Galery mt

Galery mt

Monday, November 2, 2015

Kek Kurma


Bahan2nya :
10 biji kurma..buang biji
1 caw susu cair

Kisar dan ketepikan dahulu

3/4caw gula kastor
1 biji telor gred A
1 caw minyak jagung
1 1/2 caw self rising flour

Cara :
Pukul telor dan gula hingga gebu
Masukkan kisaran kurma tdi dan pukul lagi
Masukkan minyak dan pukul lagi
Masukkan Tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata
Tuang dlm loyang saiz 9 in dan tabur kurma diatasnya.
Boleh juga cincang kasar kurma dan di gaul bersama adunan kek tadi.

Tuesday, October 13, 2015

Getuk Ubi

Mt tak sempat nak sukat..sibuk dgn cucu yg baru berumur 3 bulan lebih..sampai terlupa...tapi kuih ni kalau main masuk je adunan pasti jadi...cuma nasiblah kalau terkeras..terlembik..termanis...practise make perfect..so kena cubalah berkali2 untuk dapatkan resepi yg sedap...lain kali mt akan cuba sukat...

Bahan ;
Ubikayu
Kelapa parut putih
garam 
gula

Ubi di potong2 macam nak buat ubi rebus....buang kulit dan direbus bersama air dan sedikit garam hingga empok
Apabila sudah masak..masukkan kelapa dan gula...ketuk dgn apa2 asalah hingga dia lumat
Bulatkan atau leperkan mcm gambar kat ats tu pun boleh
Celup dgn adunan tepung gandum dicampur sdikit tepung beras,sedikit kunyit dan garam
Goreng hingga garing.

Monday, October 12, 2015

Apam Gula Hangus

Bahan :

1 caw gula pasir
1caw air

Masak gula hingga perang..Masukkan air (hati2..akan meletup2)..Masak hingga mendidih dan sejukkan

1 1/2 caw tepung gandum
1st baking soda

diayak bersama dan ketepikan dahulu..

2 biji telor
1/2 caw minyak jagung
2sb susu pekat manis
2sb majerin

Masukkan semua bahan didalam bekas dan kisar lebih kurang 5 minit
Masukkan air gula perang dan kisar lagi selama 5 minit
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kisar rata sekejap
Masukka adunan dalam acuan dan kukus dgn api kuat selama 15 minit.

Sunday, September 6, 2015

Puding Terazzo Pandan




Bahan A :
12gm serbuk agar2
700ml santan cair
300ml air di blend dgn 10 helai daun pandan
160gm gula
1st garam
sedikit pewarna hijau

Masak semua bahan hingga mendidih tambahkan pewarna.Tapis dan sejuk beku.
Bila dah sejuk potong kiub

Bahan B :
12gm serbuk agar2
100ml air
200gm gula merah
2sb tpg kastard *
4sb air * di bancuh bersama
3 helai daun pandan

Masak semua bahan hingga mendidih..masukkan bancuhan tepung kastard...masak hingga mendidih lg.Tapis dan tuang ke dalam loyang yg telah di basahkan.
Tabur bahan A hingga rata

Bahan C;
8gm serbuk agar2
400ml santan
200ml air
140gm gula
1st garam

Masak semua bahan hingga mendidih.Tapis dan tuang atas lapisan B yg telah di cucuk2 dgn garfu

Saiz loyang 10in x 10 in..

Saturday, September 5, 2015

Puding Lapis Cendol

Sebelum ni dah ada entry puding ni..tp mt share sekali lagi resepinya..

Bahan A :
800ml air di kisar bersama 10 helai daun pandan..dan tapis
400ml santan pekat
140gm gula

Masak hingga mendidih di bahagi kepada dua bahagian
Tuang sebahagian ke dalam loyang yg telah dibasahkan.
Sebahagian lagi ketepikan dahulu

Bahan B ;
1000 ml air
160gm gula melaka/gula merah
1/4st garam
10gm serbuk agar2

Masak semua bahan hingga mendidih dan tapis.
Bahagi dua bahagian...dan tuang sebahagian keatas lapisan A
Sebahagian lagi ketepikan dahulu

Bahan C :
150ml santan pekat
450ml air
100gm gula
8gm serbuk agar2
1/4st garam

150gm cendol

Masak semua bahan.kecuali cendol hingga mendidih.Tuang atas lapisan B dan taburkan cendio diatasnya.

Panaskan hingga mendidih baki bahan B dan tuang atas lapisan C dan akhir sekali panaskan baki lapisan A hingga mendidih dan tuang atas puding.Biarkan beku dan sejukkan dlm peti sejuk.

Loyang : 10in x 10 in di basahkan
Jumlah lapisan A =1200ml (bahagi 2 setiap lapisan 600ml)
Jumlah lapisan B = 1000ml (bahagi 2 setiap lapisan 500ml)
Cucuk permukaan lapisan dgn garfu sebelum menuangkan adunan seterusnya
Pastikan adunan panas mendidih

Tuesday, May 19, 2015

Lapis Kaswi Keladi

Terpandang resipi kat fb kawan mt...apalagi...ber experiment lah mt di dapor...mt buat separuh dari resipi dibawah...dan mt lapiskan..kalau malas..tuang aje adunan tu dlm loyang...

Bahan :

180gm tepung beras
120gm tepung ubi
70gm tepung jagung
260gm gula
1200ml santan (400mlo santan kotak  +800ml air)
300gm keladi direbus hingga empok dan toskan airnya
1st esen keladi
2st air kapor
1/2st garam
pewarna unggu
Cara cara:
Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas). Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.
Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.
Sapu minyak pada loyang saiz 10x10x3 dan tuangkan adunan putih dan ungu secara berselang seli.
Kukus adunan selama 40 minit dan sejukkan kuih sebelum
dipotong.
Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.

