Galery mt

Galery mt

Wednesday, January 7, 2015

Kuih Kasturi

Kuih nijuga di panggil kuih rengas..kuih zaman dulu-dulu....kalau buat banyak boleh di frozenkan..goreng separuh masak ..sejukkan dulu dan simpan dalam peti sejuk...mt sharekan resipinya...

Bahan Inti :

250gm kacang hijau...bersihkan dan rendam
1/2 cawan gula merah atau gula melaka yang sudah di racik
1 caw gula pasir
1/2 caw kelapa parut muda
3sb tepung gamdum
air secukupnya

Cara :
1.Masak kacang hijau bersama air hingga kembang.
2. Apabila airnya hampir kering,masukkan gula,kelapa dan kacau rata.
3. Masak hingga agak kering dan taburkan tepung dan kacau rata.
4. Masak lagi hingga kering.Sejukkan.Apabila dah sejuk,ambil inti bulat2 kan dan leperkan.Celup dengan batter dan goreng.

Bahan Batter :

1 caw tepung beras
1 sb tepung jagung
1/4st garam halus
sedikit pewarna kuning
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara :
1.Satukan semua bahan gaul rata.
2.Adunan tidak terlalu pekat atau cair.

No comments:

Post a Comment