Galery mt

Galery mt
Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Lotus Mexican Buns



mt buat setengah adunan dari resipi dibawah....dapat lebih kurang 35 biji dgn scale 30gm tiap satu...gebu dan enak sudah tentunya...jika nak buat siapkan topping dan lotusnya dulu...

Bahan :
1kg tepung roti (high protien)
3tbsp yeast kering
2tsp bread improver 
1tsp bread softener
220gm gula
1tsp garam
2 biji telor
40gm susu tepung
300ml air sejuk
100ml fresh milk
120gm butter

Cara :

Campurkan tepung,yeast,bread improver,bread softener,susu tepung,telor...putar seminit dan masukkan garam dan gula,,putar low speed selama dua minit
Masukkan butter,fresh milk dan air dan putar hingga doh jadi elastik
Keluarkan dari mixer..bulatkan doh tersebut dan simpan dlm bekas ditutp plastik selama 10 - 15minit
Scale doh 40gm atau 30gm setiap satu..bulatkan dan isikan lotus tadi ,bulatkan semula dan perap selama 30minit
Pipekan toping mexican dan bakar pada suhu 180 -200c selama 15minit

(mt cale 30gm dan letak atas paper cup)

Topping Mexican :
400gm mentega cair
300gm gula castor
3 biji telor
400gm tepung gandum
1tbsp coffee emulco paste (kat rumah tak ada mt guna cappucino emulco)

Cara :
Pukul butter dan gula selama 10 minit.Masukkan telor dan pukul lagi
Masukkan coffe emulco dan diikuti tepung dan pukul agi dgn high speed selama 3 minit dan masukkan kedalam piping bag ikat dan simpan dalam fridge..bila nak pakai baru kelurkan

Lotus (inti mexican bun)

100gm majerin/butter
100gm custor sudar
100gm almond ground
100 gm tepung gandum

Cara :

Pukul butter dan gula selama 1 minit campurkan almond dan tepung.
Pukul dgn mixer hingga rata
Ambil sedikit dan bulat bulatkan untuk di masukkan kedalam roti nanti.

Monday, March 2, 2015

Roti Sarang Lebah

Sana sini orang bercerita roti srang lebah..cicah pula dgn sos butterscotch....emm sedap.Ikut saja caranya ..In Shaa Allah jadi....tapi kena  guna mesin pengadun roti lah ..kalau guna tangan...rasanya boleh tercabut lengan tangan tu....

Bahan :

600gm tepung roti high protien
110gm gula halus
14gm yis kering (mt guna mauripan)
50gm susu tepung
10gm bread improver
10gm garam halus
2biji telor gred A
30gm butter
30gm shortening

50ml UHT whipping cream
50gm ais ketul
200ml air

Cara :
1.Masukkan semua bahan dalam mixer kecuali garam .ON mixer dgn speed 1 dan baru masukkan garam.
2.Putar sampai doh jadi elastik..lebih kurang 20minit
3.Keluarkan doh dari mixer,potong timbang dan bulat2kan adunan.Letak dalam bekas aluminium dan biarkan naik dua kali ganda.Mt letak kat bawah porch depan rumah...tutup dgn penutup sekejap saja roti tu naik.
4.Apabila dah naik parutkan chedar cheese diatas roti dan tabur badam dan pumpkin seeds
5.Bakar pada suhu 150C selama 20minit atau bergantung jenis oven

Sos Butterscotch :

250gm gula kastor
250gm Whipping cream
100gm butter
75gm coklat compound putih

Cara :

1.Masukkan gula dalam kuali,masak hingga gula perang...berhati2 jangan sampai hangit.
2.Bila gula perang dah mencair masukkan whipping cream kacau rata (berhati2 sebab akan meletup2)
3.Masukkan butter dan coklat.Kacau rata dan matikan api.

Tuesday, February 24, 2015

Roti Sardin Roll


FK dah belikan semua bahan minta mt buatkan sardin roll.....sekejap aje dah siap....makanlah puas2...

Bahan : 
Beberapa keping roti
1tbs tepung gandum - dibancuh dgn air utk jadikan gam
2 biji telor dan secubit garam di kacau sebati
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti :
1 tin sardin
1 biji bawang besar di hiris
2biji lada merah di hiris
Beberapa biji cili padi jika suka pedas
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
sedikit garam

Cara :
1.Masukkan semua bahan kedalam kuali masak hingga pekat dan kering
2.Rasakan garam
3.Kukus roti agar lembut supaya senang di gulung
4.Ambil sekeping roti yang sudah di kukus,leper2kan,letak inti 
5.Sapukan sedikit "gam" di hujung bahagian satu lagi.Gulung roti ketat2.
6.Potong 2 dan celup dgn telor dan goreng dgn api sederhana hingga garing.

