"Rasanya kakak nak makan sekali dengan komputer mak lah."...dah banyak kali dia cakap bila dia tengok gambar apam dlm blog mt.....emmm diam2 lepas solat zohor mt mula bancuh tepung....siap dah...cepat kan?....tu yg kat atas tu at habiskan sorang....yg kakak pula..dia nak apam yg kecil2 bukan potong macam ni.....xoxo dia nak dlm bekas betuk love la tu.....aiyaaa...buat sendili lah kakak...
Bahan A :
1/2 caw gula merah
1/2 caw gula pasir
2 caw air
Beberapa helai daun pandan
Masak bahan2 diatas hingga gula larut.Sejukkan dan tapis.Ketepikan dulu.
Bahan B :
Sebungkus yeast mauripan (11gm)
1/2 caw air suam
1/2 sk gula
Satukan bahan diatas...Biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
Bahan C :
4caw tepung gandum
1/8 st garam halus
Cara
1.Satukan bahan CGaul rata.Tuang bahan A yg telah sejuk.Gaul rata dgn whisk
2.Masukkan bahan B dan gaul rata.
3.Tutup bekas dan perapkan selama 1jam.
4.Sapu minyak loyang dan tuangkan adunan dan biarkan beberapa minit baru di kukus.
5.Apabila sejuk,potong kuih dgn pisau telah di sapu minyak.Hidangkan bersama kelapa parut putih yg telah di campur garam.
No comments:
Post a Comment