Galery mt

Galery mt

Monday, January 26, 2015

Tart Telor

Menyiapkan tart telor....
Bahan Pastri :
  • 2 caw tepung gandum
  • 1/4 caw gula halus
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp garam
  • 1/2 caw butter (125gm)
  • 2 biji telor
Ayak tepung dan baking powder kedalam mangkok.Masukkan gula dan garam,gaul rata.Masukkan butter gaul jadikan serbuk.Masukkan telor yg telah di pukul sedikit.Gaul hingga jadi doh.Masukkan kedalam acuan tart. Bakar selama 5 minit dan isikan filling.Bakar selama 30 minit.

Bahan Filling :
  • 1 caw susu cair
  • 4 biji telor
  • 1 caw gula halus
  • 1 caw air
  • 1 sb tepung kastard
  • 1.2 tsp esen vanila
Cara :
Pukul telor dan gula hingga gula hancur.Masukkan semua bahan lain kacau rata dan tapis.
Tuang kedalam tart dan bakar.

Friday, January 23, 2015

Sambal Tomato

Sedap dan pedas!
Bahan - Bahan
  • 1/2 caw ikan bilis - di bersihkan
  • 10 tangkai cili api Thai (yg warna merah) - nak lagi pedas tambah je..
  • 1 labu bawang besar di potong empat
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato di belah empat
Cara :
  • Goreng ikan bilis dan ketepikan
  • Goreng cili,bawang dan tomato dah layu angkat dan toskan minyak
  • Tumbuk semua bahan di dalam lesung dan tambahkan sedikit garam.

Puding Fruit Cocktail




Bahan :

11gm agar-agar
1caw gula
4 caw air
1/2 tin susu cair
1 tin fruit coctail
2biji telor
2sb tepung kastard

Cara:
1.Satukan tepung kastard dan telor.Kacau rata dan ketepikan
2. Masak agar2 bersama gula dan air,hingga gula larut
3.Masukkan susu,masak hingga mendidih
4.Masukkan campuran telor dan kastard kacau sebati.
5.Akhir sekali masukkan fruit coctail masak seketika.
6.Tuang dalam loyang atau acuan yang telah dibasahkan dahulu.Sejukkan.

Thursday, January 22, 2015

Bihun Goreng Dan Sambal Merah


Bihun goreng ni mt masak cuma letak satu sudu kecil cili kisar sebab bimbang dua cucu tu tak tahan pedas.....nak pedas mt buat sambal merah.Sambal merah ni juga boleh dimakan bersama lontong.

Resipi Sambal Merah :

Bahan :
20 tangkai cili kering 
2 bawang besar
3 ulas bawang putih
Segengam udang kering - basuh dan rendam
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1.Blend semua bahan diatas dalam blender
2.Panaskan minyak dan tumis hingga masak dan garing.
3.Boleh simpan dalam fridge.





Kek Pisang


Sedap,lemak dan gebu..mt guna loyang 7"x7"..kalau nak buat besar boleh gandakan bahan..
Bahan :

150gm pisang - di potong2
90gm gula castor
80ml minyak jagung
2biji telor
120gm tepung gandum atau tepung superfine
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st baking powder
1/2 st ovallete
secubit garam

coklat rice - optional

Cara :
1.Masukkan semua bahan dalam blender,blend hingga kembang dan putih
2.Tuang ke  dalam loyang yang telah di lenser dgn butter atau majerin
3.Tabur coklat rice
4.Bakar di dalam oven yang telah di panaskan hingga masak dgn api atas bawah..lebih kurang 1 jam bergantung jenis oven yang di gunakan.

Wednesday, January 21, 2015

Malay Chicken Biryani

Hari ni mencuba resipi dari produk Shan..agak pedas sikit tapi memang tak rugi mencuba...sedap..

Bahan :
1kg ayam di potong dan cuci bersih
750gm beras basmathi - di rebus 3/4 masak dan toskan
1/2 caw air asam jawa
3 biji bawang besar - di hiris
2 tbs paste bawang putih
2 tbsp paste halia
2 cili hijau
2 tangkai daun kari
1 btg timun di potong empat memnajang dan di potong lagi setebal 1in
1/2 caw minyak jagung
1/2 caw minyak sapi
1  bungkus rempah "Malay Chicken Biryani" jenama Shan (60gm)

Cara :
1.Panaskan minyak dan minyak sapi,tumis bawang hiris hingga kekuningan.
2.Masukkan ayam,paste bawang putig,paste halia dan daun kari..gaul rata dan goreng hingga ayam kekuningan
3.Masukkan rempah Shan dan gaul rata,masukkan timun,cili hijau air asam dan 2 cawan air.
4.Masak hingga mendidigh dan agak kering
5.Dalam periok lain,masukkan sebahagian beras yg telah 3/4 masak tadi diikuti lauk ayam tadi
6.Tuang baki nasi tadi meneutupi lauk ayam tersebut.
7.Tutup periok dan masak atas apai yg kecil hingga nasi masak sepenuhnya.