Monday, February 16, 2015

Donat Gebu

Gebu...rasa manis2 manja..tak salut gula pun dah sedap....
Bahan A :
3 caw tepung diayak - ketepikan

Bahan B :
2 sb mentega - dicairkan  dan di sejukkan
1 biji telor - dipukul sedikit dgn garfu

Satukan keduanya apabila mentega dah sejuk

Bahan C :
1 caw air suam
11gam yis mauripan
6sb gula kastor
3sb susu pekat manis

Satukan air,gula dan susu dan masukkan yis
 kacau sebati...biarkan 10minit hingga adunan berbuih

Cara :
Apabila adunan C sudah berbuih..masukkan adunan B..kacau sebati
Tuang ke dalam Bahan A.Kacau rata dengan senduk kayu
Perap selama 45minit
Apabila adunan dah naik..salut tepung ketapak tangan..agar adunan tak melekat..boleh bentukkan sesuka hati.
Biar seketika baru di goreng dengan minyak yang banyak
Apabila dah sejuk,boleh salutkan dengan gula kastor

Saturday, November 9, 2013

Roti Canai




Ini antara resipi roti canai yg mt suke buat...senang aje kalau kita rajin....jommm ke dapor...Sebahagian gambar mt ambil dari kenalan mt Suri yg telah mencuba resipi ni....dia juga berniaga segala macam frozen food...kalau nak tempah hubungi beliau di talian 0123052516....
Bahan:

A) 1 kg tepung gandum
      60gm minyak sapi

B) 60gm susu pekat manis
     1tsp gula
     1tsp garam
     500ml - 550ml air

Cara :
1.Satukan semua bahan B.
2.Satukan bahan A masukkan kedalam mangkok adunan.Masukkan B sedikit demi sedikit sambil di uli hingga lembut...(mt guna mesin je...lengoh nak mengulinya oii)
3.Tutup ddgn plastik dan perap selama 30 minit.
4.Bulatkan doh sebanyak 50gm..lumur dgn minyal sapi atau majerin. dan perap selama 4 jam
5.Tebar kalau pandai kalau tak pandai penyek2 dlm dulang besar dan tarik tarik....dan bakar.

Nota :

Untuk garing boleh tambahkan 1 tbsp horlicks
Untuk froozen nak simpan lbh sebulan : Tambah sodium benzote 1kg tepung = 1 % SB..(klu boleh tak payahlah guna SB ni......

Monday, January 7, 2013

Puree

Gaul tepung dgn majerin hingga rata...masukkan air yg dicampur garam sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi seketul doh yg tidak melekat
Ambil sedikit doh dan bulat2 kan hingga habis...biarkan sebentar...baru dicanai jgn terlalu nipis dan terlalu tebal....
Goreng dlm minyak yg panas hingga garing...puree ni akan mengelembung...

Makan dengan kari daging atau ayam.....

Bahannya :
4 caw tepung gandum
1sb majerin
300ml air (boleh ganti fresh milk)
1/2 st garam

Caranya seperti gambar diatas....

Wednesday, September 26, 2012

Sweet Bun dgn Mexican Bread Topping









Sebelum ni ada posting resipi sweet bun (straight dough)....ini salah satu resipi yg seakan sama yg menghasilkan roti yg lembut..gebu dan lemak juga...caranya sama saja... mt masukkan sekali lagi resepinya dgn mexican topping bread...
Bahan :
600gm tepung roti/high protien
300ml fresh milk sejuk (mt guna full cream milk)
75gm castor sugar
1biji telor gred A
1 1/2st instant yeast
1/4 tsp garam
25gm butter
25gm shortening
9gm soft pro (mt guna 5gm bread softner/5gm bread improver)

