Galery mt

Galery mt

Tuesday, December 30, 2014

Kari Ikan Tenggiri Lagi...

 Kari Ikan lagi...versi resipi berlainan sedikit...
Mt mesti makan ada ikan goreng.....ikan kuah tak berapa suka..tapi kalau tiada pilihan makan juga...

Bahan A :
3 keping ikan tenggiri - bersihkan

Bahan B :
1sb halba
1/2st jintan manis
(mt guna rempah campur}

Bahan C:
2sb asam jawa - ambil jusnya
1bungkus rempah kari ikan atau 70gm rempah kari ikan

Bancuh rempah kari dengan air asam jawa dan sedikit garam utk jadikan pes

Bahan D :
2biji tomato - belah empat
4 biji bende
2 tangkai cili hijau belah dua
1 labu bawang besar si hiris
5 biji bawang putih di hiris
1sb pes halia
2 tangkai daun kari

Bahan E :
minyak masak
santan dari sebiji kelapa
500ml air( lbh kurang )
garam secukup rasa

Cara :
1.Panaskan minyak,masukkan bahan B.Goreng seketika
2.Masukkan Bahan D,hirisan bawang besar,halia dan bawang putih. ..masak seketika di ikuti bahan lain.Masak hingga wangi
3.Masukkan bahan C..masak dgn api perlahan lbh kurang 10 minit.
4.Masukkan santan air dan ikan..masak hingga mendidih dan rasakan garam.Reneh selama 5 minit.

Kerabu Pucuk Paku & Taugeh

Terpandang posting kerabu ni dalam FB kawan mt...hari ni cuba buat....Alhamdullilah memang sangat sedap seperti yang di tulis oleh peyumbang resipi ni...

Bahan A :
1 ikat pucuk paku - basuh,potong,celur dalam air panas dan toskan
Taugeh - bersihkan dan celur sekejap saja,toskan
1 biji tomato di hiris
1 tangkai bunga kantan - di hiris
1 labu bawang besar - di hiris
1sb kerisik

2 biji limau kasturi/limau nipis - diperah ambil airnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk :
2 cili merah
6 cili padi
1 in belacan - dibakar
3sb udang kering di sangai

Cara :
1.Campurkan bahan tumbuk dgn kerisik,air limau gaul rata
2.Rasakan garam dan gula
3.Masukkan ke dalam Bahan A gaul rata.Hidangkan.

Ikan Bakar Cencalok


Hari ni masak lauk ikan bakar cencalok...cari ikan pari tak ada...yg ada ikan kembung...mt guna pes cencalok yg di buat sendiri...boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk....

Bahan Kisar :

2 cili merah
3 cili padi merah/hijau kalau nak pedas
1 bawang besar
1/2 in kunyit hidup
1/2 in halia

Bahan potong dadu :
1 baw besar
4 bawang putih

1 botol cencalok

Minyak untuk menumis

Cara :
1.Tumis bahan kisar hingga wangi,garing dan terbit minyak
2.Masukkan cencalok gaul rata dan masak seketika
3.Masukkan bawang2 yang di potong dadu.Kacau hingga terbit minyak
4.Masukkan sedikit gula jgn letak garam sebab cencalok dah masin.

Note ; Simpan lebihan pes dalam peti sejuk..bila nak panggang ikan boleh gunakan.

Monday, December 29, 2014

Kacci Biryani

Dah siap.... makan bersama salad sayur...
Daging kambing di perap dgn rempah2 selama 2 jam...
Beras basmathi di rebus 3/4 masak dan toskan airnya
Dah siap untuk dimasukkan kedalam oven....mt letak pewarna yellow lemon setompok2...
Baru keluar dari oven..panas lagi....kena senduk lauk yg dibawah dan gaul perlahan2 bersama nasi hingga rata...
Baru seminggu je di Dhaka..dah mengidam nasi Kacci Briyani Dhaka...so.dua tiga hari ni duduk bersama Mr Google cari resipi ni...akhirnya jumpa....kalau tak faham boleh rujuk di sini Bangladeshi Kitchen...sedap kata anak anak  walau rasanya belum perfect seperti yg mt makan di Mist Restoran Cafe...akan cuba lagi....yg penting nisbahnya 1kg daging = 1/2 kilo beras....
Bahan A :

