Dah lama tak buat sardine roll ni....biasanya anak saudara yg seorang tu .(sekarang ni dia menetap di sebuah pulau.)...yg rajin buatkan...siap letak bom(cili padi) nak perkenakan mtq...tapi kantoi sebab mtq mmg tahan pedas....punyalah dok perhati bilalah mtq nak berasap dan berair mata....sedangkan mtq selamba je makan....walau bagaimana pun air tangan org pulau (Renny )juga sedap.......sardine roll hari ni digoreng oleh anak bujang mtq....
Bahan :
Roti gardenia di kukus sekejap
1tin sardin dihancurkan
2biji bawang besar di hiris
4biji cili merah di hiris
garam
Tepung gandum dan sedikit air utk lekatkan roti
Cara :
1.Buang separuh sos sardin dan masukkan semua bahan dalam kuali,masak hingga agak kering.Rasa garam
2.Kukus roti sekejap...(dikukus supaya lembut dan senang nak gulung)Letak inti sardin dan gulung..dihujungnya sapukan adunan tepung supaya melekat.
3.Potong dua roti dan masukkan dlm bancuhan telor dan goreng.(kalau suka selepas celup dlm telor golekkan atas bread crumb baru goreng)
No comments:
Post a Comment