Galery mt

Galery mt

Thursday, March 31, 2011

Kotak Coklat Hantaran Biru

Kotaknya boleh dimakan ya....

Kotak Coklat Hantaran

Boleh dijadikan hantaran atau hadiah...pilihan cokklat mengikut kegemaran masing2...Kotak coklat ni aku dah hadiahkan pada Roslina....

Tuesday, March 29, 2011

Apam Pelangi



Hari ni jam 9 pagi seramai 9 orang kawan2 lama dari TM termasuk 3 orang kenalan baru dtg kerumah untuk belajar buat talam.Aku beli nasi lemak bungkus telor mata,paru serta cucur badak dan apam pelangi yang aku buat malam tadi untuk sarapan.Semua kata sedap apam tu dan mintak resipi....resipi asal nama apam indon...kita ubahlah nama dia..jadi apam pelangi....guna loyang saiz10inx10in   sapu sikit minyak pada dasar dan keliling..tak perlu lapik pelastik...ada lebih aku packed untuk diaorang bawa balik....

5biji telor
1sk ovallete
1sk esen vanila
300gm tepung gandum
300gm gula halus
250ml santan (200ml pekat + 50ml air)
1/2sk baking powder
secubit garam

Cara :

1.Panaskan kukusan
2.Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan dahulu
3.campurkan garam kedalam santan
4.Pukul telor dan ovallete pada kelajuan tinggi hingga kembang.
5.Masukkan gula sikit2 dan esen vanilla.Pukul lagi hingga kembang.
6.Perlahankan kelajuan masukkan tepung di selang seli dgn santan hingga habis.
7.bahagi sama rata 4 bahagian.Warnakan ikut kegemaran.
8.Kukus lapisan pertama selama 10min(tutup loyang dgn Aluminuim Foil),seterusnya lapisan kedua dan ketiga...yg akhir kukus selama 30min.

 

Sunday, March 20, 2011

Bunga Dulang Rose Dip


 Bunga Dip

Bunga Stokin


Getas-Getas


Tak ingat dimana makan kuih ni...samada rumah mak cik2 atau rumah atok...sbb arwah mak tak pernah buat kuih ni....ni kuih zaman dulu2...dulu2 makanan tak banyak mcm sekarang ni...sbb tu bila makan ingat sampai hari ni.Last makan tahun lepas di rumah Oked..masa tu belum sempat sira dgn gula pun sedap...yg terbaru sewaktu berada di Puncak Bandung....

Bahan :

500gm tepung pulut
1biji kelapa parut putih
2tsp garam
2caw air

Minyak untuk mengoreng.

Sira Gula :

1/2 caw gula pasir
1/2 caw air

Cara :

Satukan semua bahan,masukkakn air sikit sikit...uli lembut bentukkan bentuk oval dan goreng.Jika nak warna kan pun ok.Sira dgn air gula.

Saturday, March 19, 2011

Talam...

Ada yang menempah talam ni minta potongkan....boleh potong 81 keping atau 64 keping....terpulang tapi mt suka potong 81 (hotel style)...cantik dan comel...

Wednesday, March 16, 2011

Talam Ubi Kayu

Semalam bersama cucu hantar Fiqah balik ke Jenjarom...Fiqah tunjukkan jalan "short cut" kejap aje dah sampai...dlm perjalanan balik ke SA ikut jalan yg sama...singgah di simpang Jalan Balam...banyak jual ubi kayu kat situ...murah pulak tu...beli 3 kilo...nilah hasilnya......seperti biasa saiz loyang 10inx10in.....


Lapisan Bawah :

700gm ubi kayu yg telah di parut
100ml santan pekat
300ml air
250gm gula castor
sedikit pewarna kuning (yellow + extra lemon yellow)

Cara :
1.Satukan kesemua bahan dlm periok dan kacau rata
2.Masak atas api hingga pekat
3.Tuang dlm loyang dan kukus selama 25minit.

Lapisan Atas :

100gm tepung beras cap teratai
50gm tepung ubi
50gm tepung gandum
2tsp garam
200ml santan pekat (i used santan kotak)
800ml air

Cara :

1.Satukan semua bahan diatas dan tapis kedalam periuk,masak hingga naik wap
2.Tuang kelapisan bawah
3.Kukus selama 30minit.

Tuesday, March 15, 2011

Puding Hantaran Fruit Cocktail

Hari ni buat puding hantaran...puding dia senang aje....yang susahnya nak buat bunga yg diatas tu....agak keras sikit sesuai untuk hantaran jika tidak berair pulak...so kalau nak lembut tambahlah air kedalam adunan tu.....

Bahan A :
25gm serbok agar-agar
1400ml air
400gm gula
2 helai daun pandan

Bahan B;
:
120ml santan pekat
120ml UHT milk

Bahan C;
1 tin fruit cocktail (toskan airnya/jgn dibuang)

Cara :

1. Masak bahan A hingga mendidih.
2. Satukan bahan B.Ketepikan
3. Basahkan acuan bentuk heart atau guna loyang 9inx9in.AAturkan fruit coctail didasar loyang.Ambil 600ml bahan A dan tambahkan 12 tbsp air fruit coctail.Tuang perlahan2 kedalam loyang tersebut.Tunggu agar2 tsb keras sedikit.
4.Ambil 800ml bahan A campurkan dengan bahan B dan tuang keatas lapisan fruit cocktail.



