Galery mt

Galery mt

Wednesday, February 25, 2015

Kek Kukus Lapis Asam Manis

Bahan :

Size Loyang 7" x 7"

250gm butter
200gm gula kastor
6 biji telor gred A
200gm biskut marie yg telah di kisar
1/2tsp esen vanilla
Asam manis secukupnya
1/2tsp pewarna hijau

Cara :
  1. Pukul butter dan Gula hingga kembang
  2. Masukkan vanilla di ikuti telor sebiji..sebiji hingga sebati dan rata
  3. Nasukkan serbuk biskut marie gaul rata  dan bahagikan adunan kepada dua bahagian
  4. Sebahagian warna asal dan sebahagian lagi letak warna hijau
  5. Kukus selapi selapis hingga habis berselangseli dan letakakan asammanis setiap lapis
  6. Anggaran setiap lapis lebih kurang 115gm..setiap lapis dikukus selama 10 minit bergantung jenis kukus yg digunakan.Lapisan akhir kukus selama 20min.


Tuesday, February 24, 2015

Roti Sardin Roll


FK dah belikan semua bahan minta mt buatkan sardin roll.....sekejap aje dah siap....makanlah puas2...

Bahan : 
Beberapa keping roti
1tbs tepung gandum - dibancuh dgn air utk jadikan gam
2 biji telor dan secubit garam di kacau sebati
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti :
1 tin sardin
1 biji bawang besar di hiris
2biji lada merah di hiris
Beberapa biji cili padi jika suka pedas
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
sedikit garam

Cara :
1.Masukkan semua bahan kedalam kuali masak hingga pekat dan kering
2.Rasakan garam
3.Kukus roti agar lembut supaya senang di gulung
4.Ambil sekeping roti yang sudah di kukus,leper2kan,letak inti 
5.Sapukan sedikit "gam" di hujung bahagian satu lagi.Gulung roti ketat2.
6.Potong 2 dan celup dgn telor dan goreng dgn api sederhana hingga garing.

Tuesday, February 17, 2015

Ayam Goreng Bogor

Resipi jumpa dlm FB..mmg sedap tapi kena rajin sikit...sebab kena sediakan rempah..kena rebus ayam dan kena goreng...kalau rajin boleh cuba..mmg taidak menghampakan rasanya...
Bahan :
1 ekor ayam kampung di belah empat - di bersihkan,di kelar2.. digaul garam dan perahan limau nipis.Ketpikan dahulu

Bahan rempah :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1in halia
1in lemgkuas
4 biji buah keras - di goreng dgn minyak
1 in kunyit - di georeng dgn minyak
2st ketumbar biji - digoreng dgn minyak

Blend semua bahan rempah

Bahan lain :
2 st lada sulah
2btg serai di ketuk
garam secukupnya
2 gelas air

Cara :
1.Bersihkan ayam.Masukkan semua bahan rempah dan bahan lain kedalm periok dan masukkan air.
2.Rebus ayam hingga empuk. dan air rebusan agak kering
3.Angakat ayam dan goreng hingga kekuningan.

Tempe dan Tauhu Goreng

Hari ni goreng tempe,tauhu guna tepung..macam makan kat restoren ayam penyek...tak tahulah samada sama atau tidak bahannya...tapi tetap sedap...
Bahan :

Tauhu ( di potong nipis)
Tempe (di potong nipis)

100gm tepung beras
50gm tepung ubi
1biji telor
100ml santan (mt guna santan kotak)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit air (jangan terlalu cair atau terlalu pekat)

daun bawang di hiris (optional)

Cara :
1.Bancuh semua bahan diatas,jika terlalu pekat tambah sedikit air
2.Tapiskan adunan
3.Masukkan daun bawang
4.Celup tempe dan tauhu digoereng dgn api sederhana hingga garing...angkat dantoskan minyak.


Monday, February 16, 2015

Donat Gebu

Gebu...rasa manis2 manja..tak salut gula pun dah sedap....
Bahan A :
3 caw tepung diayak - ketepikan

Bahan B :
2 sb mentega - dicairkan  dan di sejukkan
1 biji telor - dipukul sedikit dgn garfu

Satukan keduanya apabila mentega dah sejuk

Bahan C :
1 caw air suam
11gam yis mauripan
6sb gula kastor
3sb susu pekat manis

Satukan air,gula dan susu dan masukkan yis
 kacau sebati...biarkan 10minit hingga adunan berbuih

Cara :
Apabila adunan C sudah berbuih..masukkan adunan B..kacau sebati
Tuang ke dalam Bahan A.Kacau rata dengan senduk kayu
Perap selama 45minit
Apabila adunan dah naik..salut tepung ketapak tangan..agar adunan tak melekat..boleh bentukkan sesuka hati.
Biar seketika baru di goreng dengan minyak yang banyak
Apabila dah sejuk,boleh salutkan dengan gula kastor

Sunday, February 15, 2015

Lasagnea

Resipi Lasagnea dah ada alam n3 sebelum ni.....apapun mt masukkan resipinya lagi...