Nota : Tak perlu tambah garam atau apa2 perasa.

Tuesday, January 20, 2015

Kuih Ketayap


Kuih orang dulu-dulu....tok nenek kita dulu buat tak perlu sukat..main agak-agak aje....zaman mt dan zaman sekarang,kalau main agak-agak ada yang masuk ke tong sampah....sebelum melempeng..buat dulu inti manis awal-awal dan sejukkan atau simpan..Buat banyak2 inti manis...simpan dlm fridge...boleh guna untuk buat kuih pau,kuih koci,kuah bom,tepung bungkus dan lain-lain.

Inti Manis :

1 caw kelapa parut muda putih
1/2 caw gula melaka
1/2 caw gula pasir
1/2 caw air
2 helai daun pandan di simpul
1sb tepung pulut
garam secukup rasa

Cara :
1.Masukkan semua bahan kecuali tepung pulut, garam dan kelapa kedalam periok.
2.Masak hingga gula hancur dan masukkan sedikit garam.Matikan api
3.Masukkan kelapa kedalam kuali,Tapiskan air gula kedalamnya.
4.Masak hingga agak kering dan masukkan tepung pulut
5.Masak hingga kering lagi.Sejukkan sebelum di gunakan.

Bahan Kulit Ketayap :
1caw tepung gandum
2 biji telor
1 1/2 caw susu cair atau santan
1sb majerin cair
garam secukup rasa.
perisa pandan dan pewarna hijau
Sedikit minyak utk sapu pada kuali leper

Cara :
1.Satukan semua bahan dalam blender tapiskan kedalam mangkok.
2.Ambil setengah sendok adunan,layangkan dlm kuali agar adunan jadi bulat dan nipis.
3.Biar adunan masak,angkat masukkan inti,dan gulung sekali...lipat kiri dan kanan dan gulung hingga habis.

Monday, January 19, 2015

Bingka Roti Berjagung


Sebungkus sana...sebungkus sini lebihan roti..ada tiga bungkus lebihan roti....timbang2...macam cukupa je nak buat puding roti atau bingka roti....Buka pulak peti ais ada pulak lebihan jagung berkrim..bila di sukat..lebih dari cukup.....Sebelum semua tu expired...apa lagi.membingka lah...sebelum ni ada resipi bingka...tapi ini agak lain sikit....mudah nak membuatnya.....resipi Chef Azimah ...dan mt dapat dari blog Fiza's Cooking

Bahan :
3 biji telor
150gm gula
150gm mentega di cairkan
1/2st garam halus
200gm tepung gandum
1liter santan (mt guna 500ml santan + 500ml susu segar)
300 gm tepung gandum
200gm jagung berkrim

Cara :
1.Masukkan telor dan gula dalam blender..blend hingga gula hancur
2.Masukkan mentega cair di ikuti dgn santan dan susu serta garam..blend lagi
3.Tapiskan adunan kedalam mangkok besar.Carik2 kan roti dan rendam selama 15minit
4.Masukkan jagung krim dan gaul rata
5.Tuang dalam loyang 8"x8" yg telah bergris
6.Bakar dlm oven yg telah di panaskan dahulu selama 1 jam dgn suhu 180C..10 minit terakhir bakar dgn api atas sahaja untuk menggaringkan permukaan bingka.

Wednesday, January 14, 2015

Lapis Pandan Coklat



Ada lebihan santan...merayau2 dari satu blog ke satu blog.Jumpa resipi ni dari blog Yatie ,macam2 resipi ada di blog dia..gambar2 pun cantik...izinkan mt copy paste ye ...kongsikan bersama disini ...sorry ye Yatie mt ubah nama dia sebab senang mt nak rujuk kemudian hari...


Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir 
  • 1 cwn santan pekat 
  • 2 cwn santan cair 
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.
Nota : semua adunan lbh kurang1200ml

Telor Ikan Tenggiri

Hari ni masak lemak ikan dan telor tenggiri...ada stok terung...mt campur sekali....cucu lanang dah jerit macam biasa "sedapnya bau...mak masak apa"...bila terbau masakan yang dia suka.....dan sudah entu mt masak ikut apa bahan yg ada di dalam dapor....