Sunday, March 13, 2011

Puding Pelangi Marble



Bahan :

26gm agar2
1350ml air
450gm gula pasir
130gm mentega
7  biji telor (M)
1 tin susu cair
2tbsp tepung kastard
2tbsp serbok koko
1st vanilla
pewarna,merah dan kuning

Cara :

1.Satukan telor,tepung kastard dan susu cair.Kacau rata dan tapis.Ketepikan
2.Masak agar2,air dan gula pasir hingga mendidih,
3.Masukkan adunan telor,vanilla dan mentega,masak lagi hingga mendidih.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Satu warnakan merah,kuning dan satu lagi masukkakn serbok koko.
5.Basahkan loyang size 9inx9in.Sengetkan loyang dibahagian bucu.Tuang adunan berselang seli hingga habis.

6.Letakkan loyang seperti biasa perlahan2 agar adunan tidak berbaur.

Wednesday, March 9, 2011

Siakap Masam Manis dan Tomato Tumis Cili


Semalam nampak posting Sambal Tomato dlm FB Mak Oked......ishhh tak boleh tahan....hari ni cari2 tomato muda...dapat yg dah tak muda....bolehlah...janji dapat buat dan makan.....yummm....sedap bangat..

Coklat

Tuesday, March 8, 2011

Coklat

Pulut Kuning dan Rendang Daging


Pulut kuning dan rendang daging sempena menyambut kelahiran Qaisara 2 tahun pada 21/11/2010 yg lalu...Pulut kuning dan rendang daging ni kegemaran anak yg bongsu....

Pulut Kuning - di rendam dengan serbuk kunyit dan asam keping semalaman. Keesokan hari cuci pulut dan kukus bersama daun pandan dan santan cair selama 1/2 jam.Campurkan santan pekat dengan garam dan sedikit gula pasir,kacau hingga larut dan tuang atas pulut dan gaul rata.Kukus semula selama 1/2 jam.

Rendang Daging :

1 kilo daging
1caw cili kisar
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Sikit cili padi kisar
Lengkuas kisar
Serai di titik
Santan
Kerisik
Daun kunyit di hiris
Daun limau purut
Garam dan gula


Cara :

1.Masukkan semua bahan kedalam kuali kecuali kerisik,daun limau purut dan daun kunyit.
2.Masak hingga daging empok,masukkan kerisik,kacau rata.Masak lagi hingga agak kering masukkan daun limau purut dan rasa garam dan gula (mtq guna gula melaka)....masak hingga pekat dan masukkan daun kunyit yg telah di hiris tadi.


Coklat Milk dan sedikit White untuk mawar kuning

Beribu mawar kuning..

Monday, March 7, 2011

Kotak Coklat dgn stamping...

Coklat 4 cavity untuk Majlis Perkahwinan Farhan

Coklat

Coklat "MILK" dalam berbagai bentuk...

Talam Berlauk


Adunan Tepung :

230gm tepung beras cap gajah
60gm tepung jagung
2sk gula
garam secukup rasa (i used 1/2 sk)
1/2sk serbuk lada sulah
1100ml santan (i used 400ml santan kotak dicampur air)

Bahan Lauk :
300gm daging cincang
180gm isi ayam atau daging cincang(i used daging beli dah siap)
1 hiris halia di tumbuk
2 ulas bawang putih di tumbuk
1 sk lada sulah
1/2 caw udang kering,di rendam,basuh dan tumbuk kasar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Tabur :
2 caw bawang goreng
8 tangkai daun sop dan daun bawang ( dihiris)
3 btg lada merah di hiris

Cara :
1.Panaskan minyak tumis bawang,hlia hingga wangi, masukkan daging,kacau sebentar,masukkan udang kering,serbuk lada putih dan 1/2 dari bahan tabur...rasa garam dan masak hingga kering.
2.Satukan semua adunan tepung,tapis damn masak dlm periok hingga sederhana pekat.Masukkan 1/2 dari lauk dan kacau rata.
3.Tuang adunan dlm loyang bersaiz 10in x 10in yg telah di lapik plastik.Tabur diatasnya baki lauk dan baki bahan tabur rata-rata.tekan sikit.
4.Kukus selama 25min
5.Pastikan betul2 sejuk baru di potong.

Apam Beras

Sedap sangat...semua suka,kalau rajin guna acuan lompang kalau malas guna loyang je...tapi dia tak tersenyum...jom cuba...

2caw nasi
2caw tepung gandum
2caw tepung beras
1caw gula perang
3/4caw gula pasir
2 1/2caw air
1sk yis segera

kelapa parut putih & sikit garam

Cara :
1.Kisar nasi dan air hingga halus,kemudian masukkan yis,gula perang dan gula.Kisar lagi hingga sebati
2.Satukan tepung gandum,tepung beras dan tuangkan nasi yg dikisar tadi,gaul hingga sebati.Perap selama 3 jam
3.Panaskan pengukus,sapu acuan dgn minyak.
4.Tuang adunan kedlm acuan lompang hingga penuh.Kukus dgn api besar selama 15min
5.Angkat dan hidangkan dgn kelapa parut yg telah dikukus bersama garam.

Agar-agar Pelangi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...