1/2 kila beras basmathi di cuci dan di rebus 3/4 masak dan toskan
1kilo daging kambing boleh ganti ayam di bersih dan toskan
250gm kentang kupas kulit di potong dan goreng kekuningan
Sedikit bawang goreng
1/2 caw susu cair
1/2 caw ghee cair

ketepikan dahulu bahan diatas

Bahan2 B :
1 caw yogurt
4 kayu manis
6 biji pelaga
4 cengkih
4 bay leaf
1 1/2tb garlic paste
1 1/2tbs ginger paste
1ts serbuk garam masala
1ts serbuk jintan putih
1tsp serbuk cili
1tsp serbuk lada hitam
1/2tsp nutmeg powder
1/2tsp mace powder - tak ada
8 biji dried prune - mt guna kurma merah kering dan prune biasa sebab itu aje yg ada di dapor
10 biji raisin
1/2tbs keora water - mt guna rose water
1tsp gula
2tbsp garam
1/2 caw ghee cair
2tbs minyak - mt guna minyak jagung

Cara :
1.Masukkan daging kambing kedalam periok dan masukkan semua bahan2 B.Gaul ratadan perap selama 2jam
2,Selepas dua jam masukkan susu cair gaul rata
3.Tuangkan nasi diatasnya.
4.Taburkan bawang goreng,ghee cair,kentang goreng,dried prune dan rose water...mttambahkan pewarna yellow-lemon agar nampak cantik nasi tersebut.
5.Tutup penutup periok.Letak lesung batu diatasnya...dan masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan Bakar selama 20 minit dgn suhu 350F
6.Selepas itu turunkan suhu dan bakar selama 50min lagi.
7.Biarkan seketika selama 30minit di dalam oven.Bila dah angkat..perlahan2 senduk keatas kambing tadi dan gaul bersma nasi.Makan bersama salad sayur.

Saturday, December 27, 2014

Ikan Kering Tauhu dan Tempe

Ini masakan yang simple dan menjadi kegemaran kami sekeluarga...sangat mudah dan sedap...makan dgn nasi,ikan goreng dan sayur rebus/celur pun dah cukup....

Bahan :

Beberapa potong ikan kering kurau atau jenis lain pun ok - rendam dan cuci bersih

Santan dari 1 biji kelapa
garam
sedikit gula
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis

Bahan kisar :

5biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah Thai - nak pakai semua cili api hijau pun ok/nak pedas berdesing boleh tambah..
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit ikan bilis..di cuci dan di rendam seketika..dan toskan

Cara :
1.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
2.Masukkan ikan kering kacau seketika
3.Masukkan sedikit air asam..masak lagi seketika
4.Masukkan tempe dan tahu yg telah di potong dadu dan gaul rata
5.Masukkan santan..sambil kacau perlahan2 hingga mendidih
6.Rasakan garam dan sedikit gula.Kecilkan api reneh selama 5minit.

Thursday, December 11, 2014

Kuih Lapis Kacang Merah


mt buat setengah adunan...

Sumber : Chef Asma
Loyang : 10in x 10in atau 7in x 7in utk setengah adunan

Bahan-bahan :

A)
500gm gula pasir
600ml santan pekat
1200ml air
1tsp garam
2 helai daun pandan

B)
200gm tepung beras
200gm tepung gandum
200gm tepung ubi

C) 200gm kacang merah direbus hingga empuk di toskan da  di bahagi 4

Cara :

1.Masak semua bahan A hingga mendidih.Angkat dan biarkan hingga suam2
2.Satukan bahan B dan tuangkan bahan A yg suam-suam tadi kacau rata dan tapis.
3.Bahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian di warnakan pink dan sedikit sirap rose dan satu bahagian putih yg akan di campurkan dgn kacang merah
4.Tuang lapisan putih yg telah dicampurkan kavang merah dan kukus selama 10minit.
5.Cakar permukaan dgn garfu tuang pula adunan bewrana pink.Kukus selama 10minit.
6.Ulangi proses hingga kelapisan akhir yg perlu dikukus selama 25minit.

