Galery mt

Galery mt

Tuesday, December 30, 2014

Ikan Bakar Cencalok


Hari ni masak lauk ikan bakar cencalok...cari ikan pari tak ada...yg ada ikan kembung...mt guna pes cencalok yg di buat sendiri...boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk....

Bahan Kisar :

2 cili merah
3 cili padi merah/hijau kalau nak pedas
1 bawang besar
1/2 in kunyit hidup
1/2 in halia

Bahan potong dadu :
1 baw besar
4 bawang putih

1 botol cencalok

Minyak untuk menumis

Cara :
1.Tumis bahan kisar hingga wangi,garing dan terbit minyak
2.Masukkan cencalok gaul rata dan masak seketika
3.Masukkan bawang2 yang di potong dadu.Kacau hingga terbit minyak
4.Masukkan sedikit gula jgn letak garam sebab cencalok dah masin.

Note ; Simpan lebihan pes dalam peti sejuk..bila nak panggang ikan boleh gunakan.

No comments:

Post a Comment