Galery mt

Galery mt

Wednesday, July 12, 2017

Samosa




Orang lain agaknya sibuk buat cookies tapi mt bila nak dekat raya sibuk buat frozen food....samosa..karipap..sardin roll.Along buatkan tart nenas..angah buatkan samperit,,,mt ada buat sikit..cukuplah tu.Malam ni mt upload gambar dulu..mood nak taip resepi belum ada...

Tuesday, June 20, 2017

Biskut Pandan Nestum

Ada simpanan nestum dlm kabinet dapor...mt google2 jumpa resipi ni di resepibiskut.blogspot.my....tu dia hasilnya...

Bahannya...

250gm mentega (mt guna tatura salted..tu aje yg ada dlm simpanan)
120gm gula icing
2 st paste pandan
sedikit pewarna hijau

300gm tepung gandum red rose tambah lagi 1/4 caw
1st baking powder
1/4 caw susu tepung 
50gm nestum di kisar halus

Hiasan

1 biji telor
1sb cucu cair
Nestum

Cara...

1.Tepung..susu tepung dan baking powder di ayak bersama.Ketepikan dahulu
2.Pukul mentega dan gula icing hingga kembang
3.Masukkan paste pandan dan sedikit warna..dan di pukul rata
4.Perlahan kan speed..masukkan nestum di ikuti tepung yang diayak tadi
5.Putar hingga jadi doh
6.Terap ikut acuan yg di sukai dan sapu telor serta tabur nestum ditasnya
7.Bakar pada suhu 150C selama 15minit (ikut oven masing2)

Goreng Sotong Cili Kering

Sotong hasil mencadat masih ada....hari ni masak ni pulak....

Bahan...

Beberapa ekor sotong dibuang kulit dan kelar2
1 sk tepung jagung
2sb sos tiram

Gual semua bahan bersama sotong..perap seketika

Goreng sebentar angkat dan toskan..(jgn grg terlalu lama nanti sotong jadi liat)

Bahan utk sos..

1sb kicap manis
2sb sos cili
1 sb tepung jagung bancuh dengan sedikit air

Bahan Tumis..

6 tangkai cili kering (di kerat2 ..cuci dan goreng dan toskan)
3 ulas bawang putih di cincang
1in halia di hiris panjang
Daun bawang di kerat2

Bahan2 lain
..
Capcicum atau lada merah potong dadu
Bawang besar di potong dadu
Garam dan gula secukup rasa (mt tak letak )

Cara..
Panaskan minyak.Masukkan bawang putih dan halia..tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan sos dan campuran tepung jagung..masak hingga agak pekat
Masukkan bawang..capcicum...daun bawang...dan lada kering. dan akhir masukkan sotong
Gaul sebati dan rasakan garam gula
Matikan api

Taburkan dgn daun bawang yg di potong panjang

Sunday, June 18, 2017

Puding Roti


Bahannya...

1 bungkus roti butterscotch  gardenia(setiap keping di potong 4)
3 caw susu sejat (mt guna IDEAL milk/nak guna susu segar pun boleh dan lagi sedap)
3 biji telor
3 sb gula kastor
1 1/2 st esen vanilla
coklat chip
kismis
mentega

Satukan telor..susu ..gula dan esen pukul sedi dan tapis

Sapu bekas dgn butter..susun roti tabur coklat cip..kismis..ulang sampai habis..
Tuang adunan telor ditas nya dan tekan2 ssikit roti agar aduan telor meresap.
Tabur coklat cip dan kismis serta sedikit butter.
Bakar dlm loyang yg berisi air selama 30mnit

Sos Kastard...

1 liter full cream milk
200gm gula kastor (boleh kurangkan)
1st esen vaniila
40gmsb tepung kastard di bancuh sedikit dgn air(mt suke guna brand bird's kastard)

Satukan semua bahan kecuali tepung kastard.
Masak atas api hingga mendidih
Masukkan bancuhan tepung kastard masak seketika
Sejukkan

Nota : Satu bungkus roti tu dapat tiga bekas..spt dlm gambar...satu utk mt dan dua lagi utk along dan angah utk berbuka puasa di rumah masing2.


