Sedap sungguh popia sweet and sour ni....ada rasa masam..ada rasa mnais ada rasa pedas sikit2....cuba buat kalau tak percaya....pasti makan sampai tak ingat...x sempat nak frozen....habis licin licau..cucu mt merengek minta buatkan lagi....jom buat...
Bahannya...
400gm daging kisar brand Ramly
2 labu bawang holland di potong dadu
3 biji timun buang empulor yang di tengah tu dan potong dadu
3 sb serbuk kari daging
Sos cili secukup rasa
Mayonis secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Kulit popia saiz 8inx8in (ada jual di supermarket)
Bancuhan tepung gandum utuk di jadikan gam
Caranya...
.Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang hingga layu
Masukkan daging masak hinnga kecut dn air daging kering
Masukkan rempah kari kacau rata
Masukkan timun masak lagi seketika
Masukkan cili sos masak hingga agak2 kering
Akhir sekali masukkan mayonis gaul rata dan matikan api.
Cili sos dan mayonis di tambah secukup rasa mengikut selera msg2...ada rasa pedas..manis dan masam.
Masukkan kedalam kulit popia gulung dan gam dgn bancuhan tepung gandum
Goreng...baki boleh di frozen
No comments:
Post a Comment