Wednesday, May 13, 2015

Kek Nenas Terbalik


Resipi dari CMG..mt buat separuh dari resipi di bawah...

Bahan :

2 tin nenas
Ceri merah

250gm mentega
5 biji telor gred A (asingkan kuning dan putih)
135gm gula halus
135gm tepung gandum
2st baking powder

(tepung gandum dan baking powder diayak 2 x)
1st esen vanilla

Cara :
1.Gris springform pan dgn mentega..alas dgn kertas minyak..dan sapu mentega atas kertas minyak.
2.Susun nenas diatasnya dan belah dua ceri merah dan sumbatkan kedalam lubang nenas tersebut
3.Pukul mentega dan sebahagian gula dan masukkan vanilla serta pukul lagi hingga putih
3.Masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi
4.Perlahan speed mixer masukkan tepung hingga habis.
5.Dalam mangkok lain pukul putih telor hingga berbuih dan masukkan baki gula tadi serta pukul hingga kental
6.Satukan adunan tepung dgn putih telor.Kuap balik adunan hingga rata
7.Masukkan adunan kedalam springform pan tadi dan ratakan
  1. Bakar hingga masak.

Tuesday, May 12, 2015

Kuih Bom Mini....

Buat kecil..dan comel.....kalau kenduri kawin ramai tempah nak saiz begini...sekali atau dua kali ngap.....resipi mt copy paste dari n3 lama....
1 1/2 caw tepung pulut
1/2 caw tepung beras
2sb gula dimasak bersama 1 caw air

Cara :
1.Masak gula dgn air biar gula hancur matikan api..gunakan waktu airgula ni suam2...
2.Satukan tepung2..kacau rata..masukkan air sikit2 sambil di uli hingga jadi doh yg lembut.
3.Ambil sedikit doh bulatkan dan leperkan..isikan inti dan bulatkan semula.
4Golekkan diatas bijan dan goreng dgn api sederhana hingga kekukuningan,

Inti Kelapa :



Nota :
Resipi diatas menghasilkan lbh kurang 40 biji
Adunan tepung mt scoop sebanyak 1/2tbs..
Inti mt scoop sebanyak 1/2tsp..

Wednesday, May 6, 2015

Apple Pie



Pastri yg rapuh dengan filling yang sedap..tak berapa manis...resipinya pun mudah....

Bahan :
250gm tepung gandum
50gm gula icing
150gm butter
30gm air sejuk
1biji kuning telor

Cara :
Ayak tepung dan gula icing kedalam mangkok
Masukkan butter sejuk yg di potong kuib.Gaul hingga jadi serbuk roti
Masukkan kuning telor dan air..uli hingga jadi doh.Bulatkan dan bungkus dengan plastik
Simpan dalam peti ais selama 1 jam

Inti :
4biji apple hijau
100gm brown sugar
1st serbuk kayu manis
2sb tepung gandum
3sb air utk bancuh tepung
1st lemon jus

Hiasan :
1biji kuning telor di kocok utk sapu atas doh
putih telor di sapu atas dasar doh pie

Cara :
Apple dibuang kulit dan di potong dadu
Masukkan apple dan brown sugar kedalam periok .masak hingga apple layu dan air agak kering
Masukkan serbuk kayu manis dan lemon jus.Kacau rata.
Masukkan bancuhan tepong..gaul rata dan masak seketika.
Sejukkan.


Keluarkan doh dari peti sejuk.Canai pastri dan masukkan kedalan tin pie bersaiz 16cm atau 20cm.
Tekan sedikit pada bahagian lekuk di tin pie.Hiris lebihan pastri
Cucuk dgn garfu pada dasar pastri dan bakar selama 15 minit
Sapu rata dasar pastri dgn puth telor..dan tuang inti dan ratakan
Canai baki pastri memanjang dan susun atas permukaan pie dan sapu kuning telor.
Bakar selama 30 - 35 minit dan mt tambah 10 minit membakar api bawah sahaja.

Tuesday, May 5, 2015

Kuih Nona Manis



Asal usul kuih ni dari negara seberang Indonesia....mt dapat resipi dari Amie's....memang tak rugi mencuba sedap bangat.....
Bahan A :
3 biji telor
1caw gula pasir
2caw santan (400ml)
2caw tepung gandum

Cara :
Pukul telor dalam mixer hingga kembang.
Perlahankan speed..masukkan tepung gandum.Putar hingga sebati
Masukkan santan dan adun hingga sebati.Ketepikan dahulu

Bahan B :
2caw santan (400ml)
1/2caw gula pasir
1/2caw tepung jagung
1/2st garam
sedikit pandan emulco (mt tambah)
pewarna hijau (mt tambah)

Cara :
Satukan semua bahan B dan tapis kedalam periok.
Masak hingga meletup-letup
Angkat dan satukan kedalam bahan A
Putar hingga sebati

Bahan C :
2caw pati santan
2sb gula pasir
2sb tepung gandum
1/2st garam

Cara :
Satukan semua bahan C.Masak atas api hingga kental.
Masukkan kedalam piping bag

Panaskan kukusan.
Sapu acuan lompang dengan minyak
Tuang bahagian AB kedalam acuan hingga 3/4 penuh
Pamkan adunan C dgn memasukkan muncung piping bag kedalam adunan..dan pam hingga adunan naik dan penuh.
Kukus selama 10 minit

Monday, May 4, 2015

Nasi Dagang

Lunch hari ni....faberet kami sekeluarga....resipi mt copy paste dari n3 lama...