Saturday, June 17, 2017

Sagu Gula Melaka


Hujung minggu anak2 berkumpul berbuka puasa di rumah..Hari ni mereka minta mt buat puding sagu...dlm gambar diatas..mt guna susu cair sebab  kelapa x sempat nak beli...boleh juga guna fresh milk dan sudah tentu sedap guna santan ori perah guna tangan,,,
Bahan A...

500 gm sagu kecil
Air secukupnya
Pewarna

Dicuci dan rendam 10 minit.Cuci semula utk buang lebihan kanji dan toskan.Masukkan kedalam periok tuang air melepasi paras sagu.Masukkan pewarna dan masak dgn perlahan dgn api sedrhana.jika sagu masih kelihatan putih tambah air..masak hingga sagu jernih.
Toskan kedalam penapis dan lalukan air paip utk hilangkkan lebihan kanji.Toskan dan tuang dlm bekas sejukkan dlm peti sejuk
Cara lalukan air paip diatasnya untuk dapatkan rasa sagu biji sebiji2 tidak berketul2. 

Bahan B..

Santan dan sedikit garam di sejukkan

Bahan C :

Gula melaka
Sdikit gula pasir
Daun pandan

Di masak bersama hingga agak pekat dan tapis
Simpan sejuk

Wednesday, June 14, 2017

Red Pearl Cookies


Biskut yg mesti buat bila hari raya....cubalah biskut ni faveret keluarga mt...nampak x cantik tp rasa dia...ummmm

Bahan2...

300 gm butter (nk sedap di tekak guna butter quality dan halal)
150 gm gula kastor
300 gm tepung gandum (mt guna cap bunga rose di ayak dulu)
120 gm conflakes
100 gm coklat chip
50 gm almond nib
1 st esen vanilla
ceri merah (utk hiasan di potong panjang)

Cara...

Pukul butter dan gula dlm mixer sampai kembang.Matikan mixer
Masukkan tepung..cornflake..almond nib dan coklat rice gaul rata guna spatula je
Adunan agak lembik. jgn memandai tambah tepung pulak
Scoop dgn 1/2tbsp...dan dgn gunakan sudu kecil keluarkan kedlm tray...buat hingga habis.
Hiaskan ceri
Bakar dan suhu 150C selama 10 minit...(ini oven mt...)

Sunday, June 11, 2017

Semperit Coffee


Semperi Coffee yg membuat sesiapa yg tidur selepas subuh di bulan puasa ni pasti terjaga dgn bau kopi yg sangat harum....

Bahannya..

240gm butter (mt selalu pakai SCS salted atau Tatura salted)
80gm gula icing
1st esen vanilla
4 st coffee emulco (boleh guna capucino)
220gm tepung gandum cap rose
80gm tepung jagung
25gm serbuk badam

Hiasan
coklat cip dan almond nib

Cara...

Pukul butter an gula icing hingga kembang
Masukkan esen vanila dan esen kopi pukul lagi hingga rata
Masukkan tepung andum..tepung jagung dan serbuk badam.Gaul rata
Masukkan  adunan kedlm piping bag..yg telah di pasang nozzle bintag.
Hiaskan dgn coklat cip dan almond nib
Bakar selama 10 min dgn suhu 150C.

Tuesday, June 6, 2017

Semperit Badam


Bahan nya..

260gm mentega
100gm tepung red rose
100gm tepung ubi
100gm gula icing
50gm serbuk badam

Hiasan..

coklat masakan dengan almond nib
atau
coklat rice dgn almond nib

Cara ...

