Galery mt

Galery mt

Wednesday, July 11, 2012

Sambal Jambi


Resipi ni pula di beri oleh sahabat  mt Sharifah Khadijah...senang dibuat dan sedap dimakan bersama nasi apalagi roti....
300gm udang kering dicuci dan di rendam
100gm cili kering kisar
1/2 caw gula merah
1/2 caw air asam jawa
1 caw minyak masak
300gm bawang merah (sama banyak dgn udang)

Cara :
1.Udang kering di toskan dan di kisar (suka hati nak halus atau kasar)..ketepikan
2.Hiris bawang merah dan goreng hingga kekuningan..angakat dan ketepikan
3.Tumis cili kisar hingga garing..masukkan air asam jawa..gula merah..masak hingga pekat.
4.Apabila pekat masukkan udang..gaul rata...masak seketika.
5.Masukkan bawang goreng tadi..boleh masak hingga kering atau lembap sahaja.

No comments:

Post a Comment