Nasi Dagang :

5caw beras nasi dagang atau (mt guna 3 caw beras pulut + 2 caw beras basmathi PUSA)
2caw santan pekat
4caw santan cair
2sb halba
10ulas baw merah kecil dimayang halus
6 ulas baw putih dimayang halus
1 1/2 in halia dihiris halus spt btg mancis
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1.Didihkan air dlm pengukus
2.cuci kedia2 beras dan campurkan serta toskan airnya sekejap
3.Gaul bahan no 2 dgn santan cair masukkan garam dan gula
4.Masukkan kedalam loyang dan kukus hingga masak
5.Apabila sudah masak,semasa masih panas2 masukkan bawang merah,bawang putih,halia halba dan santan pekat gaul rata..
6.Kukus semula  selama 25minit

GULAI IKAN TONGKOL

Beberapa keping ikan tongkol dicuci bersih
5 keping asam gelugor
2inci halia ditumbuk kasar
3ulas bawang merah di tumbuk kasar
3ulas bawang putih di tumbuk kasar
Sesudu makan garam
sesudu makan gula
air utk merebus (sekadar menutup ikan lbh seinci)

Rebus sehingga masak dan reneh selama /12 jam.Keluarkan ikan dari periok yag lain2 dibuang (jgn pulak cuci ikan tu ye)

Bahan utk gulai ikan :
santan pekat dari sebiji kelapa
3 kpg asam gelugor
5ulas bawang merah 
4ulas bawang putih
1 inci halia
1 paket rempah kari adabi di buat pes
1sb cili kisar
2sb gula merah/kabung/melaka
garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara :
1.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia.Tumis dlm minyak hingga naik bau.
2.Masukkan pes rempah kari dan cili kisar masak hingga terbit minyak
3.Masukkan santan cair biar mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan asam gelugor dan ikan biar hingga mendidih.
5.Rasakan garam dan gula...reneh lagi selama 5 minit.

Sebelum matikan api..mt suka masukkan beberapa cili padi.....sebab mt suke pedas..lg pedas lg sedap!

Friday, May 1, 2015

Steamed Cheese Layer Brownies



Mt buat separuh dari adunan dibawah..., buat untuk di bawa balik ke kampung....

Bahan - bahan :

250gm mentega
350gm dark cooking coklat
2sb susu pekat
280gm gula kastor
4biji telor gred A
120ml fresh milk
1tsp esen vanilla
330gm tepung *
30gm serbok koko *
2tsp baking soda *

* di ayak bersama

Krim Cheese :
350gm cream cheese
60gm gula kastor
4biji telor gred A
2tsp lemon juice

Cheesedale

Hiasan : dark and white cooking utk drizzle atas browniesnjika perlu

Cara :
1.Cairkan mentega dan dark cookin coklat.Tutup apidan masukkan gula.Kacau sampai gula larut dan sejukkan (jgn cairkan sampai berminyak)
2.Masukkan telor yg telah di pukul dan gaul sebati
3.Masukkan bahan yg telah diayak dan gaul sebati
4.Bahagi kepada dua bahagian

Adunan Cream Cheese :
1.Pukul cream cheese dan gula hingga sebati
2.Masukkan telor dan pukul hingga "creamy"
3.Bahagi kepada dua bahagian

Cara mengukus :
1.Tuang satu bahagian brownies kedalam loyang dan ratakan.
2.Kukus selama 20 minit
3.Angkat dan susun lapisan cheddar cheese di atas brownies dan letak satu bahagian cream cheese diatasnya
4.Kukus selama 15 minit
5.Angkat dan tuang baki adunan brownies diatasnya..dan dropkan baki adunan cheese dan lorekkan seperti marble diatas permukaannya.
6.Kukus selama 30minit

Sunday, April 26, 2015

Quiche Lorraine




Lama mt tak buat Quiche Lorrine ni...masakan France....sedap...resipi ni boleh di modify dgn tambah daging,tuna ayam dan sebagainya.Kalau tambah daging pastikan daging atau ayam di masak dahulu dengan bawang holland....sedap...rasa macam pizza pun ye...rasa mcm murtabak pun ye juga...

Bahan untuk dough :

250gm butter sejuk (unsalted..di potong )
390gm tepung roti (high protien)
80gm fresh milk
40gm air sejuk
10gm garam (jika guna unsalted butter)
10gm gula

Cara :
Campurkan semua bahan dalam mixer.
Putar perlhan selama lebih kurang 2 minit
Keluarkan doh dari mixer..salutkan tapak tangan dengan tepung dan canai
Masukkan kedalam acuan tat kecil atau besar kalau besar gunakan loose tin..kemaskan doh dlam acuan dan cucuk dgn garfu
Blind bake selama 10 minit dan sejukkan

Bahan Inti :
3 biji bawang holland di hiris panjang
100gm daun bawang di potong
2 biji kentang di potong slice
1tsp garam
100gm cheedar cheese
150gm mazorella cheese

Salt Royale :

500gm cream
5 biji telor

Cara :

Campurkan telor dan cream dalam mangkok ..kacau rata dan masukkan semua bahan inti.Kacau rata
Tuang atas doh tadi.Bakar hingga masak....

NOte : Acuan size 9 in dapat dua set

Friday, April 24, 2015

Kuih Cara Manis

Kuih ni kegemaran anak mt yg bongsu...dulu masa dia kecil dia panggil kuih ni kuih "tangkup"....sedap  dan wangi daun pandan menusuk hidung serta menambat selera...mt guna acuan yg besar sedikit dari acuan kuih cara berlauk.Mendapat lebih kurang 40 biji....dan hari ni dia komen sedap dan cepatnya siap.....

