Hari ni ambil alih tugas along buat kuih...sbb yg menempah nak jam 3ptg ni..along kerja....so mt kena buatkan.....mt pun dah lama tak buat talam keladi ni....suka warna ungu tu dan rasa keladinya....tempahan kuih muih ni skrg along yabg ambil alih...mt cuma tolong buatkan bila keadaan terdesak aje....
Sumber : Chef Asma
Lapisan bawah :
(A)
220gm tepong beras
40gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat
700ml air
(B)
300gm keladi yg telah potong kuib,cuci dgn air garam basuh dan toskan serat kukus selama 5 minit..ketepikan.
Cara :
1.Satukan bahan A,gaul rata dan tapis kedalam periok.
2.Masak hingga naik wap.
3.Masukkan keladi kacau rata
4.Tuang kedalam loyang dan kukus selama 35min
Lapisan Atas :
150gm tepung gandum
250gm gula castor
3 biji telor
200 ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna unggu
Cara :
1.Satukan semua bahan dan tapis kedalam periok.
2.Masak hingga naik wap dan tuang kelapisankeladi.
3.Kukus selama 30minit.
No comments:
Post a Comment