Galery mt

Galery mt

Friday, September 30, 2011

Cucur Carrot


SA hujan lebat selebatnya...d dlm buaian,q dan mt lepak kat blog masakan....bila nampak gambar2 yg cantik dan menarik..."mak..mak sedapnya...sedapnya..."siap berdecit2 mulut dan lidahnya....tiba2 "mak lapar"..aduhai ayat ni yg mt tak tahan...padahal tengahari tadi dah suapkan sop ayam...tahulah budak umur dua tahun lebih ada masa makan banyak ada masa langsung tak mahu makan...nak menyusu je....mungkin sejuk aircon dalm rumah ditambah hujan lebat di luar tu yg nampak semua sedap...mt pun jd terliur sama...mt buat cucur tepung je...ditambah je dgn bahan2 yg ada kat dapur tu....uhhh nasib baik buat...mmg dia makan betul!...cicah mayonis kegemaran dia....
Tepung Gandum
Carrot sagat
1biji telor
1labu bawang besar dicincang
Udang jeragau kering
Garam
Air
Minyak untuk menggoreng

Wednesday, September 28, 2011

Puding Balqis

Melepak dari satu blog ke satu blog masakan....nampak ramai dah cuba buat puding ni....mt pun rasa kepingin...lembut dan gebu...cuma kurang manis...padahal mt tak kuat manis.....perlu  tambah gula kalau nak buat lagi..resipi cari kat my resipi ....sumber nor 67

Tuesday, September 27, 2011

Serimuka Durian

Serimuka Durian dgn gula merah....
Lapisan Bawah :
500gm beras pulut( rendam sekurang2nya 4jam,cuci dan tos)
300ml santan pekat
300ml air
2st garam

Gaul semua bahan kukus selama 30minit.Padatkan kedalam loyang

Lapisan Atas :
Bahan A :
300gm gula merah
50gm gula pasir
500ml air
2 helai daun pandan

Masak hingga gula hancur dan sejukkan

Bahan B :
150gm tepung gandum
250ml santan pekat
1/2st garam

Satukan semua bahan,campurkan bahan A kedalamnya dan tapis kedalam periok.

Bahan C :
100gm isi durian
5biji telor

Blend dan masukkan kedalam periok tadi.Kacau rata.Masak hingga naik wap dan tuang kelapisan bawah.Kukus selama 30min.

Sunday, September 25, 2011

Sambal Sotong Kering



Nasi lemak,sambal sotong kering,ayam goreng menu breakfast n lunch mt hari ni.Sambal sotong ni dicampur dgn kacang tanah...sedap sangat rasanya....nak tahu cubalah....
3 ekor sotong kering di rendam semalaman...guna sotong basah pun boleh...bukan sotong kecik tu...
segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar
semangkok air asam jawa

5sudu cili kisar nak pedas letak lebih
1biji bawang putih 
1biji bawang besar
sedikit belacan

Panaskan minyak,tumis bawang besar dan bawang putih yg telah dikisar hingga wangi,masukkan cili dan belacan...tumis sampai garing.
Masukkan sotong,air asam dan kacang tanah...gaul rata .Masak hingga mendidih dan pekat.
Rasakan garam dan gula

Saturday, September 24, 2011

Talam Cha Cha





Talam Cha Cha yg sempat dibuat untuk majlis hariraya masjid Al Huda....kejap lagi nak gerak ke Rawang..at dah ke KT...adik & abg long kena pi masjid...nanti join ke Rawang lepas habis majlis..jom tengok resipi talam cha cha ni....
Bahan A :
100gm gula melaka
100gm gula merah
50gm gula pasir
500ml air
1helai daun pandan

semua bahan A dimasak hingga gula hancur

Bahan B :
120gm tepung beras
60gm tepung gandum
250ml santan pekat
2biji telor
1sb tepun g ubi
1/2st garam

Satukan bahan A dan B kacau rata dan tapis.Masak hingga naik wap dan bahagi dua bahagian.Setiap bahagian lebih kurang 600ml.Tuang dlm loyang satu bahagian dan kukus selama 15 min.

Bahan Lapisan Tengah :

170gm tepung beras
50gm gula pasir
250ml santan pekat
650ml air
1sb tepung kacang hijau (green pea flour)
1/2st garam

80gm cha cha direbus dan toskan

Satukan lapisan tengah,kcau rata dan tapis.Masak hingga naik wap dan masukkan cha cha kacau rata dan tuang atas lapisan pertama tadi...kukus selama 15minit.
Tuang satu lagi bahagian atas lapiosan tengah dan kkukus selama 30minit.