White Sauce/Bechamel (sos putih) :
100gm majerin/butter
100gm tepung gandum
1liter susu UHT
1biji bawang besar holland
1biji cengkih
garam dan lada sulah
Cara :
1.Cucuk jengkih pada bawang besar(picque)
2.Cairkan butter dlm periok,masukkan tepung gandum,masak sebentar tanpa memerangkannya.matikan api dan sejukkannya,Adunan ini di panggil "roux"...kita sebut "ru"...ini adalah agen pemekat.
3.Panaskan susu dan masukkan "picque" tadi (angah cakap ni jampi)..kacau hingga licin dan pekat.,,rasakan garam dan lada sulah.
4.Buangkan picque tdi dan tapis.Titiskan permukaan sos tadi dengan butter bgi mengelakkan sos berkulit.

Filling :
3sb olive oil
4ulas bawang putih dicincang
3biji bawang besar potong kuib
400gm minced meat(ayam pun boleh)
2tbsp oregano kering
1/2 tin tomato puree
1botol sos spaghetti
1 daun bay leaf
sedikit sos cili.garam dan lada sulah(kdg2 mt adjust rasa ikut tekak malaysia)

Cara :
1.Panaskan minyak,masukkan bayleaf,bwang putih...tumis hingga naik bau.
2.Masukkan bawang besar,kacau rata dan masukkan minced meat dan tomato puree...kacau rata biarkan sebentar.
3.Masukkan bahan2 lain..klu minced belum masak...tambah air dan biar dia pekat rasakan garam dan lada sulah.

Bahan lain :

Beberapa keping instant lasagnea 
100gm pasta bentuk siput. (celurkan dan toskan)
Parmesan cheese
Mozzarella cheese

Cara :
1.Susun lasagnea dlm bekas,letakkan filling,susun lasagnea lagi,letakkan sos putih diatasnya,tabuskan pasta siput,taburkan kedua jenis cheese....ulang hingga habis..lapisan terakhir ialah sos putih di tabur pasta siput dan di tabur cheese.
2.bakar pada suhu 160c selama 25 minit atau sehingga masak

Agar-Agar Sirap Rose

Bahan :

11gm agar2
1 liter air
200gm gula
200ml santan pekat (mt guna santan kotak)
1 biji telor
sedikit sirap rose jika tiada gunakan :
1st esen rose dan sedikit pewarna merah
sedikit garam
Daun pandan

Cara :
1.Satukan santan,garam dan telor pukul sebati dan ketepikan
2.Masak air,agar2 daun pandan dan gula hingga mendidih.Keluarkan daun pandan
3.Masukkan esen rose dan sedikit pewarna merah
4,Tuang adunan santan..kacau hingga mendidih dgn api kuat...berhati2 jangan sampai membuak
5,Tuang dalam loyang yang telah di basahkan.Sejukkan.

Lompang Pandan

Bahan :

3caw tepung beras
1 1/2caw gula
900ml air
10 helai daun pandan
1 1/2st air kapur
2tbs tepung jagung

Kelapa parut putih di kukus dan di campurkan dengan sedikit garam

Cara :
1.Blend daun pandan yg dikerat2 dgn sebahgian air.Tapiskan
2.Satukan air daun pandan,baki air dan semua bahan2 lain.Kacau rata dan tapis kedalam measurement jag yg ada muncung.
3.Panaskan kukusan.Sapu acuan dengan minyak dan kukus sebentar.
4.Tuang adunan ke dalam acuan hingga hampir penuh.dan kukus dgn api kuat selama 15-20minit
5.Sejukkan baru keluarkan kuih.

Nota : Dapat lebih kurang 40biji lompang

Saturday, February 14, 2015

Puding Roti Pelangi

Resipi dah ada dalam entry sebelum ni...buat untuk makan2 sambil meeting family day dirumah bersama adik ipar dan keluarga yg akan diadakan pada 13/3/2015 akan datang..apapun mt kongsi resipi ni...
Bahan :
4 kping roti
2biji telor
1/2 caw susu pekat manis
170ml susu cair
10gm agar2 serbuk...(agar2 tali pun boleh..kerat2..rendam sekejap dlm air..toskan..dan terus guna)
1/2 caw gula
2sb mentega/majerin
3 1/2 caw air
pewarna pink, coklat (tambah serbok koko atau milo) nak tiga warna pun boleh,,warna asal dan dua lagi warna pilihan

