Cuba resipi dari Azlina Ina.....boleh tahan sedap......dan anak2 kata sgt sedap!...
Bahannya...
10 - 11 keping roti
1/2 caw susu pekat
1 tin susu cair
2 biji telor gred A
sedikit esen vanilla
kismis
kekacang (mt guna gajus)
2 sb butter
Cara ...
Lenser loyang dgn butter
Siat2kan roti asingkan kulit..(kulit roti jgn di buang...boleh guna buat bingka roti) susun dalam loyang..taburkan sebahagian kismis dan sebahagian gajus
Satukan susu,susu cair,telor,esen kacau rata dgn whisker saja dan masukkan butter..kacau rata lagi
Tuang sebahagian adunan susu keatas lapisan roti tadi
Susun baki roti dan tabur baki gajus dan kismis.Tuang baki adunan susu
Kukus selama 30 minit
Lapisan atas :
2 caw air masak
2 1/2 caw santan MS
1/2 caw tepung kastard + 1/4 caw air
1 1/2 caw gula (boleh kurangkan sikit sbb terasa sgt manis)
esen vanilla
10gm serbok agar2
sedikit garam
pewarna (optional)
Caranya...
Masak air dan agar2 hingga larut..dgn api perlahan dan masukkan gula masak gula hingga larut
Masukkan santan..esen dan garam.Masak hingga mendidih
Akhir sekali masukkan bancuhan tepong kastard dan sedikit pewarna kuning
Masak hingga pekat dan tuang atas lapisan roti
Sejukkan dan baru masukkan kedalam peti sejuk
Nota ; Sedap di makan sejuk
No comments:
Post a Comment