Pukul mentega dan gula icing hingga agak sebati dan lembut
Masukkan tepung ubi dan tepung gandum yang sudah di ayak. serta serbuk badam.
Gaul rata
Pam aduanan guna acuan semperit.
Pam coklat ,masakan dan tabur almond nib
Bakar,

Friday, May 26, 2017

Sotong Goreng Tepung



Bahan..

Brberapa ekor sotong di buang kulit luar di potong basug dan toskan hingga kering..

1/4 caw tepung beras
1caw tepung gandum
1/2 caw tepung ubi atau jagung

diayak ke dalam mangkok

masaukkan..
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk lada putih
1 st serbuk lada hitam kasar
1 st garam

gaul rata bahagi dua adunan

1 biji telor di pukul sikit
Minyak utk menggoreng

Gaulkan sotong dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
Masukkan sotong kedalam sebahagian adunan tepung.
Masukkan telor ...gaul rata
Ambil sehiris sotong..gaulkan kedalam sebahagian lagi tepung..buat satu2 hingga habis.
Goreng dlm minyak yg panas.angkat..toskan..siap

Jgn goreng sotong terlalu lama nanti sotong jadi liat.


Saturday, May 20, 2017

Sotong Percik



Resipi dah ada dlm n3 sebelum ni....sotong goreng kunyit pula kegemaran Pak Su dan cucu2 mt...malas nak menaip copy paste dari entry sebelum ni...



Bahan2 A
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus

cara:
1)cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas shj
2)gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
3)bila sotong dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas sotong..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas sotong masa hidang dlm pinggan nnti...

Bahan2 percik
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

cara
-blend bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi




Wednesday, May 17, 2017

Opor Sotong


Hasil mencadat...hari ni Opor Sotong pulak.....

Bahannya...

4 ekor sotong sederhana besar...buang kuilt dan cuci bersih..kelar di bahagian blkg
15tangkai cili kering..nak pedas letak lebih
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang puith
2 btg serai di titik
1 in lengkuas di titik
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan serbuk ketumbar
1st serbuk jintan manis
1/2 caw santan pekat
1 1/2 caw air
2 helai daun limau purut
1 st serbuk kunyit
minyak utk menumis
asam keping
garam dan gula pasir/sedikit gula melaka

Cara..
Cili di potong cu ci dan rebus sebentar.Toskan.Kisar cili ..bawang merah dan bawang putih
masukkan serbuk kunyit..serbuk ketumbar..serta serbuk jintan manis...dan gaul rata.Tumis dan masukkan serai lengkuas.Tumis hingga terbit minyak.
Tambah kerisik kacau sebentar.
Tuang Santan dan air .Masukkan sedikit asam keping
Masak hingga mendidih.
Masukkan sotong masak seketika dan rasakan garam an gula.Siap


Thursday, May 11, 2017

Tapai Pulut


Anak2 mt suka makan tapai pulut dgn ice cream vanilla....sedap bangat...



Bahannya..

Dlm gambar mt buat 1k beras pulut susu beli kat Siam hari tu..

1 kilo beras pulut rendam dgn 2 liter air
2 caw air

Nota : Pulut susu..rendam 3 jam
Pulut biasa rendam 6 jam atau semalaman

Cara :...

Toskan pulut
Tuang dlm loyang yg di lapik plastik
Masukkkan 1 caw air gaul rata dan kukus 15 minit
Masukkan 1/2 caw air gaul rata dan kukus lagi selama 15 minit
Masukkan lagi 1/2 caw air gaul rata dan kukus hingga masak
Keluarkan dari pengukus.
Sejukkan

Cara meragi...

1/2 ketul ragi..
1 sb gula pasir ( x letak pun x apa)
sarung tangan plasti
semangkok kecil air bersih

Gesek ragi atas tapai...guna penapis kopi..terbalikkan pulut..gesek lagi ragi merata atas pulut....taburkan sedikit gula jika perlu...celup tangan dlm air ...ambil pulut dgn hujung jari...lerai2kan bagi ragi..gula bergaul rata kesemuanya..buat sampai habis.
Masukkan dlm daun pisang atau apa saja bekas..
Mt masukkan bekas2 dlm gambar tu ke dalam periok dan bungkus dgn kain
Peram selama 2 hari...

