Galery mt

Galery mt

Friday, November 25, 2011

Puding Lapis Tikar


Puding ini ditempah oleh Puan Hajjah Huda untuk majlis pertunangan/pernikahan saudaranya....tak sempat nak bertanya...yg pasti bukan untuk anaknya.

Saturday, November 5, 2011

Bunga Q Dip

Bunga Q Dip memang cantik untuk buat dulang hantaran,bunga telor,bunga pegang atau hiasan lain.Mt selalu tinjau2 kat luar...ushh harganya mahal...dahlah tu bunga dan daunnya seciput aje....buat sendiri lagi puashati.Sebenarnya nak buat tu tak lah susah sangat...tahu bahan2 asas yg diperlukan serta tahu cara nak membentuk kelopak bunga dengan menggunakan dawai....mt akan tunjukan asas buat bunga Q dip..









Step 1 : Bahan2 asas yg diperlukan

Step  2: Bentukkan dawai mengikut saiz kelopak bunga atau saiz daun (guna acuan bulat)...untuk daun buatkan tulangnya.Yang bunga kecik tu gunakan satu dawai yg panjang...mt lilit kat marker pen sebanyak enam lilitan.....nanti mt masukkan gambar

Step 3 : Celupkan dawai mengikut warna kesukaan dan keringkannya...

Step 4 : Sapukan gam khas dan tabur rainbow dust diatasnya...keringkan sekejap...
Cantumkan kelopak bunga tersebut satu persatu hingga membentuk sekuntum bunga...cantumkan daun dan bunga kecil...akhir sekali tambah accesories yg sesuai....untuk tambah menarik lagi tambah reben....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...