Biskut Coconut Crystal


Bahan A :

250gm mentega
180gm gula kastor
1/8 esen vanilla
secubit garam

Bahan B :
1biji kuning telor

Bahan C :
350gm tepung jagung
50gm tepung gandum
2tbsp tepung kastard

Bahan D :

100gm kelapa kering di bakar

Hiasan : kuning telor...manik gula

Tuesday, September 20, 2011

Kaswi Labu

Ada lebihan labu kukus yg mtq simpan...cukup2 pula untuk buat kaswi labu...sedap rasanya...tapi bila kacau naik wap tu jgn terlebih kacau atas api nanti kaswinya jadi liat pula.....

250gm labu
220gm gula pasir
250ml santan pekat
3helai daun pandan
1/2st garam
350ml air
150gm tepung sago
75gm tepung gamdum
50gm tepung jagung
1/2sb air kapur
pewarna oren
1/2st esen rose atau vanilla

Cara :
1.Labu dibuang kulit, dikukus dan di lenyek halus.Ketepikan dahulu
2.Santan,gula,garam dan daun pandan dimasak hingga gula hancur.
3.Satukan kesemua tepung ,air kapur,esen dan air dlm mangkok,kacau rata...masukkan 2 yg masih panas dan labu kedalamnya..kacau rata dan tapis.
4.Masak hingga naik wap dan tuiang kedalam loyang yg telah disapu minyak.
5.Kukus selama 30min dah sejuk potong dan hidangkan dgn kelapa parut putih yg yelah di gaulkan dgn sedikit garam

Monday, September 19, 2011

Kek Lobak Merah


Dah lama tak buat kek lobak merah....tinjau2 cukup semua bahan...mentega kurang 50gm...mt campurkan dengan mejerin je....rasanya masih sedap...gebu, lemak serta terasa lemon....

Bahan A :
300g mentega (250gm mentega + 50gm majerin sbb stok mentega dah habis)
240gm gula kastor

Bahan B :
4biji telor gred A
1st esesn vanilla

Bahan C :
240gm tepung gandum
1st serbuk penaik (diayak bersama)

Bahan D :
80gm badam atau gajus kisar

Bahan E :
170gm lobak merah disagat
1st parutan kulit lemon

Cara :
1.Pukul bahan A hingga kembang dan gebu
2.Masukkan bahan B dan pukul lagi
3.Perlahankan speed masukkan bahan C dan D
4.Akhir sekali masukkan bahan E..kaup balikkan adunan hingga rata.
5.Masukkan dlm loyang 8inx8in k;alau nak kek tu tinggi..mt una loyang size 9inx9in yg telah di griss dgn mentega dan dilapik kertas minyak.
6.Bakar pada suhu 150c selama 45min


Friday, September 16, 2011

Tart Nenas Bunga

Tart nenas bunga projek menghabiskan jem nenas....
115gm butter
115gm minyak sapi
1biji telor gred B
450gm tepung gandum
sedikit garam
air sejuk

Pecahkan telor didalam bekas,masukkan butter,minyak sapi gaul rata dengan whisker dan masukkan tepung sedikit2....akhirsekali masukkan air sejuk.ambil sedikit adunan...warnakan hijau.
Terap guna penaerap tart,masukkan inti dan lipat.Terap adunan hijau dgn acuan berbunga enam...potong dua dan lekatkan untuk jadikan daun,

Pasembur Ucu Ani style


Tiap kali berkunjung pasti ada pasembur kat rumah ucu Ani isteri pada Pak Su mt ni...tiap kali makan mesti tanya resipi...last year dah buat rasa mcm tak jadi je...raya baru2 ni tanya lagi macam mana nak buat...sbb keluarga mt kata sedap....resipinya terlalu simple......malam tadi tanya adik (dia pun belajar dgn ucu ani juga)..akhirnya jadi jugaklah....cuma kena cuba berkali2lah agar rasanya jd sempurna....

250gm kacang tanah di sangai dan di kisar 
4biji bawang putih di tumbuk halus
6sudu makan cili kering kisar
1sudu makan bijan
sedikit air asam jawa
gula merah
garam
minyak untuk menumis

Cara :
Tumis bawang putih hingga wangi,masukkun cili kering kacau hingga garing.Masukkan kacang tanah,bijan dan gaul rata.Masukkan air asam jawa dan tuang air biasa untuk melembutkan kacang.Biar mendidih dan agak kering.Rasakan gula dan garam.