Bahan :
2 caw tepung gandum
2caw air daun pandan
2 biji telor
1/2caw santan
2sb minyak sapi
Sedikit pewarna hijau

sedikit gula untuk inti
minyak sapi untuk lenser acuan

Cara :
Satukan semua bahan kecuali gula dalam mangkok dan kacau dengan whisk hingga rata
Tapiskan ke dalam bekas yang bermuncung
Lenserkan acuan dgn sedikit minyak sapi
Tuang adunan hingga penuh..tunggu dibahagian tepi masak sedikit 
Isikan gula kedalam adunan dan tutup
Biar hingga masak dan angkat.


Tuesday, April 21, 2015

Lotus Mexican Buns



mt buat setengah adunan dari resipi dibawah....dapat lebih kurang 35 biji dgn scale 30gm tiap satu...gebu dan enak sudah tentunya...jika nak buat siapkan topping dan lotusnya dulu...

Bahan :
1kg tepung roti (high protien)
3tbsp yeast kering
2tsp bread improver 
1tsp bread softener
220gm gula
1tsp garam
2 biji telor
40gm susu tepung
300ml air sejuk
100ml fresh milk
120gm butter

Cara :

Campurkan tepung,yeast,bread improver,bread softener,susu tepung,telor...putar seminit dan masukkan garam dan gula,,putar low speed selama dua minit
Masukkan butter,fresh milk dan air dan putar hingga doh jadi elastik
Keluarkan dari mixer..bulatkan doh tersebut dan simpan dlm bekas ditutp plastik selama 10 - 15minit
Scale doh 40gm atau 30gm setiap satu..bulatkan dan isikan lotus tadi ,bulatkan semula dan perap selama 30minit
Pipekan toping mexican dan bakar pada suhu 180 -200c selama 15minit

(mt cale 30gm dan letak atas paper cup)

Topping Mexican :
400gm mentega cair
300gm gula castor
3 biji telor
400gm tepung gandum
1tbsp coffee emulco paste (kat rumah tak ada mt guna cappucino emulco)

Cara :
Pukul butter dan gula selama 10 minit.Masukkan telor dan pukul lagi
Masukkan coffe emulco dan diikuti tepung dan pukul agi dgn high speed selama 3 minit dan masukkan kedalam piping bag ikat dan simpan dalam fridge..bila nak pakai baru kelurkan

Lotus (inti mexican bun)

100gm majerin/butter
100gm custor sudar
100gm almond ground
100 gm tepung gandum

Cara :

Pukul butter dan gula selama 1 minit campurkan almond dan tepung.
Pukul dgn mixer hingga rata
Ambil sedikit dan bulat bulatkan untuk di masukkan kedalam roti nanti.

Sunday, April 19, 2015

Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara Berlauk ni kesukaan mt sekeluarga..ada rasa pedas dan ada rasa sedikit manis...mt share resipinya.....adunan di bawah boleh menghasilkan 50 keping kuih cara seperti saiz diatas....sebelum ni juga ada posting resipi kuih ni yg agak sedikit berbeza tapi rasa tetap menawan di tekak....

Bahan :
2 caw tepung gandum
2 caw air
2 biji telor
1/2 caw santan
2tbs minyak sapi
1/2st garam halus
1tbs gula
sedikit pewarna kuning

Cara :
Satukan semua bahan diatas,kacau rata dgn whisk saja atau masukkan ke dlam blender kisar sekejap dan tapis adunan
Lenser acuan dgn minyak sapi diatas api yg sederhana.
Tuang adunan dan isi inti
Tutup acuan dgn tudung periok dan biar masak seketika

Inti :
400gm daging kisar
3 ulas bawabg merah dihiris
3 ulas bawang putih di hiris
2 biji bawang besar holland di potong dadu kecil
1sb cili kisar
2 1/2 sb rempah kari  dua jenis (babas dgn adabi)
minyak untuk menumis
garam dan gula

Cara :
Panaskan minyak
Masukkan bawang hiris..goreng hingga garing dan masukkan bawang holland dan masak hingga wangi
Masukkan cili..masak hingga garing
Masukkan rempah kari yg sudah d campur dgn sedikit air...kacau rata dan terbit minyak
Masukkan daging....masak hingga kering
Akhir sekali rasakan garam dan gula.

Bahan hiasan :
daun sop dan daun bawang di hiris halus
'bawang goreng
cili merah



Friday, April 17, 2015

Kek Karamel Pandan

Resipinya sama dgn Puding Karamel Pelangi..cuma ubah warna dan mt tambah perisa pandan.Danial sangat suka puding ni....

Bahan A :
2 sb gula kastor
loyang bulat saiz 22cm/9in..tinggi 3 in

Cara :
Masukkan gula dalam loyang dan letak atas api yg kecil.
Biarkan gula menjadi perang dan matikan api...rata-ratakan gula perang tu..
Ketepikan dahulu

Bahan B :
3biji kuning telor  gred A (yg putih masukkan kedalam bekas/mangkok lain nak guna buat meringue nanti)
3/4 caw gula kastor
1 tin susu cair (mt guna ideal milk)
1st esen vanilla
1sb tepung kastard (opptional - mt masukkan/mt guna brand bird custard)

Cara :
Satukan semua bahan..kacau hingga gula larut.Jangan sampai berbuih
Tapis keatas Bahan A.
Ketepikan.

