Minggu ni melabu je kerjanya....Alhamdullilah untuk hari ni habis dah labu pemberian Hjh Sumiati...kalau masih ada lagi dah bercadang nak buat kek labu,,,puding labu dan talam labu....tunggu....Bingka labu ni kalau ikut resipi asal mmg teramat sedap...anak2 teramat suka...apatah lagi jika dibakar sampai garing...bila nak makan masing2 berebut nak makan yg "coner lot".....pagi tadi selepas subuh mtq start projek bingka ni dengan apa je yg ada kat dapur tu....so sesiapa yg nak buat ikut resipi asal ni....insyaAllah sedap....
(A) 300gm tepung gandum
400gm gula halus
120gm majerin
1 1/2 tsp garam
(B) 4biji telor
400ml santan pekat
1200gm labu kuning (buang kulit,kukus,timbang )
Pewrna kuning (tak bubuh)
Bijan (mtq tambah sbb ada lebihan bijan hari tu)
Cara :
1.Tepung di ayak dan disatukan dengan gula,garam dan mejerin hingga jadi serbuk roti.Ketepikan
2.Blend bahan2 B hingga halus dan masukkan kedalam periok bersama bahan A...gaul rata
3.Masak atas api hingga pekat
4,Tuang dlm loyang yg telah disapu majerin dasar,keliling dan letak daun pisang sapu juga majerin diatasnya.
5.Bakar selama sejam atau lebih hingga perang.
6.Sejukkan dulu baru potong.
No comments:
Post a Comment