Petang tadi dapat buat Red Velvet Cake ni...tapi nak buat topping...tengok2 cheese dlm peti ais dah tak elok...nak pi kedai cari kunci kereta tak jumpa konon nak bagi kejutan kat dia orang bila balik dah siap...lepas maghrib pi kedai....dah tak sabar nak makan....masa potong nak bagi dua kek tu tersenget pulak...apapun sedap sangat.....resipi dari Chef Asma....
Bahan A : (diayak bersama)
250gm tepung kek @superfine flour
1tsp baking powder
1/2tsp garam
2tsp serbuk koko
Bahan B : (dicampur dan kacau sebaati)
240ml buttermilk
2tbsp pewarna merah waterbase(kat rumah waterbase dah habis...mt guna oilbase tapi 1tbsp...tu pun dah merah)
Bahan C:
120gm mentega
300gm gula kastor
3biji telor gred B
1tsp esen vanilla
Bahan D :
1tsp cuka masakan
1tsp baking soda
Cara :
1.Panaskan oven pd suhu 150C.
2.Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan creamy,masukkan esen vanila,telor satu persatu diikuti bahan A dan B berselang seli hingga habis.
3.Akhir sekali satukan D dan masukkan kedalam adunan dan kacau sebati.
4.Bakar selama 25minit ke 35 minit
5.Dah sejuk baru sapu topping.
Topping : Cream Cheese Frosting
250gm cream cheese - suhu bilik
250gm mascarpone cheese - suhu bilik juga
80gm gula ising
1tsp esen vanilla
200gm whipped cream (non dairy)@UHT whipped cream
Cara :
1.Pukul cream cheese dan gula ising sehingga creamy
2.Masukkan esen vanilla,mascarpone cheese dan whipped cream
3.Masukkan kedalam chiller sebelum disapu atau hiaskan diatas kek.
No comments:
Post a Comment