Galery mt

Galery mt

Sunday, August 12, 2012

Koleh Kacang...

Senang saja nak buat....jom cuba..

Bahan :

(A) 400gm gula merah
       100gm gula pasir
       300ml air
       1 helai daun pandan

masak jadikan 500ml dan tapis

(B) 300gm tepung kacang hijau FK
      1tsp garam
      400ml santan pekat
      1300ml air

(C) 300ml santan pekat
      1/8tsp garam

Masak dgn api sederhana hingga menjadi tahi minyak.Minyak lebihan digunakan utk kuih.

Cara :

1.Satukan B,kacau rata dan tapis kedalam kuali dan masukkan A.
2.Kacau atas api sederhana hingga pekat dan masukkan lebihan minyak dari C.
3.Kacau hingga pekat dan tuangkan kedalam loyang dan taburkan tahi minyak ketika masih panas.
4.Pastikan kuih sudah betul2 sejuk baru di potong.

Friday, August 10, 2012

Ayam Masak Merah


Macam2 versi ayam masak merah ni....mt masak ikut apa je bahan yg ada kat dapor dan maaf ye anak2..tak sukat main campak2 aje...

1 ekor ayam di potong kecil..dibersihkan dan cuci
Cili kering kisar
Bawang Merah
Bawang putih
Sedikit lengkuas
2batang serai
sedikit halia
(semua bahan di kisar halus)
Tomato sos
Garam
Gula

Cara :
1.Ayam dilumr dgn serbuk kunyit dan garam.Biarkan sebentar dan di goreng.Ketepikan
2.Tumis bawang merah dan bawang putih..bila dah wangi masukkan cili,serai,halia,lengkuas bila dah garing masukkan tomato sos.
4.akhir sekali masukkan ayam.Rasa garam dan gula.

Nasi Arab

Anak2 dan cucu sangat suke nasi arab ni...sebab dia tak muak jika dibandingkan dgn nasi beriani....kdg2 mt gantikan udang pun sedap....jom kita tengok resipinya....

Sumber : Kak Liza

1kg beras basmathi..basoh dan toskan
1.6 liter air
500gm ayam dipotong kecil di cuci dan toskan
1 tin kecil kacang peas
1 caw kismis
3biji cili merah
3 biji cili hijau (mt guna semua cili hijau)
seikit daun sadri dan daun ketumbar di hiris
3sb minyak masak
5sb minyak sapi
2sb serbuk jintan manis
1sb serbuk jintan putih (bancuh keduanya dgn air utk jadikan pes)
sedikit bawang goreng
gula
garam

Bahan Tumis :
5ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1biji bawang besar
3in halia
(kesemuanya di hiris halus)
2in kulit kayu manis
3kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga
2 sk jintan manis'
1 sk jintan putih

Cara :
1.Panaskan minyak masak dam minyak sapi.Tumiskan bahan tumis hingga wangi
2.Masukkan pes jintan kacau rata.Masukkan ayam..kacau sebentar keudian masukkan cili air rasa garam dan gula.
3.Tutup periok biarkan mendidih.Apabilamendidih masukkan beras kacau rata sikit.Tutup periok biar dia masak .
$.Apabila masak masukkan kacang peas..kismis dan daun sadri dan ketumabar.
6.Hiaskan dgn bawang goreng apabila di hidangkan.


Monday, August 6, 2012

Suji Delight...

Dalam masa seminggu dua kali buat kuih ni...pertama kali buat untuk kawan mt Kak Chon,Annie dan Hj NA..dah habis anak2 minta buatkan lagi....mcm biasa buat pertama kali bukan makan sangat..bila buat kali kedua baru betul2 makan...waaa mmg sedap......tp maaf ye Brother RSR..mt tukar nama...

Sumber : RSR...

1 bungkus tepung suji
1 tin susu cair
300gm gula pasir
1st garam
1350ml air
sedikit air mawar
2sb minyak sapi

Gajus/Badam/Kismis/Ceri di goreng dgn minyak sapi

Cara :
1.Masukkan semua bahan kedalam periok kecuali api hinyak sapi..Kacau atas api hingga pekat mcm buat bubur som som.
2.Apabila pekat masukkan dua sudu minyak sapi,air mawar dan kacau rata.
3.Masukkan sebahagian kismis dan sebahagian badam dan gajus yg di tumbuk kasar.
4.Masukkan kedlam bekas dan susun gajus/badam/kismis dan ceri ikut kesukaan.

Sunday, August 5, 2012

Puding Laichi


Ibu kakak masuk hospital dah beberapa hari....mt buat puding ni nak ceriakan hatinya sbb dia suka bila buat kuih masukkan pewarna....magic katanya tp masa nak masukkan pewarna dan kedalam acuan dia tertidur pulak...alahai cucu mt....

5tsp serbuk agar-agar
1 liter full cream milk
130gm gula pasir
1/2 tin air buah laichi

Cara :
Masak semua bahan2 diatas hingga mendidih.Aturkan buah2 laichi didalam loyang yg telah dibasahkan dahulu.Tuag adunan keatasnya.Biarkan sejuk.

Thursday, August 2, 2012

Kuih Bom...

Semalam ada inti lebih buat tepung gomak...sayang pulak nak di buang...tengok2 bahan2 kat dapor cukup untuk buat kuih bom.....jommmm

1 1/2 caw tepung pulut
1/2 caw tepung beras
2sb gula dimasak bersama 1 caw air

Cara :
1.Masak gula dgn air biar gula hancur matikan api..gunakan waktu airgula ni suam2...
2.Satukan tepung2..kacau rata..masukkan air sikit2 sambil di uli hingga jadi doh yg lembut.
3.Ambil sedikit doh bulatkan dan leperkan..isikan inti dan bulatkan semula.
4Golekkan diatas bijan dan goreng dgn api sederhana hingga kekukuningan,

Wednesday, August 1, 2012

Tepung Gormak....

Bila ada seorang kawan mt kata sedap....terasa pulak nak buat...bukan tak pernah makan..tp tak perasan pulak rasanya sedap ke tidak...jd pagi2 lagi mt dah rebus kacang hijau dan di campur kelapa untuk buat inti...senang saja resipinya..mcm2 versi dlm internet...ikut ajelah mane yg sesuai dgn selera...ni resipi yg mt buat...mmg sedap! ...intinya agak banyak...so next time klu buat kena  kurangkan bahan inti nya.....

Bahan inti :
200gm kacang hijau di rebus hingga betul2 empuk
1/2 biji kelapa parut putih
250gm gula merah
150gm gula pasir
1caw air
Daun pandan
secubit garam

Bahan Doh :
200gm tepung pulut
secukup air
sedikit garam

(dapat dlm 16 keping tepung gomak)

Cara :

.1.Rebus kacang hijau hingga empok dan kembang.
2.Masak gula merah,gula pasir hingga hancur dan tapiskan kedlm kacang rebus yg dah empuk tadi
3.Masukkan kelapa dan daun pandan serta garam.masak hingga kering
4.Bila hampir kering taburkan 1sb tepung gandum dan gaul rata dan sejukkan.
5.Bulat2kan inti dan ketepikan atau disimpan dulu dlm peti sejuk.

Doh :
1.Satukan air sedikit2 kedalam tepung pulut hingga menjadi doh.
2.Scoop doh dan bulatkan...leperkan  dan masukkan inti.Leperkan semula
3.Masukkan kedlm air mendidih..apabila timbul angkat,toskan dan gaul kedlm serbuk kacang hijau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...