Friday, May 5, 2017

Kuih KU






Sediakan inti dahulu..

2 caw/400gm kacang hijau (di rendam hingga kembang)
2 caw air
2 caw gula
1 caw kelapa parut putih

Cara...
Toskan kacang.Masukkan kacang dlm rice cooker dan masukkan 2 caw air
Masak mcm masak nasi..bila dah kering masukkan kelapa dan gula dan di kacau rata
Biar "keep warm" hingga kering

Dah sejuk ambil inti seberat 10 gam dan bulatkan.. buat sampai habis..simpan dlm peti sejuk sementara nak siapkan doh pula

Bahan Doh..

500 gm tepung pulut
1 caw santan
2 sb gula
1sk garam
air secukupnya

Cara..
Ayak tepung pulut kedalam mangkok
Satukan santan..garam dan gula serta kacau hingga gula larut.
Tuangkan santan kedalam tepung..gaul rata sambil masukkan air sediki2 hingga jadi doh yg lembut
Ambil doh seberat 20gm ..bulat2kan,Buat sampai habis

Sapu tapak tangan dgn minyak..ambil sebuji doh dan masukkan inti..bulatkan dan lonjongkan sedikit.Masukkan kedalam net  dan pulas
letak atas daun pisang.Buat sampai habis dan kukus selama 10 min

Nota : Dapat menghasilkan kuih angku sebanyak lbhkurang 42 biji



Friday, March 10, 2017

Ayam Masak Bali


Ayam kampung masak Bali ni kesukaan family mt....hari ni masak dua ekor ayam kampung...ayam kampung kan comel je saiznya...

2 ekor ayam kampung..potong ikut suke
 sedikit serbuk kunyit
garam

Gaul rata ayam dengan serbuk kunyit dan garam.Perap sekejap dan goreng 3/4 masak...kalau garing sangat tak sedap..keras mcm batu pulak nanti

5 biji bawang besar
10 biji bawang putih
1 1/2 inci halia

Di kisar halus

6 btg serai di ketuk
4 pelepah daun kari 
2 sb cili kisar..suka pedas boleh tambah (mt letak sikit sebab cucu nak makan)
1/2 caw kicap manis
sedikit gula melaka
1 caw air

Caranya..

Guna minyak lebihan goreng ayam tadi.Tumis serai hingga wangi.Masukkan daun kari tumis sebentar.Masukkan bahan kisar dan cili ..tumis hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan sedikit gula dan masukkan ayam gaul rata.masukkan air.Masak hingg agak pekat.Akhir sekali masukkan kicap.Masak sekejap dan matikan api.

Monday, March 6, 2017

Bingka Pandan




Resipi dari FB.....

Bahan..

2 1/2 caw tepung gandum
2 caw santan pekat
1 caw air daun pandan
5 biji telor gred B
1 caw gula
1st garam
sedikit pewarna

Acuan di sapu minyak

Cara ..

Satukan semua bahan di atas kedalam mixer...Pukul hingga gula hancur dan tapis.
Tuang dlm acaun dan bakar.
Siap...

Wednesday, March 1, 2017

Asam Pedas Ikan

Asam pedas yg selalu mt masak ialah asam pedas Johor style..(kami berdua Johor mari)...kali ni mt cuba asam pedas style Melaka pulak....lain sedikit rasanya tp tetap sedap.....

Bahan...

