Galery mt

Galery mt

Thursday, October 6, 2011

Talam Lapis Lobak Merah

Mula2 nak buat suspen juga...ish sedap ke.....selalu masak sayur.....rupanya sedap talam lobak merah ni....apalagi jommmmm.....
Lapisan Tepung :
100gm gula pasir
300ml santan pekat
500ml air
150gm tepung beras
60gm tepung gandum
1tbsp tepung ubi
1/2tsp garam

Cara :
Satukan semua bahan dan tapis.Masak hingga naik wap dan bahagi kepada tiga bahagian.

Lapisan Lobak Merah :
200gm gula pasir
1/2tin susu cair
200gm lobak merah diparut halus
170gm tepung beras
60gm tepung gandum
1tbsp tepung heon kwee 
1/2tsp garam
Pewarna oren red...secukupnya

Cara:
Kisar semua bahan diatas bersama susu cair dan tambahkan air untuk jadi 1liter.Masukkan pewarna dan bahagi kepada tiga bahagian.

Kukus adunan tepung diikuti adunan lobak merah berselang seli hingga habis.

No comments:

Post a Comment