Galery mt

Galery mt

Thursday, June 26, 2014

Talam Sinar Pesona

Resepi mt dapat dari blog yatiememories...terima kasih kerana share resipi...mt siarkan kat blog ni pula ye....tak rugi mencuba....mmg sedap rasanya....

Lapisan Tengah :

1 caw labu manis yg telah diparut/sagat halus
1 1/2 caw tepung beras*
2sb tepung jagung*
1 caw/200ml santan pekat*
2 caw/400ml air*
1/2 caw gula kastor*
1/2 sk garam

Caranya :

Satukan semua bahan yg bertanda *...kacau rata dan tapis kedalam periok
Masak hingga naik wap lbh krg 5 minit dgn api sederhana....ketepikan dahulu

Lapisan atas dan bawah :

1 1/4 caw tepung gandum
2sb tepung jagung
1 caw gula halus
3biji telor
1 caw santan pekat
2 caw air
1/2 sk garam
sedikit perasa pandan dan pewarna hijau
sedikit coklat emulco dan pewarna coklat (mt tak guna pewarna coklat)

Caranya :

Satukan semua bahan diatas kecuali perasa dan pewarna...kacau rata dan tapis ke dalam periok...masak hingga naik wap lbh krg 5 minit.
Bahagikan adunan kepada 2...mt dapat setiap adunan 500ml lbh sedikit....masukkan perasa dan pewarna.
Satu bahagian warna hijau dan perisa pandan dan satu bahagian lagi perasa coklat emulco

Cara mengukus :
Lapik loyang 10x10 dgn plastik.Kemaskan plastik tersebut.
Tuangkan bahagian yg bewarna hijau..kukus dalam 10 minit.
Cakar permukaan hijau dgn garfu dan tuangkan lapisan tengah yg bercampur labu.Kukus selama 15minit
Cakar permukaan lapisan tengah dan tuang lapisan coklat dan kukus selama 20 minit.

Pastikan betul2 sejuk baru di potong....

No comments:

Post a Comment