Bahan C :
1 1/2 caw tepung gandum
1st baking powder
(tepung dan baking powder diayak bersama - ketepikan)

3biji kuning telor gred A(yg putih satukan dgn putih telor yg diatas tadi)
3/4caw gula kastor
135ml air biasa
45ml minyak masak (mt guna minyak jagung)

Cara :
Satukan telor,gula,air dan minyak pukul hingga gula hancur dan sedikit kembang
Masukkan tepung.kuap balik adunan hingga rata.Ketepikan 

Bahan D :
6 biji putih telor
3/4 caw gula kastor
1st cream of tatar

Cara :
Pukul putih telor hingga menjadi meringue..kalau terbalikkan tak jatuh...
Masukkan cream of tatar.Pukul lagi
Akhir sekali masukkan gula dan pukul hingga gula hancur
Tuang kedalam adunan C.Kaup balikkan hingga rata.
Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.Warnakan ikut kesukaan dan letak perasa seperti hijau/pandan..pink/strawberry dsbnya...mengikut citarasa sendiri..mt tak letak perasa...itu pun sudah sangat sedap.......rasa seperti ais cream...
Sendukkan satu adunan kedalam loyang,dan sendukkan adunan warna lain keatasnya...adunan agak terapung dan begerak..buat hingga habis berselang seli...bila adunan hampir habis baru dia mantap dan tidak bergerak...
Bakar secara steam bath selama 50- 60minit...kedalam oven yg telah di panaskan dahulu...(loyang kek di letak dalam loyang  yang berisi air)
Cucuk dgn lidi..jika lidi  licin kek sudah masak.Biarkan didalam oven selama 10 minit dan tepi kek mengecut sedikit.
Terbalikkan kek dan lap lebihan air dari karamel supaya tak diserap kek.
Simpan sejuk.

Saturday, April 11, 2015

Cream Puff

Petang ni buat cream puff..mt jarang buat sebab anak-anak tak berapa suka....hari ni buat sebab takut resipi ni hilang....mt buat separuh dari adunan dibawah..itu pun dah dapat banyak....

Bahan 

500ml air
125gm butter
125gm majerin
1/2tsp garam
225gm tepung kek{medium protien) - mt guna red rose 
1tsp baking powder
5 biji telor gred A

Cara :
1.Masukkan air,butter,majerin dan garam di dalam periok.Masak atas api hingga mendidih
2.Matikan api masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder.Kacau laju2 dlm pusingan yang sama hingga menjadi doh yg rata
3.Masukkan kedalam mixer pukul dgn kelajuan rendah sehingga doh sejuk
4.Apabila doh dah sejuk masukkan telor sebiji sebiji hingga habis
5.Pukul hingga lembut dan pekat
6.Masukkan ke dalam plastik bag dgn nozzle bentuk bintang
7.Picitkan kedalam loyang dgn dua pusingan.dan bakar dgn suhu 180 - 200c selama 20 - 25 minit (bergantung jenis oven yg di gunakan)

Filling Kastard :

2sb tepung custard (mt guna bird custrad)
2sb gula castor
1 1/3 caw susu segar
30gm mentega
2st esen vanilla

Cara :
1.Satukan tepung kastard,susu,gula  dan kacau rata.Masak atas api hingga pekat
2.Padamkan api..masukkan mentega dan esen dan kacau rata biar sejuk
3.Belah dua cream puff jgn sampai putus dan masukkan filling.Tabur snow powder diatasnya (kalau tiada snow powder iciing sugar pun boleh)

Tuesday, April 7, 2015

Apple Pancake


Semalam terpandang posting apple pancake ni di FB...pagi ni cuba...ubah sikit ikut versi mt...makan dengan madu lebah.....sedap...
Bahan :
2 biji epal - buang kulit dan potong nipis
2sb mentega
4 biji telor 
250ml susu segar
1/2sb gula kastor
secubit garam
1/2tsp esen vanilla
1/2caw tepung gandum
sedikit brown sugar
sedikit serbuk kayu manis

Cara :
1.On oven.Masukkan buter  kedalam loyang masukkan kedalam oven sehingga butter cair 
2.Masukkan apple kedalam loyang butter..masak hingga apple agak sedikit kering
3.Dalam bekas lain satukan telor,susu,tepung,garam,esen vanilla dan gula..mt pukul guna whisk hingga sebati dan tapiskan adunan.
4.Tuang kedalam loyang berisi apple tadi
5.Taburkan brown sugar dan serbuk kayu manis
6.Bakar hingga masak

Monday, April 6, 2015

Kek Karamel Pelangi



Hari ni mencuba Kek Karamel Pelangi yang cantik dan sedap....dan bertambah sedap jika di makan sejuk....mt susun resipi agar mudah nak buat....

Bahan A :
2 sb gula kastor
loyang bulat saiz 22cm/9in..tinggi 3 in

Cara :
Masukkan gula dalam loyang dan letak atas api yg kecil.
Biarkan gula menjadi perang dan matikan api...rata-ratakan gula perang tu..
Ketepikan dahulu

Bahan B :
3biji kuning telor  gred A (yg putih masukkan kedalam bekas/mangkok lain nak guna buat meringue nanti)
3/4 caw gula kastor
1 tin susu cair (mt guna ideal milk)
1st esen vanilla
1sb tepung kastard (opptional - mt masukkan/mt guna brand bird custard)

Cara :
Satukan semua bahan..kacau hingga gula larut.Jangan sampai berbuih
Tapis keatas Bahan A.
Ketepikan.

