Galery mt

Galery mt

Monday, December 29, 2014

Kacci Biryani

Dah siap.... makan bersama salad sayur...
Daging kambing di perap dgn rempah2 selama 2 jam...
Beras basmathi di rebus 3/4 masak dan toskan airnya
Dah siap untuk dimasukkan kedalam oven....mt letak pewarna yellow lemon setompok2...
Baru keluar dari oven..panas lagi....kena senduk lauk yg dibawah dan gaul perlahan2 bersama nasi hingga rata...
Baru seminggu je di Dhaka..dah mengidam nasi Kacci Briyani Dhaka...so.dua tiga hari ni duduk bersama Mr Google cari resipi ni...akhirnya jumpa....kalau tak faham boleh rujuk di sini Bangladeshi Kitchen...sedap kata anak anak  walau rasanya belum perfect seperti yg mt makan di Mist Restoran Cafe...akan cuba lagi....yg penting nisbahnya 1kg daging = 1/2 kilo beras....
Bahan A :

1/2 kila beras basmathi di cuci dan di rebus 3/4 masak dan toskan
1kilo daging kambing boleh ganti ayam di bersih dan toskan
250gm kentang kupas kulit di potong dan goreng kekuningan
Sedikit bawang goreng
1/2 caw susu cair
1/2 caw ghee cair

ketepikan dahulu bahan diatas

Bahan2 B :
1 caw yogurt
4 kayu manis
6 biji pelaga
4 cengkih
4 bay leaf
1 1/2tb garlic paste
1 1/2tbs ginger paste
1ts serbuk garam masala
1ts serbuk jintan putih
1tsp serbuk cili
1tsp serbuk lada hitam
1/2tsp nutmeg powder
1/2tsp mace powder - tak ada
8 biji dried prune - mt guna kurma merah kering dan prune biasa sebab itu aje yg ada di dapor
10 biji raisin
1/2tbs keora water - mt guna rose water
1tsp gula
2tbsp garam
1/2 caw ghee cair
2tbs minyak - mt guna minyak jagung

Cara :
1.Masukkan daging kambing kedalam periok dan masukkan semua bahan2 B.Gaul ratadan perap selama 2jam
2,Selepas dua jam masukkan susu cair gaul rata
3.Tuangkan nasi diatasnya.
4.Taburkan bawang goreng,ghee cair,kentang goreng,dried prune dan rose water...mttambahkan pewarna yellow-lemon agar nampak cantik nasi tersebut.
5.Tutup penutup periok.Letak lesung batu diatasnya...dan masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan Bakar selama 20 minit dgn suhu 350F
6.Selepas itu turunkan suhu dan bakar selama 50min lagi.
7.Biarkan seketika selama 30minit di dalam oven.Bila dah angkat..perlahan2 senduk keatas kambing tadi dan gaul bersma nasi.Makan bersama salad sayur.

2 comments: