Hasil mencadat...hari ni Opor Sotong pulak.....
Bahannya...
4 ekor sotong sederhana besar...buang kuilt dan cuci bersih..kelar di bahagian blkg
15tangkai cili kering..nak pedas letak lebih
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang puith
2 btg serai di titik
1 in lengkuas di titik
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan serbuk ketumbar
1st serbuk jintan manis
1/2 caw santan pekat
1 1/2 caw air
2 helai daun limau purut
1 st serbuk kunyit
minyak utk menumis
asam keping
garam dan gula pasir/sedikit gula melaka
Cara..
Cili di potong cu ci dan rebus sebentar.Toskan.Kisar cili ..bawang merah dan bawang putih
masukkan serbuk kunyit..serbuk ketumbar..serta serbuk jintan manis...dan gaul rata.Tumis dan masukkan serai lengkuas.Tumis hingga terbit minyak.
Tambah kerisik kacau sebentar.
Tuang Santan dan air .Masukkan sedikit asam keping
Masak hingga mendidih.
Masukkan sotong masak seketika dan rasakan garam an gula.Siap
No comments:
Post a Comment