Galery mt

Galery mt

Wednesday, July 12, 2017

Samosa




Orang lain agaknya sibuk buat cookies tapi mt bila nak dekat raya sibuk buat frozen food....samosa..karipap..sardin roll.Along buatkan tart nenas..angah buatkan samperit,,,mt ada buat sikit..cukuplah tu.Malam ni mt upload gambar dulu..mood nak taip resepi belum ada...

Bahan-bahannya..

2 bungkus kulit popia 
sedikit bancuhan tepung gandum utk di jadikan gam

(di potong 4 dan di cantumkan dua potongan dgn gam tpg gandum)

Inti Samosa...

4 ulas baang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
setangkai daunmkari
sedikit daun sop dan daun bawang (dipotong 1in)
2 sb rempah kurma
1 sb rempah kari
400gm daging kisar atau ayam
1 bungkus mix vege
3 biji kentang ..di ptong dadu dan di rebus 3/4 masak dan toskan

Cara :
1.Tumbuk halia,bawang putih dan bawang merah
2.Panaskan minyak ..tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan rempah2 yg telah di bancuh dgn sedikit air.Kacau sebentar 
3.Masukkan daging...masak hingga daging kecut dan masak dan agak kering
4.Masukkan mix vege dan kentang..gaul rata dan rasakan garam dan gula
5.Akhir sekali masukkan daun bawang an daun sop.Matikan api

Masukkan kedalam kulit popia..boleh terus di sempa sejuk beku.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...