2 keping ikan tenggiri/parang/pari pun boleh
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 in halia *
1 in kunyit hidup *
1 sudu makan lada hitam lada hitam *
1 in belacan
4 sudu makan cili blend..nk pedas boleh tambah

blend bahan bertanda *

1st halba
1 btg serai di titik
1 bunga kantan di belah dua
sedikit daun kesom
bende atau terung atau dua2 sekali pun boleh
sedikit daun kesom
air asam jawa  secukupnya
garam 
gula (mt tak letak)
minyak utk menumis

Cara :
Panaskan minyak dan tumis halba
Masukkan belacan..kacau  seketika
Masukkan bahan blend..cili kisar dan serai tumis hingga garing....ni taktik nk dapat asam pedas yg sedap..tumis bahan2 tu hingga garing ..bukan sampai hangus ye
Masukkan ikan...balikkan ikan perlahan2..biar sekita..dan tuang air asam (ada org suka tuang air asam dan baru masukkan ikan..mt suka masukkan ikan dahulu)
Masak hingga mendidih.
Masukkan daun kesom..bunga kantan dan bende.
Rasakan garam dan secubit gula (gula ni ganti ajinomoto)..jgn spi terasa manis pulak
Reneh sebentar dan matikan api

Nota.. Kalau malas masak sayur lain..dlm asam pedas ni mt suka masuk..tomato..bende..terung...anak2 panggil asam pedas 3 in 1






Monday, February 13, 2017

Kek Oren


 Kek yang mudah dan sedap

Bahan...

1 biji oren sunkist
1 1/2 caw gula halus
1 caw minyak jagung
3 biji telor gred A
2 caw tepung gandum
1 st baking powder

Cara...

Ayak tepung dan baking powder bersama...ketepikan dulu
Buah oren sunkist di potong sedikit bhg atas dan bawah....di belah dan dibuang urat2 puti tu..dan potong kecil2 bersama kulitnya sekali
Masukkan potongan buah oren...gula ..telor dan minyak dlm blender dan kisar halus
Tuang kedalam adunan tepung dan gaul sebati
Tuang dlm loyang dan bakar

Thursday, February 9, 2017

Gulai Ketam


Gulai Ketam ni faveret anak2 dan cucu2 mt...

Cili kering..gunting dan rebus dan toskan
Halia
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Serai di ketuk
Asam keping
Santan..
Minyak utk menumis
Telor

Blend cili kering..halia..kunyit bawang merah dan bawang putih
Tumis kedalam minyak bersama serai hingga wangi dan garing
Masukkan ketam..gaul rata dan biar seketika
Masukkan asam keping
Akhir sekali masukkan santan dan kacau rata...
Masak hingga mendidih sesekali dikacau
Pecahkan telor dan kacau rata
Rasakan garam dan gula...siap

Kek Red Velvet


Resipi dari Azlina Ina....

Sediakan Buttermilk...

1 caw susu cair atau fresh milk
1 sb cuka masakan
1 sk pewarna merah
1 sk pewarna oren

Satukan ..kacau rata dan biar selama lbhkurang 10 minit

200 gm butter suhu bilik
1 caw gula halus
sedikit esen vanilla
3 biji telor

Pukul hingga kembang butter..gula dan esen..masukkan telor satu persatu sambil di pukul lagi

2 1/2 caw tepung gandum
1sk baking powder
1sb serbok koko
secubit garam

Ayak bersama tepung..baking powder ..serbok koko dan garam...masukkankedalam adunan telor selang seli dgn buttermilk.gaul rata dan tuang kedlm loyang saiz 9in x 9 in yg telah dialas baking paper
Masak dlm 20 min..bergantung oven masing2...bila permukaan kek tak lekat tuang adunan cheese dan bakar semula dlm 15 minit lagi...

Adunan Cheese

250gm cheese
1sb tepung gandum
1sb tepung jagung
1/2 caw gula
2biji telor
1 biji kuning telor
esen vanilla


Masukkan semua bahan dlm blender..blend hingga rata dan tuang atas adudan kek.Bakar semula..

Tuesday, February 7, 2017

Kek Planta




Resipi  dari Zakiah Said.....Harum semerbak ketika membakar....rasa pun sedap...bahan pun simple je...kek zaman dulu2 ni...
Bahan..

