Minggu ni entah berapa kali buat kuih lompang...semua suka...laju je sebiji2 masuk ke mulut...warna pun boleh pilih ikut kesukaan...bahan yg di gunakan simple je tp rasanya mmg sedap....resipi dari Chef Asma....
Bahan-bahan :
(A)
120gm tepung beras
1 sb tepung jagung
250 ml air
sedikit kapur sirih
(B)
130gm gula castor
250ml air
sedikit daun pandan
(C)pewarna kesukaan
Cara :
1.Satukan semua bahan (A) dan kacau rata.
2.Masak semua bahan (B) hingga mendidih dan tuangkan kedlm bahan (A),kacau rata dan tapis
3.Masukkan warna kesukaan
4.Kukus dgn api kuat selama 30 minit.
5.Sudah sejuk baru keluarkan kuih dari acuan dan di letak kelapa parut putih yg di campur garam di tengah2nya,
Peringatan mt :
Adunan diatas mendapat lebihkurang 30 biji kuih lompang.
No comments:
Post a Comment