Galery mt

Galery mt

Sunday, September 6, 2015

Puding Terazzo Pandan




Bahan A :
12gm serbuk agar2
700ml santan cair
300ml air di blend dgn 10 helai daun pandan
160gm gula
1st garam
sedikit pewarna hijau

Masak semua bahan hingga mendidih tambahkan pewarna.Tapis dan sejuk beku.
Bila dah sejuk potong kiub

Bahan B :
12gm serbuk agar2
100ml air
200gm gula merah
2sb tpg kastard *
4sb air * di bancuh bersama
3 helai daun pandan

Masak semua bahan hingga mendidih..masukkan bancuhan tepung kastard...masak hingga mendidih lg.Tapis dan tuang ke dalam loyang yg telah di basahkan.
Tabur bahan A hingga rata

Bahan C;
8gm serbuk agar2
400ml santan
200ml air
140gm gula
1st garam

Masak semua bahan hingga mendidih.Tapis dan tuang atas lapisan B yg telah di cucuk2 dgn garfu

Saiz loyang 10in x 10 in..

Saturday, September 5, 2015

Puding Lapis Cendol

Sebelum ni dah ada entry puding ni..tp mt share sekali lagi resepinya..

Bahan A :
800ml air di kisar bersama 10 helai daun pandan..dan tapis
400ml santan pekat
140gm gula

Masak hingga mendidih di bahagi kepada dua bahagian
Tuang sebahagian ke dalam loyang yg telah dibasahkan.
Sebahagian lagi ketepikan dahulu

Bahan B ;
1000 ml air
160gm gula melaka/gula merah
1/4st garam
10gm serbuk agar2

Masak semua bahan hingga mendidih dan tapis.
Bahagi dua bahagian...dan tuang sebahagian keatas lapisan A
Sebahagian lagi ketepikan dahulu

Bahan C :
150ml santan pekat
450ml air
100gm gula
8gm serbuk agar2
1/4st garam

150gm cendol

Masak semua bahan.kecuali cendol hingga mendidih.Tuang atas lapisan B dan taburkan cendio diatasnya.

Panaskan hingga mendidih baki bahan B dan tuang atas lapisan C dan akhir sekali panaskan baki lapisan A hingga mendidih dan tuang atas puding.Biarkan beku dan sejukkan dlm peti sejuk.

Loyang : 10in x 10 in di basahkan
Jumlah lapisan A =1200ml (bahagi 2 setiap lapisan 600ml)
Jumlah lapisan B = 1000ml (bahagi 2 setiap lapisan 500ml)
Cucuk permukaan lapisan dgn garfu sebelum menuangkan adunan seterusnya
Pastikan adunan panas mendidih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...