2 caw tepung gandum
1 st baking powder

di ayak bersama..ketepikan dulu

1caw planta
1 caw gula halus
1 st esen vanilla

Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang

3 biji telor gred A
2 sb susu pekat manis

Masukkan telor satu persatu dan pukul hingga kembang
Masukkan susu dan pikul lagi

Akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata
Jika nak buat warna warni...bahagi kepada tiga bahagian..warna kan ikut kesukaan.
Tuang dlm loyang yg telah di lenser dgn planta
Bakar hingga masak.

Sunday, February 5, 2017

Popia Crunchy

Popia crunchy..mudah..je nak buat ..buat banyak2...boleh simpan sejuk beku...bila nak makan..goreng dan sira...mt buat tak ada sukatan....

Sebungkus kulit popia 
lobak merah
kobis

tepung gandum dan sedikit ait di bancuh utk jdikan gam

Sagat kobis dan lobak merah

Letak dan kulit popia gulung dan gam...buat sampai habis.Gulung ketat2 dan comel
Goreng dan sira

Bahan sira..

cili blend (cili kering atau cili merah)
gula
Air


Tuesday, January 31, 2017

Kek Pandan Santan


Loyang  7in x 7in di sapu minyak

Bahan :

200gm tepung gandum
2 st baking powder\
\di ayak bersama...

2 biji telor gred A
180gm gula halus
25ml air daun pandan
175ml santan
Pewarna hijau jika perlu

Cara ..

Pukul telor dan gila hingga kembang
Satukan air daun pandan dan santan..kacau rata dlm satu bekas..kalau malas nak buat air daun pandan boleh ganti pandan paste
Masukkan tepung selang seli dgn santan hingga habis.Gaul rata
Tuang dlm loyang dan bakar hingga masak

Saturday, January 14, 2017

Kek Pisang

Semalam Mak Ila adik ipar mt bawa pisang dari kebun taman nya....petang tadi  pisang dah jadi macam ni...

Bahannya..

2 caw tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bicarbonat

Ayak bersama..ketepikan dulu

4 biji pisang
1 caw minyak jagung
1/2 caw gula perang
1/2 caw gula caster
3 biji telor gred A

Blend semua bahan bersama dan tuang ke dalam tepung.Kaup balikan adunan hingga rata
Lanser loyang dgn majerin dan bakar dlm oven yg telah di panaskan dahulu
Jika suka letak potogan pisang di atasnya sebelum di masukkan kedalam oven

Thursday, January 12, 2017

Congo Bar


Resipi dari FB..tak rugi mencuba...pasti anak2 mt suke....buat utk makan2 esok malam anak2 saudara nak datang....dlm tak berapa sihat dapat siapkan juga puding lumut..karipap dan keria montok...buat awal besok cucu yg kecik datang pasti tak dapat buat kerja...
Bahan..

1 1/2 caw butter (360tgm)
2 caw brown sugar

Pukul hingga putih (mt guna whisker je)

Masukkan ..

6biji telor gred A
2st esen vanilla

Pukul hingga sebati

Masukkan..

5caw self rising flour (600gm)
2 caw coklat chip

Gaul rata dan tuang dlm loyang nipis yg dialas baking paper

Patah2 kan coklat dan susun atas adunan..Bakar hingga masak.

Thursday, January 5, 2017

Keria Montok

Resipi yg agak berlaianan sedikit dari yg sebelum ni.....garing diluar dan lembut didalam...

1kg keledek putih..rebus dgn sedikit garam hingga empuk.Toskan.Lenyek dan sejukkan
100gm tepung beras
50gm tpg gandum
Ayak dulu yer..

Gaul bersama keledek hingga rata
ambil 40gm keledek bulatkan dan buat lubang di tengah2 hingga habis

Goreng hinggga garing

Bahan sira 

300gm gula melaka
2sm gula pasir
sedikit gula batu
1/4 caw air

Masak hingga pekat dan masukkkan keledek.Matikan api gaul rata dan sejukkan



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...