Cucur Tepung :
500gm tepung gandum
1 bungkus yis mauripan
1sudu makan gula pasir
1sudu makan majerin
1/4 st garam halus
Air

Gaul rata semua bahan dan masukkan air(lupa nak sukat jumlah air tadi) adunan seperti nak buat cengkodok pekatnya.Perap selama satu jam.Panaskan minyak dan goreng.

Thursday, September 15, 2011

Puding Sumi


Puding ni pun sedap dan senang nak buat....dari blog secangkir teh sepiring kuih....
A :
1 tin fruit coctail
jeli sumi secukupnya

B :
11/2 tin susu cair
3/4tin air atau lebih ikut citarasa
gula ikut rasa
1sb tepung kastard dibancuh dgn sedikit air
1st esen vanilla
secubit garam

Masak semua bahan B hingga mendidih dan sejukkan.Masukkan sumi dan fruitcoctail.

Bingka Lapis

Bingka Lapis ubi dan tepung beras...sedap sangat...anak2 dan anak2 saudara yg datang makan pun kata sedap...letak je dlm pinggan...habis...bingka ni Q yang tolong buat...tolong kacau adunan ubi yg bewarna hijau tu...bila mt masukkan tepung beras dan gula pasir kedlm bekas....belum sempat apa2 Q pun kacau..kipas angin pun berpaling ke dia...apalagi macam muka tepung kormak...terkebil2...nampak biji mata hitam dia je....resipi ni mt ambil dari blog fatini secangkir teh sepiring kuih...mt mohon share kat sini ye...

(A) 
500gm ubi yg telah diparut
300ml santan
25ml jus perahan daun pandan
150gm gula pasir
1/2st garam
1tbsp mentega

Gaul semua bahan diatas hingga sebati.Masukkan kedlm loyang 8inx8in kukus selama 30minit.Boleh kacau atas api hingga pekat baru tuang kedalam loyang.

(B)
750ml santan
125gm gula pasir
125gm tepung beras
25gmtepung hoen kwee atau tepung jagung
1/4st esen vanilla
1/2st garam

Gaul rata semua bahan hingga sebati dan tapis.Masak adunan hingga pekat dan berkilat.Tuang atas lapisan A.Ratakan dan bakar pada api grill hingga permukaan kuih keperangan.Tukar apai atas bawah dan bakar selama 30minit pada suhu 180c.

Kek Lapis Asam Manis Kukus

Selalu buat kek lapis asam manis versi bakar yg pakai banyak telur....yg ni versi kukus guna sikit je telor... tak berminyak...rasa pun sedap....nak buat pun senang....warna lapisan tu di pilih oleh Q....sebenarnya dia suka hijau...tapi dah buat bingka warna hijau...."hijau jalan...merah stop"...katanya...

Bahan A :

5biji telor
225gm gula castor
1tsp vanilla esen
1tbsp ovellete
1/4garam halus

Pukul hingga gebu dan ringan

Bahan B :

1tsp baking powder
220gm tepung gandum

Ayak bersama

Bahan C :

150ml susu segar(mt guna full cream)
100ml vegetable oil(mt guna minyak jagung)

Dicampur bersama

Bahan D :

Sebungkus hawflakes

Cara :
1.Apabila A dah gebu dan ringan,masukkan B sikit demi sikit sambil digaul rata.
2.Masukkan C dan gaul sebati
3.Bahagi kepada dua bahagian dan warna ikut kesukaan.
4.Lenser loyang size 8inx8in dgn majerin,letak kertas minyak dan sapu jgk diatasnya.
5.Ambil empat senduk(my senduk..)adunan merah dan ratakan dlm loyang....kukus selama 7 minit..mt tak panaskan pengukus sbb pakai steamer elektrik...terus on terus panas...
6.Ambil empat senduk adaunan kuning...ratakan atas lapisan merah...susun asam manis hawflakes diatasnya dan kukus lagi selama 7 minit...buat sampai habis berselang seli.

Wednesday, September 14, 2011

Lempeng Kelapa

Menu lunch mt  dgn Q hari ini lempeng kelapa dgn sambal tumis bilis....Q cicah madu....sedap no...anak2 mesti nak resipi....mt dah sukat untuk u all...kalau tak buat tak tahulah...

2caw tepung gandum
1caw kelapa parut putih
300ml air(lebih kurang..jgn cair atau terlalu pekat/kalau ada air kelapa lagi sedap)
1/2tsp garam halus

minyak dan daun pandan untuk melenser kuali.