Bahan C :
1 1/2 caw tepung gandum
1st baking powder
(tepung dan baking powder diayak bersama - ketepikan)

3biji kuning telor gred A(yg putih satukan dgn putih telor yg diatas tadi)
3/4caw gula kastor
135ml air biasa
45ml minyak masak (mt guna minyak jagung)

Cara :
Satukan telor,gula,air dan minyak pukul hingga gula hancur dan sedikit kembang
Masukkan tepung.kuap balik adunan hingga rata.Ketepikan 

Bahan D :
6 biji putih telor
3/4 caw gula kastor
1st cream of tatar

Cara :
Pukul putih telor hingga menjadi meringue..kalau terbalikkan tak jatuh...
Masukkan cream of tatar.Pukul lagi
Akhir sekali masukkan gula dan pukul hingga gula hancur
Tuang kedalam adunan C.Kaup balikkan hingga rata.
Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.Warnakan ikut kesukaan dan letak perasa seperti hijau/pandan..pink/strawberry dsbnya...mengikut citarasa sendiri..mt tak letak perasa...itu pun sudah sangat sedap.......rasa seperti ais cream...
Sendukkan satu adunan kedalam loyang,dan sendukkan adunan warna lain keatasnya...adunan agak terapung dan begerak..buat hingga habis berselang seli...bila adunan hampir habis baru dia mantap dan tidak bergerak...
Bakar secara steam bath selama 50- 60minit...kedalam oven yg telah di panaskan dahulu...(loyang kek di letak dalam loyang  yang berisi air)
Cucuk dgn lidi..jika lidi  licin kek sudah masak.Biarkan didalam oven selama 10 minit dan tepi kek mengecut sedikit.
Terbalikkan kek dan lap lebihan air dari karamel supaya tak diserap kek.
Simpan sejuk.

Tuesday, March 10, 2015

Donat Kentang

Along bagi resipi suruh buat...dia pun dah lupa dapat dari mana....sedap..lembut dan gebu..tak rugi mencuba...

Bahan :

200gm kentang - di kukus dan di lenyek halus dan sejukkan
500gm tepung high protien
11 gm yeast mauripan
100gm gula kastor
4biji kuning telor
100ml air sejuk dari peti ais
75gm mentega atau majerin
1/2st garam

Cara :
1.Satukan tepung,susu,gula dalam mixerdan kentang.Gaul rata
2.Masukkan kuning telor dan air dingin.On mixer speed 1 atau 2
3.Apabila aduna nampak agak licin.Masukkan mentega dan garam
4.Mix sampai doh licin dan elastik
5.Keluarkan doh dan rehatkan 15 minit
6.Canai doh dan rehat kan selama 20minit dan goreng.

Monday, March 2, 2015

Roti Sarang Lebah

Sana sini orang bercerita roti srang lebah..cicah pula dgn sos butterscotch....emm sedap.Ikut saja caranya ..In Shaa Allah jadi....tapi kena  guna mesin pengadun roti lah ..kalau guna tangan...rasanya boleh tercabut lengan tangan tu....

Bahan :

600gm tepung roti high protien
110gm gula halus
14gm yis kering (mt guna mauripan)
50gm susu tepung
10gm bread improver
10gm garam halus
2biji telor gred A
30gm butter
30gm shortening

50ml UHT whipping cream
50gm ais ketul
200ml air

Cara :
1.Masukkan semua bahan dalam mixer kecuali garam .ON mixer dgn speed 1 dan baru masukkan garam.
2.Putar sampai doh jadi elastik..lebih kurang 20minit
3.Keluarkan doh dari mixer,potong timbang dan bulat2kan adunan.Letak dalam bekas aluminium dan biarkan naik dua kali ganda.Mt letak kat bawah porch depan rumah...tutup dgn penutup sekejap saja roti tu naik.
4.Apabila dah naik parutkan chedar cheese diatas roti dan tabur badam dan pumpkin seeds
5.Bakar pada suhu 150C selama 20minit atau bergantung jenis oven

Sos Butterscotch :

250gm gula kastor
250gm Whipping cream
100gm butter
75gm coklat compound putih

Cara :

1.Masukkan gula dalam kuali,masak hingga gula perang...berhati2 jangan sampai hangit.
2.Bila gula perang dah mencair masukkan whipping cream kacau rata (berhati2 sebab akan meletup2)
3.Masukkan butter dan coklat.Kacau rata dan matikan api.

Wednesday, February 25, 2015

Kek Kukus Lapis Asam Manis

Bahan :

Size Loyang 7" x 7"

250gm butter
200gm gula kastor
6 biji telor gred A
200gm biskut marie yg telah di kisar
1/2tsp esen vanilla
Asam manis secukupnya
1/2tsp pewarna hijau

Cara :
  1. Pukul butter dan Gula hingga kembang
  2. Masukkan vanilla di ikuti telor sebiji..sebiji hingga sebati dan rata
  3. Nasukkan serbuk biskut marie gaul rata  dan bahagikan adunan kepada dua bahagian
  4. Sebahagian warna asal dan sebahagian lagi letak warna hijau
  5. Kukus selapi selapis hingga habis berselangseli dan letakakan asammanis setiap lapis
  6. Anggaran setiap lapis lebih kurang 115gm..setiap lapis dikukus selama 10 minit bergantung jenis kukus yg digunakan.Lapisan akhir kukus selama 20min.


Tuesday, February 24, 2015

Roti Sardin Roll


FK dah belikan semua bahan minta mt buatkan sardin roll.....sekejap aje dah siap....makanlah puas2...

Bahan : 
Beberapa keping roti
1tbs tepung gandum - dibancuh dgn air utk jadikan gam
2 biji telor dan secubit garam di kacau sebati
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti :
1 tin sardin
1 biji bawang besar di hiris
2biji lada merah di hiris
Beberapa biji cili padi jika suka pedas
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
sedikit garam

Cara :
1.Masukkan semua bahan kedalam kuali masak hingga pekat dan kering
2.Rasakan garam
3.Kukus roti agar lembut supaya senang di gulung
4.Ambil sekeping roti yang sudah di kukus,leper2kan,letak inti 
5.Sapukan sedikit "gam" di hujung bahagian satu lagi.Gulung roti ketat2.
6.Potong 2 dan celup dgn telor dan goreng dgn api sederhana hingga garing.