Cara :
1.Masukkan tepung yg diayak kedalam mixer kecual butter dan shortening.Pukul perlahan sebentar dan kuatkan speed...selepas 10 mint masukkan butter dan shortening.Pukul selama 30 min - 45min.
2.Masukkan doh kedalam bekas yg bertutup dan rehatkan sebentar didalam peti ais selama 15min.
3.Keluarkan doh dan tumbuk2 doh utuk mengeluarkan angin.Timbang setiap doh seberat 40gm.
4.Letakkan doh didalam loyang dan biarkan selama lebh kurang 11/2jam.
5.Sapukan egg wash dan pamkan topping keatasnya.
6.Bakar didlm oven yg telah dipanaskan selama 13min pada suhu 200C (bergantung pada jenis oven)

Mexican Bread Topping :
70gm icing sugar
120gm majerin
130gm tepung gandum
2 biji telor
1tsp instant coffee/nescafe
1/2tsp air panas
1/4tsp coffee flavor

Cara :
1.Pukul majerin dan gula hingga kembang.Masukkan telor dan pukul lagi
2.Larutkan nescafe dgn air panas dan masukkan kedalam adunan.
3.Gaul sebati dan masukkan kedlm piping bag.

Egg Wash :
1bji telor + 1/2tbsp fresh milk..kacau sebati

Note :
40gm doh  menghasilkan lbh kurang 26 bji bun.

Thursday, September 20, 2012

Sweet Bun dgn Milk Filling




Sudah lama tak buat roti....dah beberapa kali tertangguh....payah betul jika penyakit "M" dah mula menyerang....lawan..lawan...mt bimbang bila dah lama tak buat..nanti lupa pulak.....
Macam2 versi resipi buat roti ni....hasil rotinya..ada yg lembut gebu..ada yg sedang2...ada yang agak keras sikit...terpulang pada selera masing2....
hari ni mt kongsi salah satu resipi roti.. dgn filling susu....tanpa filling pun sedap....

Sweet Bun (Straight Dough) :
Bahan :
500gm tepung roti/high protien flour
10gm yis segera
60gm gula castor
1/2tbsp bread softener
1/2tbsp bread improver( atau boleh gantikan kedua2 ni dgn 10gm soft pro)
1biji telor
50ml fresh milk
200ml air sejuk dari peti ais
1tsp garam
30gm shortening
30gm  butter

Cara :
1. Masukkan semua bahan2 diatas di dalam mixer kecuali shortening dan butter.Pukul dgn kelajuan tinggi.
2.Masukkan shortening dan butter...pukul lagi selama 30 min ke 45 min sehingga doh apabila di tarik seperti elastik.
3.Masukkan doh dlm bekas bertutup dan rehatkan dlam peti ais selama 15min.
4.Keluarkan doh..tumbuk doh untuk keluarkan angin..dan bahagikan doh seberat 30/40/50 gm setiap satu...yg dlm gambar seberat 50gm...
5.Masukkan filling dan biar dlm 1 1/2 jam (roti akan naik dan mengembang)
6.Sapukan egg wasah dan bakar pada suhu 200C selama 12 minit..bergantung pada jenis oven

Egg Wash :
1biji telor dicampurkan kedalamnya 1/2tbsp fresh milk dikacau rata.

Milk Filling :

100gm milk powder
80gm gula icing
secubit garam
1biji telor
50gm butter

Cara :

1.Campurkan semua bahan dan kacau rata.
2.simpan dlm peti ais sebelum digunakan.

Friday, August 26, 2011

Sardine Roll

Dah lama tak buat sardine roll ni....biasanya anak saudara yg seorang tu .(sekarang  ni dia menetap di sebuah pulau.)...yg rajin buatkan...siap letak bom(cili padi) nak perkenakan mtq...tapi kantoi sebab mtq mmg tahan pedas....punyalah dok perhati bilalah mtq nak berasap dan berair mata....sedangkan mtq selamba je makan....walau bagaimana pun air tangan org pulau (Renny )juga sedap.......sardine roll hari ni digoreng oleh anak bujang mtq....
Bahan :

Roti gardenia di kukus sekejap
1tin sardin dihancurkan
2biji bawang besar di hiris
4biji cili merah di hiris
garam

Tepung gandum dan sedikit air utk lekatkan roti

Cara :
1.Buang separuh sos sardin dan masukkan semua bahan dalam kuali,masak hingga agak kering.Rasa garam
2.Kukus roti sekejap...(dikukus supaya lembut dan senang nak gulung)Letak inti sardin dan gulung..dihujungnya sapukan adunan tepung supaya melekat.
3.Potong dua roti dan masukkan dlm bancuhan telor dan goreng.(kalau suka selepas celup dlm telor golekkan atas bread crumb baru goreng)