Sotong hasil mencadat masih ada....hari ni masak ni pulak....
Bahan...
Beberapa ekor sotong dibuang kulit dan kelar2
1 sk tepung jagung
2sb sos tiram
Gual semua bahan bersama sotong..perap seketika
Goreng sebentar angkat dan toskan..(jgn grg terlalu lama nanti sotong jadi liat)
Bahan utk sos..
1sb kicap manis
2sb sos cili
1 sb tepung jagung bancuh dengan sedikit air
Bahan Tumis..
6 tangkai cili kering (di kerat2 ..cuci dan goreng dan toskan)
3 ulas bawang putih di cincang
1in halia di hiris panjang
Daun bawang di kerat2
Bahan2 lain
..
Capcicum atau lada merah potong dadu
Bawang besar di potong dadu
Garam dan gula secukup rasa (mt tak letak )
Cara..
Panaskan minyak.Masukkan bawang putih dan halia..tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan sos dan campuran tepung jagung..masak hingga agak pekat
Masukkan bawang..capcicum...daun bawang...dan lada kering. dan akhir masukkan sotong
Gaul sebati dan rasakan garam gula
Matikan api
Taburkan dgn daun bawang yg di potong panjang
No comments:
Post a Comment