Galery mt

Galery mt

Thursday, December 4, 2014

Talam Tokyo


Dah ada n3 sebelum ni..tak apalah mt tulis balik resipinya...
Lapisan Bawah :

300gm sago kecil - dicuci dan rendam air sama paras sago selama 30 min dan toskan...
60gm soon - direndam dgn air suam di tos dan di kerat2
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat 
300ml air

Cara :
1.Satukan semua bahan,kacau rata dan tuang dlm loyang
2.Ratakan
3.Kukus selama 30minit

Lapisan Atas :

Bahan2 nya sama dgn Seri muka Pandan..

100gm tepung kastad
250gm gula 
400 ml santan pekat
400ml air daun pandan (air dan daun pandan di kisar ambil jus)
1/2st garam
4biji telur
Pewarna hijau

Cara :
1.Satukan semua bahan dan kacau rata
2.Tapis kedalam periok dan masak hingga naik wap
3.Tuang atas lapisan sago dan kukus selama 30minit

Note : Lapisan sago boleh di warnakan
           Lapisan sago boleh di bahagi dua dan warnakan dgn warna kesukaan (Kukus lapisan sago dah 
           tuang lagi laisan sago yg kedua dan baru lapisan atas.

No comments:

Post a Comment