Gaul rata bahan2 diatas.Lenser kuali dgn daun pandan,masukkan dua senduk adunan dlm kuali ratakan dan tutup adunan agar masak serata...balikkan adunan tersebut.Dah siap....


Tuesday, September 13, 2011

Biskut Coklat Chip



Biskut ni angah yg buat...segala biskut atau kek yg berasaskan coklat...mmg kegemaran dia....

Bahan A :

190gm butter
45gm brown sugar
80gm gula icing
1/2st esen vanilla
1 biji telor

Bahan B :

220gm tepung gandum
1/2st baking soda
1st serbok koko

Bahan C :

170gm coklat chip
170gm almond flakes

Cara :
1.Satukan butter,gula ising dan brown sugar hingga ringgan,masukkan telor dan esen vanilla pukul lagi.
2.Masukkan bahan B yang telah di ayak bersama.Gaul rata
3.Masukkan bahan C dan gaul rata.Masukkan adunan dlm piping bag dan picit adunan atas loyang dan bakar pada suhu 150c selama 10minit-15minit.

Daging Masak Jintan

 Ini menu berbuka puasa sunat Syawal hari ni....sayur goreng ala2 sambal goreng...guna apa je stok yg ada kat rumah....dan daging masak jintan.Daging masak jintan ni lebih kurang sama dengan daging masak hitam...cuma yang ini mt tambah serai....sedap....wangi...anak yg bongsu balik dari kerja belum masuk rumah dah tanya...bau apa ni...bestnya...bila dia tengok lauk untuk berbuka dah terhidang atas meja makan.....

500gm daging di hiris nipis dan direbus dengan 1/2caw kicap dan sedikit air.
Masak hingga daging  empok & airnya kering.

Bahan kisar halus :
15tangkai cili kering
3biji bawang besar (bawang merah pun ok...mt guna bawang besar sbb nak cepat)
6biji bawang putih
1in halia
4btg serai

2sb jintan halus disangai sekejap dan kisar halus.

Sedikit air asam,kicap manis,garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1.Ambil sebahagian bahan kisar halus dan sedikit jintan yg dikisar digaulkan kedalam daging yg telah di toskan.Biar seketika,
2.Panaskan minyak masak,goreng daging tadi skejap dan angkat.Gunakan baki minyak tadi untuk menumis bahan kisar hingga terbit minyak,garing dan wangi.
3.Masukkan daging,kacau rata.Masukkan jintan yaang dikisar,gaul rata...masukkan kicap,sikit air asam.
4.Bila dah hampir pekat masukkan gula dan garam.

Saturday, September 10, 2011

Biskut Ice Cream



Lepas Maghrib ada rumah terbuka di rumah Hjh Zuraini jiran mt....nampak gaya dari pagi sampai ke malam dapur tak berasap....mt tak pasti bila nak buat rumah terbuka tahun ni...sbb at dah mula sibuk dan outstation...tapi sesiapa yg nak berhariraya tu jemputlah kerumah..boleh makan biskut ice cream....

130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4st baking powder
20gm badam serbuk
1st esen vanilla
1biji kuning telor untuk disapu atas biskut
Coklat cair dan manik2 untuk hiasan

Cara :
1.Pukul butter dan gula icing hingga kembang.masukkan kesemua tepung yg telah diayak bersama baking powder.Gaul rata
2.Masukkan badam serbuk gaul rata hingga jadi doh yg lembut.
3.Terap menggunakan acuan berbentuk ice cream,sapu kuning terlor dan bakar pada suhu 150c selama 10 minit.
4.Apabila sejuk,celupkan dlm coklat cair dan tabur manik.

Wednesday, September 7, 2011

Asas Rempah/Ibu Rempah

Mt nak kongsi cara2 buat asas rempah...rempah kormak...rempah kambing beriani serta nasi bukhari....bagaimanapun mt sendiri guna rempah segera dipasaran...kecuali klu nak business rempah....kalau rempah beriani biasanya mt beli di Batu Pahat...dapat ilmu ni beberapa tahun dulu semasa belajar buat  berbagai jenis nasi dan rempah asas ni termasuk dlm package kursus.......manatahu ...ada yg teringin nak buat perniagaan rempah....jommmm

40gm ketumbar
20gm jintan putih(halus)
20gm jintan manis(kasar)
20gm kulit kayu manis
10gm bunga lawang
5gm buah pelaga

segenggam kas-kas

Semua bahan-bahan diatas di sangai dah mati api masukkan kas-kas...gaul rata.
Kisar dan ayak.Simpan dlm bekas kedap udara.

