Sebelum ni ada posting resipi sweet bun (straight dough)....ini salah satu resipi yg seakan sama yg menghasilkan roti yg lembut..gebu dan lemak juga...caranya sama saja... mt masukkan sekali lagi resepinya dgn mexican topping bread...
Bahan :
600gm tepung roti/high protien
300ml fresh milk sejuk (mt guna full cream milk)
75gm castor sugar
1biji telor gred A
1 1/2st instant yeast
1/4 tsp garam
25gm butter
25gm shortening
9gm soft pro (mt guna 5gm bread softner/5gm bread improver)
Cara :
1.Masukkan tepung yg diayak kedalam mixer kecual butter dan shortening.Pukul perlahan sebentar dan kuatkan speed...selepas 10 mint masukkan butter dan shortening.Pukul selama 30 min - 45min.
2.Masukkan doh kedalam bekas yg bertutup dan rehatkan sebentar didalam peti ais selama 15min.
3.Keluarkan doh dan tumbuk2 doh utuk mengeluarkan angin.Timbang setiap doh seberat 40gm.
4.Letakkan doh didalam loyang dan biarkan selama lebh kurang 11/2jam.
5.Sapukan egg wash dan pamkan topping keatasnya.
6.Bakar didlm oven yg telah dipanaskan selama 13min pada suhu 200C (bergantung pada jenis oven)
Mexican Bread Topping :
70gm icing sugar
120gm majerin
130gm tepung gandum
2 biji telor
1tsp instant coffee/nescafe
1/2tsp air panas
1/4tsp coffee flavor
Cara :
1.Pukul majerin dan gula hingga kembang.Masukkan telor dan pukul lagi
2.Larutkan nescafe dgn air panas dan masukkan kedalam adunan.
3.Gaul sebati dan masukkan kedlm piping bag.
Egg Wash :
1bji telor + 1/2tbsp fresh milk..kacau sebati
Note :
40gm doh menghasilkan lbh kurang 26 bji bun.
No comments:
Post a Comment