selalu masak sayur.....rupanya sedap talam lobak merah ni....apalagi jommmmm.....
Lapisan Tepung :
100gm gula pasir
300ml santan pekat
500ml air
150gm tepung beras
60gm tepung gandum
1tbsp tepung ubi
1/2tsp garam

Cara :
Satukan semua bahan dan tapis.Masak hingga naik wap dan bahagi kepada tiga bahagian.

Lapisan Lobak Merah :
200gm gula pasir
1/2tin susu cair
200gm lobak merah diparut halus
170gm tepung beras
60gm tepung gandum
1tbsp tepung heon kwee 
1/2tsp garam
Pewarna oren red...secukupnya

Cara:
Kisar semua bahan diatas bersama susu cair dan tambahkan air untuk jadi 1liter.Masukkan pewarna dan bahagi kepada tiga bahagian.

Kukus adunan tepung diikuti adunan lobak merah berselang seli hingga habis.

Wednesday, October 5, 2011

Puding Serumpun Kasih


Jatt (nama dia ni serupa mt tapi panggil jatt),Yatie dan Izati setuju kita tukar nama puding ni puding "Ku Tahu Apa Dlm Hati Mu"...sbb see through...apa2lah yg oiii...yg penting sedap cantik dan menarik...

Puding Domino



 Cantik dijadikan hantaran atau diletak di meja pengantin,warna boleh ditukar ikut tema....


Saturday, October 1, 2011

Gubahan Hantaran



Kelmarin petang,Kak Pah,Juliana dan Yati dtg kerumah...tergesa2...makan saki baki kuih raya...nak buatkan air pun tak sempat...rupanya kak Pah berhajat minta buatkan hantaran...puas dah mt explain... mt dah tak ambil tempahan hantaran sejak kehadiran dua cucuanda kecuali hantaran untuk anak sendiri..."kak pah tahu...kak pah tahu tapi nak minta tolong juga...buat simple2 aje...apa2 je"...kak pah nanti mt beli cempedak letak je tergolek atas dulang..amacam....aduhai kelemahan mt...nasib baik dua je....mlm tadi suruh K buat coklat pagi tadi dah siap...lepas zohor mt keluar cari bahan2 yg berkaitan...sebenarnya hampir semua barang untuk hantaran ada stok kat rumah.....jeng2 dah siap...mt kena buat cepat2....besok dah ada program baru spi hujung minggu depan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...