Galery mt

Galery mt

Thursday, September 28, 2017

Karipap Sardine


Semalam buat karipap sardine utk di frozen....

Bahan untuk kulit karipap..

1 kg tepung gandum
1caw minyak masak
1/2 caw majerin planta
400ml air (anggaran je...)
1sb garam

Caranya...

Panaskan minyak dan majerin hingga mendidih
Tuang kedalam tepung dan gaul rata dgn whisker
Air di campur dgn garam dan tuang sedikit demi sedikit kedlm adunan tepung hingga menjadi doh 
Bungkus dgn plastik dan simpan dlm peti sejuk sekejap.

Bahan Inti...

1tin besar sardine (buang sosnya..tinggalkan sedikit je)
2 biji kentang (buang kulit dan potong dadu..Rebus 3/4 masak dan toskan)
1 labu bawang holland di potong dadu
1sb cili kisar
10 tangkai cili padi (mt suka pedas..potong kecil2...bila makan tergigit2 cili,,tu yg sedapnya)\
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

Caranya
Panaskan minyak.Tumis bawang hingga layu dan wangi
Masukkan cili kisar..dan cili padi..kacau rata
Masukkan sardin sambil dihancurkan dgn sudip
Masukkan kentang,,kacau rata
Akhir sekali masukkan jus limau dan rasakan garam serta secubit gula
Masak hingga kering.Matikan api

Nota : Goreng sedikit dan sejukkan baru di simpan sejuk beku.

No comments:

Post a Comment