2 keping ikan tenggiri bersama telor - cuci bersih

Bahan Kisar :
Cili padi - suka pedas letak banyak
5 biji bawang merah
2ulas bawang putih
1in kunyit hidup
sedikit belacan

Santan dari 1 biji kelapa
1 keping asam keping
Garam

Cara :
1.Satukan semua bahan di dalam periok.Masak hingga mendidih sambil di kacau selalu.
2.Masukkan ikan dan telur ikan..masak lagi hingga mendidih dan rasakan garam
3.Masukkan terung
4.Reneh sekejap sebelum matikan api.

Tuesday, January 13, 2015

Asam Pedas Ikan

Asam Pedas Ikan Mayong,Ikan Parang dan Kepala Ikan Merah.....aduiii ngences di buatnya....ni bukan mt yang masak..tapi at beli kat gerai di Tanjung Mas Muar.Dia balik kampung meracun semak di kebun..hari ni balik ke SA bawa lauk ni....tapi tak ada ikan goreng ler..

Talam Jagung


Rasa jagung dan rasa pandan...manis pun ok....

Lapisan Bawah :

(A) 270gm tepung beras
80 gm tepung gandum
1tbsp tepung ubi
120gm gula castor
350ml santan pekat
800ml air

(B)
1/2 tin jagung (sweet corn cream style)
1/2tsp garam
pewarna yellow lemon

Cara :
1.satukan bahan A kacau rata hingga gula larut.Tapiskan ke dalam periok
2.Masukkan bahan B kacau rata
3.Masak hingga naik wap dan tuang ke dalam loyang serta kukus selama 25 minit

Lapisan Atas :

150gm tepung gandum
150gm gula kastor
250ml santan pekat
450ml air daun pandan
2 biji telor gred B
Pewarna hijau

Cara :
1.Satukan semua bahan B.Kacau rata dan tapis kedalam periok
2. Masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah
3.Kukus selama 30min

Thursday, January 8, 2015

Rendang Ayam

Serai,daun kunyit dan macam macam lagi pokok mt tanam dalam pasu belakang dapur...senang saja kalau nak guna..buka pintu petik....sebab senang saja bila nak masak...kalau nak buat rendang...serai kunyit ada ..kalau nak buat kiuh...daun pandan ada..pokok ulam pun ada....hari ni mt merendang..

Bahan :

1/2 ekor ayam - di potong dan dibersihkan

Bahan Kisar :
20 cili padi
6 ulas bawang
3 ulas bawang putih
1in halia
1in kunyit hidup
1 in lengkuas

4 batang serai - di ketuk
1 helai daun kunyit - di hiris
1/2 caw kerisik
Santan dari sebiji kelapa
1 asam keping
garam dan gula

Cara :
1.Masukkan ayam,santan,serai,asam keping serta nahan kisar didaalam kuali..Masak atas api  dan sesekali kacau.Masak hingga mendidih dan ayam empuk.
2.Masukkan kerisk dan daun kunyit.Kacau rata.
3 Rasakan garam dan gula.Masak hingga pekat atau kering terpulang citarasa sendiri.

Bingka Pandan


Resipi dari blog CMG.....mt suka rasanya yg lemak dan tidak berapa manis..tak lah rasa macam gula tumpah...tak sempat sejuk...dah separuh di makan oleh anak dan cucu...sedap...


Bahan :

2 caw tepung gandum di ayak
1 caw gula
3 biji telor gred A
600ml santan (sebab ada baki santan  so mt guna 300ml santan kotak + 300ml air)
250ml jus pandan
2sb mentega di cair dan di sejukkan
1/2 st garam
1/4 st pewarna hijau
Bijan secukupnya

Cara :
1.Panaskan oven pada suhu 200C.Sapu tin kek bersaiz 8in x 8 in dengan mentega.Alaskan dgn aluminuim foil,lebihkan kirin dan kanan agar senang nak angkat nanti.Sapu dgn mentega.Ketepikan
2 Dalam bekas lain,pukul telur dan gula dgn whisk hingga gula hancur.
3.Masukkan santan dan jus pandandan.Kacau rata.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit di ikuti garam,pewarna dan mentega cair kacau hingga licin dan tapis.Ketepikan dulu
5.Pananskan loyang dalam oven selama 10min.Kacau bancyhan kuih dan tuang dalam loyang dan bakar selama 10 minKeluarkan
6.Tabur bijan ..sambung bakar lagi selama 45 - 50min

Daging Masak Kurma


1/2 kilo daging dipotong
2 biji kentang di potong
Santan dari sebiji kelapa
2 bungkus kecil rempah kurma berlainan brand - campurkan air jadikan pes
minyak utk menumis
garam

Bahan A :
1 kulit kayu manis
3 cengkih
2 bunga lawang
2 pelaga

Bahan kisar :
1 in halia
5 bawang merah
3 bawang putih

Cara ;
1.Panaskan minyak.Tumis bahan A diikuti bahan kisar hingga wangi.
2.masukkan pes rempah kurma.Gaul rata.Masukkan daging masak seketika hingga daging kecut
3.Masukkan santan dan kentang,Masak hingga mendidih dan kentang dan daging empuk
4.Rasakan garam

Nasi Briani...


