Galery mt

Galery mt

Thursday, October 16, 2014

Puding Lapis Oreo

Puding ni buat semasa berbuka puasa yg lepas...baru hari ni dapat masukkan dlm blog...

Bahan :

10gm agar2 serbuk agar2 tali pun boleh
750ml air
160gm gula
1 tin susu cair (mt guna ideal milk 400gm)
3/4 caw serbuk milo
1 bungkus biskut oreo (137gm) di patah2kan biar masih berlapis

Cara :
1.Masak agar-agar hingga larut,masukkan gula..masak hingga gula larut
2.Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih
3.Ambil 2 cawan dan campurkan milo kacau sebati
4.Ambil 1 cawan adunan mila tuangkan dalam loyang dan biarkan beku sedikit.
5.Apabila hampir beku..cucuk permukaan dgn garfu dan tuangkan adunan susu putih serta tabur kepingan oreo.Biar dia membeku
6.Baki adunan milo di panaskan dgn api kecil...apabila adunan susu dan orea sdh membeku..cucuk2 dgn garfu dan tuang 1 caw baki adunan milo tadi.
7.Sejukkan dlm peti ais.

No comments:

Post a Comment