Galery mt

Galery mt

Thursday, December 4, 2014

Talam Ubi Gula Merah

Ada lebihan ubi parut dalam peti sejuk....tengok bahan bahan lain pun ada...lapisan atas tidak perlu di kacau atas api..tuang saja atas lapisan ubi dan kukus....senang sekali....mt guna loyang 10inx10in...hasilnya agak rendah sikit....rasanya lebih cantik guna loyang 9"x9"..selamat mencuba...

Bahan- Bahan :

3 caw ubi kayu yg telah siap diparut anggaran 600gm

1caw gula merah *
1 caw gula kastor *
1caw air *
1 helai daun pandan *

* dimasak bersama,tapis jadikan 1 1/2 caw air gula dan sejukkan

1caw santan pekat
1 1/2st garam

Cara :
1.Satukan semua bahan,kacau rata.
2.Masak atas api hingga agak pekat
3.Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit

Lapisan Atas :

1 1/2caw tepung beras
2sb tepung gandum
2caw santan pekat
1/2st garam
1caw air

Cara :
1.satukan semua bahan.Kacau rata dan tapis
2.tuang atas lapisan ubi dan kukus selama 30minit

No comments:

Post a Comment