Galery mt

Galery mt

Thursday, April 21, 2011

Apam Polkadot

 Cucu mt "Q" yg rajin mengacau....
Cantik dan sedap....didalamnya boleh letak filling strawberry atau blueberry....sesuai sangat untuk dihidangkan pada kanak2.....semalam buat satu adunan instead dpt 50 biji klu guna M size papercup  tapi cuma dapat 24 biji je....biasalah Q dah ambil separuh adunan tu.....resipi ada kat Sini

Monday, April 18, 2011

Resipi Rendang Itik....


Ini antara menu wajib yg arwah my mum akan buat bila tiba hari raya,tetapi  gunakan daging..Selepas berkahwin mak ikut abah bertugas di N9...kesemua adik beradik di besarkan di N9 sebelum berpindah ke Singapura,Kulai,Johor Bahru,Temerloh dan Batu Pahat...kecuali dua yg terakhir mmg brand Johor Darul Takzim.Rendang Daging N9 style ni adalah kegemaran mtq tapi atq tak berapa suka...tu yg jarang buat....Ni resipi permintaan dari anak saudara yg duduk di Putra Jaya sana...agak2 jelah ye...sbb semalam buat tak sukat.....

1kilo daging
Cili padi (nak peda letak banyak)
4biji bawang putih
 10biji bawang merah
1in halia
1in kunyit
1in lengkuas
6btg serai di ketuk
daun kunyit dihiris(optional...resipi asal arwah mak tak ada)
asam keping
Santan
garam dan gula secukup rasa
3/4 caw kerisik





Sunday, April 17, 2011

Rendang Itik Cili Padi



Hari ni baru sempat masak itik yg diberi oleh Hjh Sumiati hari tu...pertama kali tengok daging itik...wow besar...mtq potong kecik2.Mtq nak masak rendang cili padi style N9...wow sedap rupanya daging itik ni...kenapalah selama ni tak makan.....ugh...ugh...Lauk diatas tu jadi banyak diberi oleh jiran2 sebelah kanan dan kiri...wahhh rezeki Alhamdullilah.....



Puding Hantaran Buah Peach

Hari ni tak ada apa program...lepas masak untuk makan tengahahri,mt mulakan projek puding hantaran..tada...tu hasilnya diatas....cantik untuk dibuat hantaran pertunangan,perkahwinan atau untuk makan beradap di meja pengantin.....

Tuesday, April 12, 2011

Talam Ubi Kayu (GM)


Sebelum ni ada posting talam ubi kayu guna gula biasa...kali ni talam ubi kayu guna gula melaka (GM)...sedap,lembut dan lemak....
Lapisan Bawah :

3 caw ubi kayu yg sudah di parut
1 1/2 caw air gula (1 caw gula melaka,1caw gula pasir di masak dengan 1 caw air)
1 caw santan pekat
1 1/2 st garam

Cara :

1.Tapis air gula yg sudah sejuk kedalam parutan ubi,masukkan santan dan garam,gaul rata dan kacau atas api sebentar.
2.Tuangkan kedalam loyang size 10inx10in kukus selama 25min.

Lapisan Atas :

2 caw santan pekat
1 caw air
1 1/2 caw tepiung beras
2 sb tepung gandum
1/2 st garam

Cara :

1.Gaul rata semua bahan dan tapis.
2.Tuang atas lapisan bawah.Kukus selama 30 min.


Saturday, April 9, 2011

Lapis Pelangi


Selalu makan kuih ni warna merah dan putih,kali ni buat warna warni...lapis merah putih jadi lapis pelangi...
Bahan (A) :     300gm tepung beras
                       150gm tepung gandum
                       150gm tepung ubi
                       600ml santan pekat
                       600ml air
                       1tsp garam

Bahan (B) :     420gm gula castor
                       300ml santan pekat
                       400ml air
                       2 helai daun pandan

Cara :

1.Masak (B) hingga mendidih dan sejukkan.
2.Satukan  (B) dan (A) kacau rata dan tapis
3.Bahagi adunan  kepada 2 bahagian,satu dibiarkan putih dan satu lagi di campurkan dengan esen rose dan pewarna rose amina.
4.Mula melapis warna putih selama 5 min dan diikuti merah...dan seterusnya berselang seli hingga habis.
5.Lapisan akhir warna merah di tambah pewarna agar lebih terang.Kukus selama 25min.

Note: Loyang size 10inx10in dilapik plastik.Kesemua sekali 8 lapis..setiap lapis 300ml.

Sunday, April 3, 2011

Apam Labu


Masak lemak labu,bingka labu.....hari ni cuba buat apam labu....sedap sangat...

Bahan :

300gm labu
400gm tepung gandum
2st baking powder
11gm yeast
200gm gula pasir
3biji telor A
400ml santan pekat
secubit garam

Cara :

1.Kukus labu,masukkan kedlm blender bersama santan .Blend halus.Masukkan yeast blend lagi hingga sebati.
2.Pukul telor,gula dan garam hingga kembang
3.Masukkakn adunan labu dan pukul lagi hingga sebati.
4.Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder.Pukul lagi sampai sebati.
5.Simpan selama 1 jam.
6.Panaskan kukusan.Sapu acuan lompang dengan minyak.
7.Sudukan adunan kedalam acuan lompang dan kukus selama 15minit.Kalau malas masukkan saja kedfalam loyang.




Ayam Kampung Masak Ungkep


Masakan ni jugak diajar oleh ibu mertua...guna ayam kampung baru sedap...ayam ni datang dari Meru...Hjh Sumiati bawa,kononnya buat pengeras belajar talam hari tu...lain kali akak dtg bawa pulut dan rendang ayam yg siap dimasak je lagi senang.Alhamdullilah dia bawa ayam yg dah siap di potong....kalau tak naya...mtq bukan pandai nak kerjakan ayam.....ni dia resipi arwah....kita kongsi sama2....

1/2 ekor ayam kampung di potong kecil2
2sb cili...nak pedas tambah cili lah tak siapa pun marah
1biji bawang besar (resipi asal guna bawang merah)
2ulas bawang putih
1/2inci halia
1/2in kunyit
2btg serai dititik
2sb ketumbar biji di sangai sekejap
Santan
air asam,garam dan gula..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...