Tuesday, February 17, 2015

Ayam Goreng Bogor

Resipi jumpa dlm FB..mmg sedap tapi kena rajin sikit...sebab kena sediakan rempah..kena rebus ayam dan kena goreng...kalau rajin boleh cuba..mmg taidak menghampakan rasanya...
Bahan :
1 ekor ayam kampung di belah empat - di bersihkan,di kelar2.. digaul garam dan perahan limau nipis.Ketpikan dahulu

Bahan rempah :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1in halia
1in lemgkuas
4 biji buah keras - di goreng dgn minyak
1 in kunyit - di georeng dgn minyak
2st ketumbar biji - digoreng dgn minyak

Blend semua bahan rempah

Bahan lain :
2 st lada sulah
2btg serai di ketuk
garam secukupnya
2 gelas air

Cara :
1.Bersihkan ayam.Masukkan semua bahan rempah dan bahan lain kedalm periok dan masukkan air.
2.Rebus ayam hingga empuk. dan air rebusan agak kering
3.Angakat ayam dan goreng hingga kekuningan.

Tempe dan Tauhu Goreng

Hari ni goreng tempe,tauhu guna tepung..macam makan kat restoren ayam penyek...tak tahulah samada sama atau tidak bahannya...tapi tetap sedap...
Bahan :

Tauhu ( di potong nipis)
Tempe (di potong nipis)

100gm tepung beras
50gm tepung ubi
1biji telor
100ml santan (mt guna santan kotak)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit air (jangan terlalu cair atau terlalu pekat)

daun bawang di hiris (optional)

Cara :
1.Bancuh semua bahan diatas,jika terlalu pekat tambah sedikit air
2.Tapiskan adunan
3.Masukkan daun bawang
4.Celup tempe dan tauhu digoereng dgn api sederhana hingga garing...angkat dantoskan minyak.


Monday, February 16, 2015

Donat Gebu

Gebu...rasa manis2 manja..tak salut gula pun dah sedap....
Bahan A :
3 caw tepung diayak - ketepikan

Bahan B :
2 sb mentega - dicairkan  dan di sejukkan
1 biji telor - dipukul sedikit dgn garfu

Satukan keduanya apabila mentega dah sejuk

Bahan C :
1 caw air suam
11gam yis mauripan
6sb gula kastor
3sb susu pekat manis

Satukan air,gula dan susu dan masukkan yis
 kacau sebati...biarkan 10minit hingga adunan berbuih

Cara :
Apabila adunan C sudah berbuih..masukkan adunan B..kacau sebati
Tuang ke dalam Bahan A.Kacau rata dengan senduk kayu
Perap selama 45minit
Apabila adunan dah naik..salut tepung ketapak tangan..agar adunan tak melekat..boleh bentukkan sesuka hati.
Biar seketika baru di goreng dengan minyak yang banyak
Apabila dah sejuk,boleh salutkan dengan gula kastor

Sunday, February 15, 2015

Lasagnea

Resipi Lasagnea dah ada alam n3 sebelum ni.....apapun mt masukkan resipinya lagi...


White Sauce/Bechamel (sos putih) :
100gm majerin/butter
100gm tepung gandum
1liter susu UHT
1biji bawang besar holland
1biji cengkih
garam dan lada sulah
Cara :
1.Cucuk jengkih pada bawang besar(picque)
2.Cairkan butter dlm periok,masukkan tepung gandum,masak sebentar tanpa memerangkannya.matikan api dan sejukkannya,Adunan ini di panggil "roux"...kita sebut "ru"...ini adalah agen pemekat.
3.Panaskan susu dan masukkan "picque" tadi (angah cakap ni jampi)..kacau hingga licin dan pekat.,,rasakan garam dan lada sulah.
4.Buangkan picque tdi dan tapis.Titiskan permukaan sos tadi dengan butter bgi mengelakkan sos berkulit.

Filling :
3sb olive oil
4ulas bawang putih dicincang
3biji bawang besar potong kuib
400gm minced meat(ayam pun boleh)
2tbsp oregano kering
1/2 tin tomato puree
1botol sos spaghetti
1 daun bay leaf
sedikit sos cili.garam dan lada sulah(kdg2 mt adjust rasa ikut tekak malaysia)

Cara :
1.Panaskan minyak,masukkan bayleaf,bwang putih...tumis hingga naik bau.
2.Masukkan bawang besar,kacau rata dan masukkan minced meat dan tomato puree...kacau rata biarkan sebentar.
3.Masukkan bahan2 lain..klu minced belum masak...tambah air dan biar dia pekat rasakan garam dan lada sulah.

Bahan lain :

Beberapa keping instant lasagnea 
100gm pasta bentuk siput. (celurkan dan toskan)
Parmesan cheese
Mozzarella cheese

Cara :
1.Susun lasagnea dlm bekas,letakkan filling,susun lasagnea lagi,letakkan sos putih diatasnya,tabuskan pasta siput,taburkan kedua jenis cheese....ulang hingga habis..lapisan terakhir ialah sos putih di tabur pasta siput dan di tabur cheese.
2.bakar pada suhu 160c selama 25 minit atau sehingga masak

Agar-Agar Sirap Rose

Bahan :

11gm agar2
1 liter air
200gm gula
200ml santan pekat (mt guna santan kotak)
1 biji telor
sedikit sirap rose jika tiada gunakan :
1st esen rose dan sedikit pewarna merah
sedikit garam
Daun pandan

Cara :
1.Satukan santan,garam dan telor pukul sebati dan ketepikan
2.Masak air,agar2 daun pandan dan gula hingga mendidih.Keluarkan daun pandan
3.Masukkan esen rose dan sedikit pewarna merah
4,Tuang adunan santan..kacau hingga mendidih dgn api kuat...berhati2 jangan sampai membuak
5,Tuang dalam loyang yang telah di basahkan.Sejukkan.

