Bila tengok bola mulalah nak cari kudapan..cekodok ler...karipap ler...samosa ler...semua frozen stock dah habis....malam ni buat kacang salut tepung yg sgt mudah...tapi mt tak berani nak makan banyak-banyak...dah nak masuk 6 series ni kena jaga makan...
Bahan yang di perlukan...
500gm kacang tanah
6 ulas bawang putih di tumbuk
1 sb serbuk cili (mt guna 3 packet chili flake lbh makan pizza hari tu)
3sb gula
2st garam
2 biji telor
5sb tepung gandaum
1sb tepung beras
Caranya...
Kacang di bersihkan..di cuci sekali lalu dgn air..Toskan hingga kering atau jemur
Masukkan semua bahan kedalam mangkok kecuali tepung
Gaul rata.Masukkan tepung gandum dan beras yg telah diayak dan gaul rata
Goreng degan api sederhana hingga sedikit perang
Angkat dan toskan
No comments:
Post a Comment