Galery mt

Galery mt

Saturday, September 24, 2011

Talam Cha Cha





Talam Cha Cha yg sempat dibuat untuk majlis hariraya masjid Al Huda....kejap lagi nak gerak ke Rawang..at dah ke KT...adik & abg long kena pi masjid...nanti join ke Rawang lepas habis majlis..jom tengok resipi talam cha cha ni....
Bahan A :
100gm gula melaka
100gm gula merah
50gm gula pasir
500ml air
1helai daun pandan

semua bahan A dimasak hingga gula hancur

Bahan B :
120gm tepung beras
60gm tepung gandum
250ml santan pekat
2biji telor
1sb tepun g ubi
1/2st garam

Satukan bahan A dan B kacau rata dan tapis.Masak hingga naik wap dan bahagi dua bahagian.Setiap bahagian lebih kurang 600ml.Tuang dlm loyang satu bahagian dan kukus selama 15 min.

Bahan Lapisan Tengah :

170gm tepung beras
50gm gula pasir
250ml santan pekat
650ml air
1sb tepung kacang hijau (green pea flour)
1/2st garam

80gm cha cha direbus dan toskan

Satukan lapisan tengah,kcau rata dan tapis.Masak hingga naik wap dan masukkan cha cha kacau rata dan tuang atas lapisan pertama tadi...kukus selama 15minit.
Tuang satu lagi bahagian atas lapiosan tengah dan kkukus selama 30minit.

No comments:

Post a Comment