Cara :
1.Satukan agar2 dgn 3 caw air berserta gula didalam periok.Masak hingga mendidih
2.Blend roti (carik2 kan dahulu).susu pekat manis,susu cair dan baki air 1/2 caw tadi.Masukkan kedalam periok agar2 yg mendidih tadi .Kacau rata
3.Masukkan  mentega .Kacau rata hingga mentega cair dan matikan api
4.Bahagi kepada dua bahagian satu wana kan pink dan satu bahagian lagi warna coklat (mt guna 1sb serbok koko dicampur dgn sedikit air panas dan tapis kedalam adunan)
5.Sendokkan adunan bewarna pink dan tuang perlahan ditengah loyang.Sendukkan pula warna coklat tuang atas lapisan pink tadi.Buat berselangseli hingga habis...dan sejukkan.

Wednesday, February 11, 2015

Kek Coklat Karamel

Terbaca resipi ni dari timeline FB kawan mt .(resipi Ummi).tengok bahan-bahan semua ada di dapor..apalagi mencubalah.....inilah hasilnya..senang saja...yang tak pandai memasaknya pun boleh menjadi kalau buat....lain kali rasanya mt nak buat dua layer lapisan karamel tu....

Bahan :
2sb gula
 di masukkan kedalam loyang dan diletak diatas api kecil.hngga gula jadi perang ratakan dan sejukkan.

Bahan Karamel :
1caw susu pekat manis
1caw susu cair
3 biji kuning telor
1st esen vaniilla

Putar hingga sebati dan tuang atas gula hangus yang telah sejuk.Kukus selama 25minit.Sejukkan

Bahan Kek :

1caw susu pekat
1caw susu cair
1caw minyak jagung
1caw gula
1caw serbok koko (ayak dulu)

Satukan semua bahan kedalam periok,masak hingga 2 - 3 minit hingga gula hancur.Matikan api.Sejukkan

1caw tepung gandum
1st soda bikarbonat'
1st baking powder

Semua bahan di ayak ..

4 biji telor di putar atau blend

Apabila bahan kek koko telah sejuk.Masukkan tepung dan telor berselang seli sambil di kacau dgn senduk kayu atau whisk hingga sebati.

Tuang perlahan2 ketas bahan karamel tadi.Kukus selama 45 minit - 60 minit.

Tuesday, February 10, 2015

Tulang Rusuk & Rebung

Sampai depan pintu rumah pun boleh tahu apa yang mt masak....kuat bau rebung ni....tapi kalau kena cara memasak....boleh makan tak ingat....memang semua makan tak ingat sampai masak nasi lagi...yang angah pula ingatkan mt jangan lupa masukkan resepi....nanti dah pindah rumah sendiri, angah masak..mt datang tinggal basuh tangan je...

Bahan  A:

Beberapa potong tulang rusuk - besrsihkan
Santan pekat dari sebiji kelapa
Sedikit rebung..beli kat pasar..basuh dan toskan
Asam keping
Garam
1 btg serai di ketuk
Daun kunyit (optional - mt letak sebab daun kunyit dalam pasu lebat)

Bahan B :

Cili padi - nak pedas boleh letak banyak
1 in kunyit hidup - dapat ibu kunyit warna masakan jadi cantik
3 bawang merah
sedikit belacan

Cara :
1.Blend bahan B hingga hancur.Masukkan kedalam periok bersama tulang,serai,asam keping dan rebung.
2.Tuang air melebihi paras daging.Masak hingga air tinggal 1/4 bahagian periok..atau hingga daging empuk.Kalau daging masih pejal tambah air lagi.
3.Masukkan santan pekat kacau hingga mendidih
4.Rasakan garam dan masukkan daun kunyit
5.Kecilkan api reneh selama 5 minit lagi.

Thursday, February 5, 2015

Terung Goreng Berlada


Lama dah terung ni tersimpan dalam fridge....nasib belum layu...tak kira masak apa ,sayur terung ni kesukaan mt....orang kata banyak angin...tapi mt makan bukanlah sekali adap sampai sekilo kan...

Bahan :
Minyak utuk menumis
Beberapa tangkai terung di belah dua dan di goreng..ketepikan
2 sb cili kisar
5 ulas bawang merah di kisar
3 ulas bawang putih di kisar
1/4 caw udang kering di cuci,rendam dan kisar
1 bawang besar di potong2
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara :
1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi
2.Masukkan cili kisar,tumis lagi sehingga cili masak dan masukkan udang kering
3.Masak seketika dan masukkan air asam dan bawang besar,masak hingga pekat
4.Rasakan garam dan gula...matikan api tuang atas terung yg telah di goreng tadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...