Note : Jumlah adunan = 2500ml
           Dibahagi 2       = 1250ml
           Dibahagi 4       = 310ml atau 300ml setiap lapisan
           Jum Lapisan     = 8

Ikan Tenggiri Masak Kicap

Hari ini masak ikan goreng kicap...dgn sayur sawi goreng dan sambal belacan....

Bahan :
2 keping ikan tenggiri - cuci bersih lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit,goreng dan ketepikan.

2biji bawang besar potong bulat
4biji bawang putih di hiris
1in halia di hiris
Lada hijau dan merah di belah dua
Kicap manis
Cuka

1 kayu manis
2bunga lawang
2 pelaga
2 cengkih

Minyak utk menumis

Cara :
1.Panaskan minyak ,tumis kayu manis,bunga lawang dll serta masukkan halia dan bawang putih .
2.Masukkan bawang besar dan cili tumis hingga agak layu
3.Masukkan ikan ..gaul rata
4.Masukkan kicap secukupnya dan sedikit cuka.Masak hingga mendidih.Siap dah!

Asam Pedas Kepala Ikan Mayong

Baru je tiga hari makan kat luar....at dah rindu masakan dapor sendiri...balik dari Langkawi.besoknya kepasar beli ikan mayong....tapi tak dapat telor dan pelampungnya....apalgi masak asam pedas ler...masukkan daun kesom dan bunga kantan..apalagi bertambah2 nasi...tapi mt tetap goreng ikan terubuk....sebab tak berapa gemar makan ikan dalam kuah....resepi dah ada dlm n3 sebelum ni....

Friday, December 5, 2014

Tutti Fruitti Pudding Cake

Lapisan kek dan lapisan puding agak tinggi...bila dipotong kelihatan tidak berapa kemas so perlu sedikit modification ....In Shaa Allah mt akan publish resipi yg hasilnya lebih "comel" nanti

Ikan Tenggiri Goreng Berlada

Hah!..ambik nko..dah lah pedas..tambah pula dgn lada hitam dan ditabur cili padi.....mahu berair mata..berasap telinga....tanyalah siapa yg suka makan peds..lagi pedas lagi umppppp.....

Bahan :
2 keping Ikan tenggiri di cuci = lumurkan serbuk kunyit dan sedikit garam.

Bahan kisar :

1 biji bawang besar
3biji bawang puth
1 inci halia
1st lada hitam
1batang serai 

2sb cili kisar
2sb air asam jawa
2Btg serai di ketuk

Garam dan gula
Bawang besar di hiris bulat

Cara :
1.Ikan di goreng dan ketepikan dulu
2.Ambil sedikit lebihan minyak ikan goreng tadi.Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan garing.
3.Masukkan cili dan serai yg di ketuk..tumis lagi hingga terbit minyak
4.Masukkan ikan dan air asam
5.Rasakan garam dan gula
6.Akhir masukkan bawang besar di potong bulat...kacau sebentar dah siap

Thursday, December 4, 2014

Talam Tokyo


Dah ada n3 sebelum ni..tak apalah mt tulis balik resipinya...
Lapisan Bawah :

300gm sago kecil - dicuci dan rendam air sama paras sago selama 30 min dan toskan...
60gm soon - direndam dgn air suam di tos dan di kerat2
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat 
300ml air

Cara :
1.Satukan semua bahan,kacau rata dan tuang dlm loyang
2.Ratakan
3.Kukus selama 30minit

Lapisan Atas :

Bahan2 nya sama dgn Seri muka Pandan..

