Galery mt

Galery mt

Thursday, September 15, 2011

Kek Lapis Asam Manis Kukus

Selalu buat kek lapis asam manis versi bakar yg pakai banyak telur....yg ni versi kukus guna sikit je telor... tak berminyak...rasa pun sedap....nak buat pun senang....warna lapisan tu di pilih oleh Q....sebenarnya dia suka hijau...tapi dah buat bingka warna hijau...."hijau jalan...merah stop"...katanya...

Bahan A :

5biji telor
225gm gula castor
1tsp vanilla esen
1tbsp ovellete
1/4garam halus

Pukul hingga gebu dan ringan

Bahan B :

1tsp baking powder
220gm tepung gandum

Ayak bersama

Bahan C :

150ml susu segar(mt guna full cream)
100ml vegetable oil(mt guna minyak jagung)

Dicampur bersama

Bahan D :

Sebungkus hawflakes

Cara :
1.Apabila A dah gebu dan ringan,masukkan B sikit demi sikit sambil digaul rata.
2.Masukkan C dan gaul sebati
3.Bahagi kepada dua bahagian dan warna ikut kesukaan.
4.Lenser loyang size 8inx8in dgn majerin,letak kertas minyak dan sapu jgk diatasnya.
5.Ambil empat senduk(my senduk..)adunan merah dan ratakan dlm loyang....kukus selama 7 minit..mt tak panaskan pengukus sbb pakai steamer elektrik...terus on terus panas...
6.Ambil empat senduk adaunan kuning...ratakan atas lapisan merah...susun asam manis hawflakes diatasnya dan kukus lagi selama 7 minit...buat sampai habis berselang seli.

No comments:

Post a Comment