Hari ni masak nasi briani main campak2...guna apa saja bahan yang ada di dapor...makan dengan daging masak kurmak....sedang masak cucu no 2...dari luar dah jerit..."sedapnya bau..mak masak apa"...tiap kali kalau mt tengah masak..dan kalau dia terhidu bau yang dia suka...itulah ayat yang keluar dari mulut dia....

Bahan :
4 pot beras basmathi - cuci ..rendam sekejap dan toskan
5 pot air

Bahan  A :
2 bunga lawang
3 cengkih
2 pelaga
1 btg kulit kayu manis

Bahan  B :
1 bawang besar - dihiris
4 bawang putih di hiris
1 in halia di hiris

1 sb serbuk briani
2 keping dging ayam 
sedikit kismis
sedikit daun ketumbar dan pudina
2sb yogurt
minyak sapi untuk menumis

Cara :
1.Panaskan minyak.Tumis bahan A seketika.Masukkan bahan B tumis lagi hingga wangi.
2.Masukkan ayam..gaul rata dan masak seketika..Masukkan serbuk briani daun ketumbar dan yogurt..masak seketika.
3.Masukkan air dan sedikit garam.Masak hingga mendidih.
4.Rasakan garam dan masukkan beras dan kismis.Bila dah kering kecilkan api dan tutup periok.Masak hingga nasi masak.Renjiskan sedikit dengan air mawar dan pewarna kuning.Biar seketika atas api yg kecil. 

Note : Jika masak nasi briani atau apa2 nasi berperisa...air nasi mesti lebih masin dari rasa kuah masak lauk...tip ni diajar oleh Chef Rosli..

Wednesday, January 7, 2015

Kuih Kasturi

Kuih nijuga di panggil kuih rengas..kuih zaman dulu-dulu....kalau buat banyak boleh di frozenkan..goreng separuh masak ..sejukkan dulu dan simpan dalam peti sejuk...mt sharekan resipinya...

Bahan Inti :

250gm kacang hijau...bersihkan dan rendam
1/2 cawan gula merah atau gula melaka yang sudah di racik
1 caw gula pasir
1/2 caw kelapa parut muda
3sb tepung gamdum
air secukupnya

Cara :
1.Masak kacang hijau bersama air hingga kembang.
2. Apabila airnya hampir kering,masukkan gula,kelapa dan kacau rata.
3. Masak hingga agak kering dan taburkan tepung dan kacau rata.
4. Masak lagi hingga kering.Sejukkan.Apabila dah sejuk,ambil inti bulat2 kan dan leperkan.Celup dengan batter dan goreng.

Bahan Batter :

1 caw tepung beras
1 sb tepung jagung
1/4st garam halus
sedikit pewarna kuning
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara :
1.Satukan semua bahan gaul rata.
2.Adunan tidak terlalu pekat atau cair.

Thursday, January 1, 2015

Udang Goreng Cencalok


Bahan :
Udang - buang kepala dan cuci bersih
Cencalok
minyak untuk menumis
gula

Bahan kisar
2 cili merah
5 cicli padi
5bawang merah
3 bawang putih
1/2 in halia
1/2 in kunyit

Cara :
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga wangi
2.Masukkan cencalok..masak seketika
3. Masukkan udang masak lagi dan rasakan gula
4.Angkat dan tabur daun selasih...(daun selasih memberi aroma dan rasa yg sedap)

Turi Masak Lemak

 Sayur turi masak lemak,makan dengan sambal belacan ada ikan goreng atau ayam goreng dengan nasi panas2...pergh boleh ngences!...

Macam biasa..mesti ada ikan goreng....

Bahan :
1 ikat daun turi - cuci bersih dan lurutkan daunnya
Santan 

Bahan tumbuk :
sedikit ikan bilis - rendam,cuci dan toskan
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara :
1.Satukan bahan tunbuk dan santan kedalam periok
2.Masak hingga mendidih
3.Rasakan garam

-ada yg rajin buat santan pekat dan santan cair...mt jarang buat macam tu...dgn syarat sentiasa kacau santan tu hingga betul2 mendidih...
 - ada orang suka hiris bawang2 tu...mt tumbuk sebab masa kecil anak2 selalu asingkan ikan bilis dan bawang...bila tumbuk...mereka tiada pilihan...