Lompang Pandan

Bahan :

3caw tepung beras
1 1/2caw gula
900ml air
10 helai daun pandan
1 1/2st air kapur
2tbs tepung jagung

Kelapa parut putih di kukus dan di campurkan dengan sedikit garam

Cara :
1.Blend daun pandan yg dikerat2 dgn sebahgian air.Tapiskan
2.Satukan air daun pandan,baki air dan semua bahan2 lain.Kacau rata dan tapis kedalam measurement jag yg ada muncung.
3.Panaskan kukusan.Sapu acuan dengan minyak dan kukus sebentar.
4.Tuang adunan ke dalam acuan hingga hampir penuh.dan kukus dgn api kuat selama 15-20minit
5.Sejukkan baru keluarkan kuih.

Nota : Dapat lebih kurang 40biji lompang

Saturday, February 14, 2015

Puding Roti Pelangi

Resipi dah ada dalam entry sebelum ni...buat untuk makan2 sambil meeting family day dirumah bersama adik ipar dan keluarga yg akan diadakan pada 13/3/2015 akan datang..apapun mt kongsi resipi ni...
Bahan :
4 kping roti
2biji telor
1/2 caw susu pekat manis
170ml susu cair
10gm agar2 serbuk...(agar2 tali pun boleh..kerat2..rendam sekejap dlm air..toskan..dan terus guna)
1/2 caw gula
2sb mentega/majerin
3 1/2 caw air
pewarna pink, coklat (tambah serbok koko atau milo) nak tiga warna pun boleh,,warna asal dan dua lagi warna pilihan

Cara :
1.Satukan agar2 dgn 3 caw air berserta gula didalam periok.Masak hingga mendidih
2.Blend roti (carik2 kan dahulu).susu pekat manis,susu cair dan baki air 1/2 caw tadi.Masukkan kedalam periok agar2 yg mendidih tadi .Kacau rata
3.Masukkan  mentega .Kacau rata hingga mentega cair dan matikan api
4.Bahagi kepada dua bahagian satu wana kan pink dan satu bahagian lagi warna coklat (mt guna 1sb serbok koko dicampur dgn sedikit air panas dan tapis kedalam adunan)
5.Sendokkan adunan bewarna pink dan tuang perlahan ditengah loyang.Sendukkan pula warna coklat tuang atas lapisan pink tadi.Buat berselangseli hingga habis...dan sejukkan.

Wednesday, February 11, 2015

Kek Coklat Karamel

Terbaca resipi ni dari timeline FB kawan mt .(resipi Ummi).tengok bahan-bahan semua ada di dapor..apalagi mencubalah.....inilah hasilnya..senang saja...yang tak pandai memasaknya pun boleh menjadi kalau buat....lain kali rasanya mt nak buat dua layer lapisan karamel tu....

Bahan :
2sb gula
 di masukkan kedalam loyang dan diletak diatas api kecil.hngga gula jadi perang ratakan dan sejukkan.

Bahan Karamel :
1caw susu pekat manis
1caw susu cair
3 biji kuning telor
1st esen vaniilla

Putar hingga sebati dan tuang atas gula hangus yang telah sejuk.Kukus selama 25minit.Sejukkan

Bahan Kek :

1caw susu pekat
1caw susu cair
1caw minyak jagung
1caw gula
1caw serbok koko (ayak dulu)

Satukan semua bahan kedalam periok,masak hingga 2 - 3 minit hingga gula hancur.Matikan api.Sejukkan

1caw tepung gandum
1st soda bikarbonat'
1st baking powder

Semua bahan di ayak ..

4 biji telor di putar atau blend

Apabila bahan kek koko telah sejuk.Masukkan tepung dan telor berselang seli sambil di kacau dgn senduk kayu atau whisk hingga sebati.

Tuang perlahan2 ketas bahan karamel tadi.Kukus selama 45 minit - 60 minit.

Tuesday, February 10, 2015

Tulang Rusuk & Rebung

Sampai depan pintu rumah pun boleh tahu apa yang mt masak....kuat bau rebung ni....tapi kalau kena cara memasak....boleh makan tak ingat....memang semua makan tak ingat sampai masak nasi lagi...yang angah pula ingatkan mt jangan lupa masukkan resepi....nanti dah pindah rumah sendiri, angah masak..mt datang tinggal basuh tangan je...

Bahan  A:

Beberapa potong tulang rusuk - besrsihkan
Santan pekat dari sebiji kelapa
Sedikit rebung..beli kat pasar..basuh dan toskan
Asam keping
Garam
1 btg serai di ketuk
Daun kunyit (optional - mt letak sebab daun kunyit dalam pasu lebat)

Bahan B :

Cili padi - nak pedas boleh letak banyak
1 in kunyit hidup - dapat ibu kunyit warna masakan jadi cantik
3 bawang merah
sedikit belacan

Cara :
1.Blend bahan B hingga hancur.Masukkan kedalam periok bersama tulang,serai,asam keping dan rebung.
2.Tuang air melebihi paras daging.Masak hingga air tinggal 1/4 bahagian periok..atau hingga daging empuk.Kalau daging masih pejal tambah air lagi.
3.Masukkan santan pekat kacau hingga mendidih
4.Rasakan garam dan masukkan daun kunyit
5.Kecilkan api reneh selama 5 minit lagi.