Rempah Nasi Bukhari

Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah serbuk cili.....agar nampak merah
tambah sedikit serbuk kunyit...agar berbau kunyit

Rempah Kambing Beriani

Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah serbuk cili (Johor style tiada cili)
tambah serbuk lada sulah
tambah 4 - 5 biji cengkih

contoh :

1kg daging kambing dgn tulang
100gm Asas Rempah/ibu Rempah
Serbuk cili ikut suka
1st lada sulah
2biji cengkih

Rempah Kormak

Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah 1 1/2 cawan beras disangai
tambah serbuk lada sulah

Sumber dari Chef Rosli (Pengarang Buku Jutawan Senyap)

Tuesday, September 6, 2011

Kari Daging

Resipi kari ni agak berlainan sikit dari selalu yg mt buat.....selain dimakan dengan nasi ianya juga sedap di makan dengan roti atau roti jala......resipi asal dari tukang masak kenduri kawin...kalau ikut resipi asal dia...rasa2 mt anak2 tak akan buat.....so mt modified sikit agar mudah anak2 nak buat....lain kali mt buat betul2 ikut cara tukang masak/saudara yg berjiran dgn tok ki di kampung ni...Aim...mt minta izin share ye resipi ni...tp dah ubah sikit2...apa pun rasanya still sedap.........

1kilo daging/kambing
4sb rempah kari daging(dari dua jenis kari)

Bahan Yg di Mesin :

3btg serai
1biji bawang besar
4biji bawang putih
2in halia

Santan pekat dari sebiji kelapa
Air
2sb jintan halus disangai dan mesin halus
4sb bawang goreng
kentang
3sb tomato sos
garam & sikit gula melaka

Cara :
1.Tumis bahan mesin hingga garing dan wangi...masukkan pes kari dan kacau hingga terbit minyak.
2.Masukkan daging,masak hingga daging kecut dan terbit minyak.Masukkan jintan yg dimesin halus dan bawang goreng...kacau rata...biarkan seketika diatas api dan masukkan kentang
3.Masukkan santan dan air...bila dah mendidih masukkan sos tomato...biar mendidih sekali lagi.rasa garam dan sedikit gula melaka.

Monday, September 5, 2011

Biskut Makmur Kurma


Selalu jumpa biskut makmur berinti kacang....mt tak berapa suka......so kena buat sendirilah kalau nak berinti kurma.......biskut ni biskut orang2 lama....mudah dan teramat sedap.....kalau dulu mt buat jadikan bentuk oval lepas tu sepitkan jadi bunga.....la ni bulat2 kan je,,,,
400gm tepung gandum
130gm minyak sapi cair
60gm mentega

Kurma untuk inti

Cara :
1.,Ayak tepung,masukkan minyak sapi cair sedikit demi sedikit...gaul rata lepas tu masukkan mentega sejuk...uli hongga jadi doh.Kalau masih keras tambah minyak sapi cair
2.Scoop adunan sebanyak satu sudu teh... isi inti dan bulat2kan.Bakar selama 15 minit pada suhu 150c
3.Gaulkan dengan gula icing dan masukkan kedalam papercup.


Friday, September 2, 2011

Daging Masak Hitam & Ketupat




Semalam balik ke SA dengan angah,adik dan atq tinggal di kampung...hari ni mereka balik....mtq kena balik dulu sbb ada beberapa perkara perlu di selesaikan.....hari  ni putri sulung bersama kedua2 cucu pulang dari Kuala Terengganu...mtq dah siapkan ketupat,sambal kacang,lodeh dan daging masak hitam untuk mereka....maklum jelah disana tak ada ketupat...ada pulak lebih daun...Pak Hair dan Pak Sufalil (bapa saudara kepada anak2) dah tolong anyam...so senang sikit kerja mtq....ni antara beberapa versi resipi masak daging hitam....

1 kilo daging
2sb jintan halus (sangai dan kisar halus kedua2 jintan ni)
1sb jintan putih
minyak untuk menumis
1/2 caw kicap manis
sedikit air asam jawa

Bahan kisar :
4biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4cm halia
30tangkai cili kering

Cara :
1.Rebus daging dengan sedikit air dan kicap.Hiris nipis daging...airnya simpan.Daging tadi di gaul dagn sebahagian jintan dan sebahagian bahan kisar.
2.Goreng daging dan ketepikan.
3.Tumis bahan kisar dan jintan hingga wangi dan terbit minyak.Masukkan daging dan lebihan air rebusan dan kicap.
4.Masukkan air asam biar mendudih dan terbit minyak
5.Rasa garam dan gula.