Galery mt

Galery mt

Wednesday, August 3, 2016

Talam Lapis Caribbean


Lapisan Bawah :

A)
200gm tpg beras 
100gm gula kastor
1/2tsp garam
300ml santan
500ml air

B)
250gm pisang nangka di kukus dan di potong dadu
Beberapa titik pewarna kuning di gaul bersama pisang

Cara :
1.Satukan semua bahan.Gaul rata dan tapis Masak hingga pekat
2.Masukkan pisang gaul rata dan tuang ke dalam loyang.Ratakan dan kukus selama 25 min

Lapisan Tengah :

50gm tepung gandum
120gm gula castor
1/2 tsp garam
2 biji telor
1/8tsp esen pisang
300ml air
100ml santan pekat
sedikit pewarna..ikut suka

Cara :
1.Satukan semua bahan gaul rata dan tapis.Masak hingga naik wap
2.Tuang keatas lapisan pisang .Kukus selama 25min

Lapisan Atas :

50gm tepung kastrad
150gm gula castor
1/4st garam
sedikit esen vanilla
2 biji telor
100ml santan pekat
300ml air

Cara :
1.Satukan semua bahan dan gaul rata...tapis dan masak hingga naik wap
2.Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 30minit

Note : Seperti biasa setaip lapisan di cucuk garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.


Tuesday, August 2, 2016

Kek Butter Santan


Cucu mt yg no 2 sangat2 suka kek ni...entah berapa kali buat dlm masa seminggu....guna kualiti butter baru rasanya mengancam,,,,
Bahan :

1/2 caw butter
3/4 caw gula....mt kurangkan sikit..sikit je
1st esen vanilla
3 biji telor
1 packet/50gm santan serbok
1 1/2 caw tepung gandum *
1 st baking powder *

* di ayak bersama

Almond flake/Almond nib


Cara :
1.Pukul butter,gula dan esen vanilla hingga kembang
2.Masukkan telor sebiji sebiji dan pukul lagi
3.Masukkan santan serbuk gaul rata
4.Dengan spatula masukkan tepung sikit2..hingga habis dgn cara kaup balik adunan
5.Bahagikan 3 bahagian warna ikut kesukaan
6.Gris acuan dan masukkan adunan berselang seli warna hingga habis.Tabur almond
7.Bakar hingga masak.

Kek Batik Empire



Bahan :

200gm butter
1/4caw gula halus
4 biji telor
1st esen vanilla
1/4caw kaya perisa asli
1/4caw susu pekat manis
3/4caw tepung gandum*

1/4caw horlicks*

* di ayak bersama
1sb serbuk coklat
1/2sb coklat emulco
pewarna hijau
150gm biskut marie di patah2 empat dan di bahgi dua bahagian

Cara :
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2,Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi
3.Masukkan esen vanilla,susu dan kaya..dan pukul sebati
4.Perlahankan speed mixer masukkan tepung dan pukul sebati
5.Bahagi dua adunan...masukkan sedikit peawrana hijau..gaul rata dan masukkan sebahagian biskut marie dan gaul rata.
6.Masukkan kedalam acuan yg telah disapu butter dan hentakkan acuan dua tiga kali
7.Kukus selama 20 minit
8.Baki aduan di masukak serbuk coklat dan coklat emulco..gaul rata dan masukkan biskut marie gaul rata semula.
9.Tuang ke atas adunan hijau..hentakkan loyang dan kukus selama 30 minit.
10.Apabila sejuk..paipkan nutella diatas ke dan tabur manik hiasan.