100gm tepung kastad
250gm gula 
400 ml santan pekat
400ml air daun pandan (air dan daun pandan di kisar ambil jus)
1/2st garam
4biji telur
Pewarna hijau

Cara :
1.Satukan semua bahan dan kacau rata
2.Tapis kedalam periok dan masak hingga naik wap
3.Tuang atas lapisan sago dan kukus selama 30minit

Note : Lapisan sago boleh di warnakan
           Lapisan sago boleh di bahagi dua dan warnakan dgn warna kesukaan (Kukus lapisan sago dah 
           tuang lagi laisan sago yg kedua dan baru lapisan atas.

Talam Ubi Gula Merah

Ada lebihan ubi parut dalam peti sejuk....tengok bahan bahan lain pun ada...lapisan atas tidak perlu di kacau atas api..tuang saja atas lapisan ubi dan kukus....senang sekali....mt guna loyang 10inx10in...hasilnya agak rendah sikit....rasanya lebih cantik guna loyang 9"x9"..selamat mencuba...

Bahan- Bahan :

3 caw ubi kayu yg telah siap diparut anggaran 600gm

1caw gula merah *
1 caw gula kastor *
1caw air *
1 helai daun pandan *

* dimasak bersama,tapis jadikan 1 1/2 caw air gula dan sejukkan

1caw santan pekat
1 1/2st garam

Cara :
1.Satukan semua bahan,kacau rata.
2.Masak atas api hingga agak pekat
3.Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit

Lapisan Atas :

1 1/2caw tepung beras
2sb tepung gandum
2caw santan pekat
1/2st garam
1caw air

Cara :
1.satukan semua bahan.Kacau rata dan tapis
2.tuang atas lapisan ubi dan kukus selama 30minit

Tuesday, December 2, 2014

Ikan Merah Masak Lemak

Hari ni masak lemak ikan merah cili padi...mt gunakan sikit je cili padi..biar cucu dapat makan...bertambah2 nasi dua beradik tu makan nasi dgn kuah masak lemak dgn ikan senangin goreng...
Bahan : 
2 keping ikan merah di cuci bersih

Cili padi - nak pedas..letak banyak
Kunyit hidup
Santan dari sebiji kelapa
Sedikit belacan
1 keping asam gelugor
sehelai daun kunyit

Cara :
Masukkan semua bahan yg di kisar kedalam periok..kecuali daun kunyit 
Masak hingga mendidih.Kacau selalu agar santan tak pecah
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan rasa garam

Ada juga yg masak santan cair dahulu diikuti santan pekat dan ikan..mt buat ikut keadaan kalau nak cepat..semua masuk..

Monday, December 1, 2014

Talam Mak Dara


Ada lebihan keledek dan ubi...inilah hasilnya utk petang ni....Hujan2 makan dengan hirup kopi panas.....yummy! 
Sumber : Chef Asma

Lapisan Bawah :
150gm tepung beras
20gm tepung green pea
250ml santan [ekat
450ml air
1/2tsp garam
50gm gula pasir150gm keledel oren - di potong daday dan di rebus hinga empuk

Cara :
1.Satukan semua bahan kecuali keledek.Tapiskan dlm periok
2.Masak hinga naik wap dan masukkan keledek..gaul rata
3.Tuang dlm loyang dan kukus 20minit

Lapisan Tengah :

520gm ubi kayu di parut
100gm gula merah
150gm gula pasir
100ml santan pekat
200ml air
1 helai daun pandan

Cara :
1.Satukan semua bahan kecuali ubi..masak hingga gula larut
2.Tapisakan ke dalam ubi parut dan kacau rata
3.Tuang atas lapisan bawah dan kukus selama 25minit

Lapisan Atas :

60gm tepung gandum
60gm tepung beras
150ml santan pekat
350ml air
1biji telor
1/2 tsp garam
70gm gula kastor
sedikit pewarna oren

Cara :
1.Satukan semuabahan.Kacau rata dan tapis kedalam periok.
2.Masak hingga naik wap.Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 30minit.