Bukan ikan je boleh masak tiga rasa....talam pun ada tiga rasa....ada rasa coklat...lemak santan dan rasa rose...lembut dan kenyal.....resipi dari siapa lagi kalau bukan Chef Asma....
Bahan=bahan :
(A)
375gm gula
650ml santan pekat
475ml air
1/2st garam
2 helai daun pandan
(B)
650ml air
(C)
150gm tepung gandum
150gm tepung beras
150gm tepung ubirasa
Cara :
1.Masak semua bahan (A) hingga mendidih dan masukkan bahan (B) biar sejuk.
2.Satukan semua bahan (C) dan masukkan No 1 kedalamnya,kacau rata dan tapis
3.Bahagikan kpd 3 bahagian...
a.Biarkan warna asal
b.Tambahkan warna merah dan 1tsp perisa rose
c. Tambahkan 1/4 tsp coklat emulco
4.Setiap bahagian pula di bahagi 3 dan kukus selapis2 selama 5minit berselang seli hingga habis
5.Lapisan akhir kukus selama 25minit.
No comments:
Post a Comment